500 gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa (jika suka)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan sh llet. Tetapi jangan
masukkan air kerana dalam llet sudah mengandungi air. Jadi abaikan sukatan air.
Cara memasak :
1. Ambil isi ikan Tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar halus menggunakan food processor
atau tumbuk.
2. Masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan bahan
perasa. (bahan perasa adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)
3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang
4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna
bekas lain yang tahan panas.
5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih
dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan sh cake dari loyang.
6. Ratakan adunan sh cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan
permukaan kek ikan tadi.
7. Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil berbentuk sh cake.
9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan
minyak. Sedia untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment