Products available

Wednesday, April 15, 2015

RESEPI KUEW TEOW SUP

RESEPI KUEW TEOW SUP
Untuk 5 orang makan

Bahan-bahan 
● 1 bungkus kuey teow
● 6 ulas bawang putih - ditumbuk
● 15 tangkai cili api - ditumbuk
● 2 potong ayam - untuk perencah
● 2 batang saderi - potong kecik
● 2 keping tauhu putih
● sayur sawi
● bebola ikan
● sos tiram
● garam
● daun sup dan daun bawang

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam dan kacau sebentar sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi.

3. Masukkan sos tiram, kacau dan biarkan sebentar.

4. Masukkan bebola ikan, tauhu putih dan batang saderi. Kacau lagi hingga sebati ngan bahan2 yang lain.

5. Masukkan air dan biarkan hingga menggelegak. Kemudian masukkan sedikit garam.

6. Bila dah menggelegak, masukkan kuey teow dan sawi.

7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.

Selamat mencuba.


https://www.facebook.com/pages/Rahsia-Hawa/303477629779786

No comments:

Post a Comment