Products available

Thursday, January 6, 2022

Kuih Sagu aka Bronok

Sejuk ja lalu kt tekak...😊

Kuih Sagu aka Bronok
-----------------------------------

Resepi Versi 1(yg x berapa arif sukat air..bleh guna resipi 1)
-----------------------
1 cawan sagu(lalukan air paip dan toskan)
2  3/4 cawan air
3/4 cawan gula pasir
Daun pandan (simpul)
Sirap ros
1/2 biji kelapa parut amik yg putih jer+sedikit garam(kukus seketika)
Loyang saiz 7 sapu minyak dan alas plastik(kalo guna acuan kecik sapu minyak)

Caranya
Didihkan air,pandan,pewarna..dah mendidih masukkan sagu..kacau sampai sedikit pekat..masukkan gula..kacau lg hingga pekat..dah pekat tutup api..tuang dlm loyang..kukus hingga tiada butiran sagu putih(nampak jernih jer)(lbh kurg 15-20 mnt cmtu)biarkan sejuk..masukkan dlm peti sejuk bahagian bawah..nak makan potong dan gaul kelapa parut..

Resipi Versi 2
-----------------
2 cawan sagu
1 cawan gula
3 cawan air
Sirap ros
Daun pandan(disimpul)
Kelapa parut amik putih jer+garam(kukus jap)

Caranya
Rendam sagu 10mnt..kemudian toskan 
Masukkan air,gula,sirap,daun pandan dlm periuk..masak hingga mendidih..masukkan sagu..kacau hingga kembang dan butiran putih berkurang..(kacau lama sikit yer..tang ni kena sado sikit)tuang dalam loyang saiz 8*inci yg dah sapu minyak dan lapik plastik..dan biarkan sejuk..simpan dlm peti sejuk bahagian bawah..nak makan potong dan gaul kelapa parut..

Silakan share....

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5353803927981532&id=353889141306394

No comments:

Post a Comment