RESEPI APAM BALIK RANGGUP
Bahan-bahannya :
● ½ cawan gula pasir
● 1 biji telur
● 1 ½ cawan air
● 2 cawan tepung gandum
● ½ sudu teh soda bikarbonat
● 1 sudu teh baking powder
Bahan utk di tabur :
● Gula Pasir
● Jagung Krim
● Kacang tanah – ditumbuk kasar
Cara-caranya :
1. Mesin gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi.
2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, mesin hingga sebati.
3. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.
4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.
5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.
6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.
Selamat mencuba.... :-) Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
#resepi
----------------------------
Denaihati Network
Denaihati.com
denaihati.eQurban.com
Wakaf.denaihati.com
Jemaah.denaihati.com
No comments:
Post a Comment