Products available

Sunday, July 12, 2020

Sardin Homeade

Sardin homemade





Bahan-bahan
2 kilo ikan sardin



1 tin tomato puree
2 senduk cili kisar
2 senduk bawang kisar
1 cawan air asam jawa
1 botol sos cili
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Tumis bawang kisar dan cili kisar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puree. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak apa. Sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker, kuah akan cepat pekat. Masak dalam 60 minit.


Tulang ikan akan lembut macam kita beli sardin tin. Selamat mencuba resepi ringkas dari akak ya. Yang mana terkurang boleh ditambah sendiri ya. Terima kasih Nurliyana Ana Ana kerana sharekan resepi ini.

No comments:

Post a Comment