Solok Cili
Bahan2nya....
12 biji lada solok. Lada biasa pun boleh (Cili hijau)
7 ekor ikan selayang sederhana (direbus)
1/2 biji kelapa parut ( Kalau dapat kelapa inti lagi baik)
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
Garam
Gula
Cara membuatnya....
1. Rebus ikan dan perisi isinya
2. Tumbuk bawang merah dan halia, masukkan garam dan gula.
3. Tumbuk isi ikan dgn kelapa. Gaulkan hingga sebati dgn bawang tadi.
4. Sumbatkan isi ikan yang digaulkan kelapa dgn bawang tumbuk tadi ke dalam lada.
5. Kukus hingga masak. Siap boleh dihidangkan.
Solok Lada saya ada 2 versi,
Versi 1 - ikan mentah saya hiris isinya dan saya tumbuk dgn kelapa. Kemudian saya gaulkan dgn bawang dan halia yang di tumbuk. Kemudian baru saya kukus.
Versi 2 - Ikan direbus dan diambil isinya, saya tumbuk dgn kelapa garam, gula , bawang dan halia. Kemudian saya rebus dgn santan pekat. kalau ada pucuk ubi, lapik bawah sblm susun lada tu. Jgn lupa....letak juga garam ya.
Yang ini saya masak Versi 1 kerana isi ikan bila sudah dimasak lagi manis dan sedap. Kadang2 saya memasak juga cara Versi 2. Mana2 pun boleh. Janji boleh di makan dan sedap.
No comments:
Post a Comment