Nasi Arab Simple Versi Daging
Rebuskan :
5 cawan air bersih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
2 kiub daging
1 labu bawang besar
2 biji kentang potong dua
1 batang lobak merah potong lapan
500g daging batang pinang
1 camca teh garam
.
Rebus sehingga daging empuk. Kalau air berkurang tambah lagi air tu ye sbb air tu la nak guna utk masak nasi japgi. Rebus lagi lama lagi sedap, sbb semua rasa rempah tu meresap dalam daging, Lepastu .
Cuci bersih 1 setengah cawan Basmathi Pusa Cream 1121 kalau takde pakai basmathi biasa pun boleh , pakai beras biasa pun boleh , then toskan & masukkan dlm periuk , tambah kan 2 setengah cawan air dari rebusan daging , daging , lobak merah , kentang . Yg lain2 takpayah kalau x suka tergigit rempah2 biji tu ye .
Siap semua tu boleh masak dgn rice cooker mcm biasa. Tunggu button masak naik, boleh la dihidang, makan bersama yg tersayang 💕
.
Kredit : Lina Kasmani
No comments:
Post a Comment