Products available

Monday, September 4, 2017

Kacang Bersalut Di Rumah



Kacang bersalut enak dimakan sebagai kudapan. Kerangupan salutan luarannya dan keenakan rasa kacang membuatkan kita mahu makan lagi.
Jika selama ini anda suka beli dan makan kacang bersalut, apa kata kali ini anda cuba buat sendiri kacang bersalut anda mengikut resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Siti Fairuz ini.
Bahan-bahan:
500gm kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar (sd) serbuk cili
2 sb gula
3 sudu kecil (sk) garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Cara Penyediaan:
1. Bersihkan kacang tanah dengan cara membilasnya terlebih dahulu. Jangan rendam dan basuh terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kacang jadi lemau.
2. Kemudian jemur kering sehari sebelum nak buat kacang bersalut ini. Kalau dah terbasuh atau terendam lama kacang itu, jemur lebih lama kacang tersebut.
3. Kacang tidak boleh disingai kerana kulitnya akan garing dan tertanggal (macam kacang nasi lemak jadinya) menyebabkan tepung tak lekat pada kacang yang sudah tiada kulit.
4. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas. Ada yang tambah gula untuk beri rasa manis pada kacang bersalut. Dan ada juga tambah ikan bilis untuk digoreng bersama.

https://www.thevocket.com/mudahnya-buat-kacang-bersalut-di-rumah/

No comments:

Post a Comment