Products available

Thursday, January 10, 2019

Cara Buat Pankek Yang Sedap, Lembut & Super Gebu



 Cara Buat Pankek Yang Sedap, Lembut & Super Gebu

es Keluarga anda suka makan pankek yang sedap sewaktu sarapan? Resipi yang dikongsi dari saudari Yus_Rania ni antara yang boleh dicuba. Ia menggunakan bahan-bahan yang mudah malah hasilnya sangat mengagumkan. Tidak perlu lagi beli tepung pankek dalam kotak tu. Buat sendiri tentunya lebih jimat dan berkha

BAHAN-BAHAN:

130gm tepung gandum

1/4 sudu teh serbuk vanilla / vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A – dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit.)
 2 sudu makan mentega – dicairkan

Sedikit marjerin – untuk oles pada kuali

CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat. 3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya. 4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan. 5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja. INFO: Jika tiada serbuk vanilla @ vanilla cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla

5 TIP MEMBUAT PANKEK YANG MENGEMBANG TEBAL DAN GEBU

Pankek! Ia merupakan makanan kegemaran yang biasanya dinikmati sewaktu sarapan pagi. Berita baik kerana pankek ni sebenarnya sangat mudah dibuat. Tidak perlu ada mesin pengadun atau ketuhar pun. Jika bosan dah makan sarapan dengan Nasi Lemak, Nasi Goreng atau kuih muih, menu pankek gebu dan sedap ni puanpuan boleh cuba. Tapi bagaimana nak buat pankek yang gebu, lembut dan sedap? Ini petua-petuanya. Jom cuba.

1. ASINGKAN BAHAN BASAH & KERING Untuk membuat pankek, ramuan yang diperlukan tidak sukar. Terdapat dua jenis ramuan iaitu bahan kering yang terdiri daripada tepung, serbuk penaik, gula serta garam dan bahan basah iaitu telur, mentega cair dan susu. Pisahkan dua jenis bahan dalam mangkuk yang berbeza. Selepas anda satukan bahan kering, satukan pula kesemua bahan basah dan adun. Kemudian barulah disatukan bahan basah dan kering. Adun rata



2. ADUN CAMPURAN BAHAN PERLAHAN-LAHAN Satukan bahan basah dan kering kemudian adun perlahan-lahan hingga sebati. Elakkan kacau berulang kali atau secara berlebihan kerana jika terlebih adun, ia akan menyebabkan tepung membentuk gluten yang keras. Ia akan menyebabkan pankek anda menjadi keras dan tidak gebu.

3. GUNA BAKING POWDER YANG MASIH BARU Untuk membuat pankek yang lembut, paling penting adalah untuk memberi perhatian kepada kualiti bahan-bahan, termasuk serbuk penaik. Pastikan serbuk penaik yang anda guna adalah yang baru atau sekurang-kurangnya dihasilkan kurang dari 6 bulan. Penggunaan serbuk penaik yang lama akan menyebabkan pankek menjadi tidak naik dan kurang gebu.

 4. GUNA KUALI TAHAN LEKAT & MARJERIN Membuat pankek mempunyai cara yang berbeza untuk membuat lempeng biasa. Apabila memasak lempeng, anda biasanya menggunakan kuali biasa sahaja namun untuk membuat pankek, sebaiknya gunakan gula rata yang tahan lekat. Malah penggunaan marjerin atau mentega juga adalah lebih baik berbanding menggunakan minyak kerana ia lebih cepat panas.

5. JANGAN TEKAN PANKEK YANG SEDANG DIMASAK DALAM KUALI Pankek sedia dibalikkan bila muncul lubang atau gelembung halus pada permukaan doh. Elakkan menekan pankek ketika dimasak kerana ia akan menjadikan tekstur pankek menjadi kemek, mampat dan tidak gebu. Tuang adunan dan biarkan ia masak. Balikkan sekali lagi dan biar masak sepenuhnya sebelum dinikmati. Mudah kan nak buat pankek yang enak?

Ha…Lepas ni bolehlah hasilkan untuk suami dan anak-anak. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment