Products available

Tuesday, April 22, 2025

jeruk cili air kelapa

 


Orang lama bila buat jeruk cili kampung utk dijadikan sambal lada@air lada.
Yg penting guna air kelapa muda,
Ada cara lain lagi yg best utk bangkitkan aura bau cili jeruk?
Sedap dimakan dgn mee sup,nasi berlauk🤩
Cara buat.
.1 kilo cili kampung(buang klu ada cili2 rosak,cuci bersih x payah buang tangkal dan sejat bagi kering).
.Dah kering masukkan cili dlm balang berpenutup,masukkan air kelapa paras cili.
.Tutup dan jeruk selama seminggu.(Jgn dibuka2 penutup balang tu selama jeruk)
.Saya simpan diluar saja utk cili lembut dan mudah proses nk tumbuk.
.Simpan peti blh jgk tp lambatla cili lembut.
.Bila dh seminggu,buangkan air kelapa&jgn bilas.
.Bila satu minggu tu air kelapa tu akan jadi keruh&sedikit keladak.Jgn risau ok je tu.
.Kali pertama bukak balang tu nanti akan bau yg sgt membuka selera.. Aumm
.Boleh tumbuk@bland kasar ditambah dgn garam,gula&cuka(apple@nipah)secukup rasa.
.Dah settle bolehlah masuk dlm balang lain&simpan dlm peti sejuk.
Kredit : Aisyah Abdullahadi

Saturday, April 19, 2025

cara buat cuka makan

asid asetik 

Cara-caranya:-

1. Cari bekas atau botol berkapasiti 5 liter

2. Masukkan asid asetik sebanyak 500 ml

3. Masukkan air panas atau suam sehingga penuh.

Dah siap cuka buatan kita. Mudah kan?

Secara mudahnya kandungan asid asetik adalah 10%



buat cuka makan

https://www.google.com/search?num=10&client=tablet-android-oppo-rvo2&sca_esv=4aa7399608798402&sxsrf=AHTn8zoDLp03LkHqNPuI1iQtIhjCOgQOSg:1745096133268&q=buat+cuka+makan&udm=7&fbs=ABzOT_CWdhQLP1FcmU5B0fn3xuWpA-dk4wpBWOGsoR7DG5zJBsxayPSIAqObp_AgjkUGqel3rTRMIJGV_ECIUB00mupujJbyw82c7vlYBaFJu3BmNFvQfDVhKJQ4s1Sh56vUlZoIEANLUpN9VWlLGGfUrbnPTVn7Pqb_dEUOUACvAoSRJ_VBuxeFzuQCjFvlSgW8Fyx2piGhqjyq1th-zHGPEpxTAk78Qw&sa=X&ved=2ahUKEwiD__zY_eSMAxXZ4zgGHe1zEasQtKgLegQIFhAB&biw=702&bih=986&dpr=1.75#ip=1

Monday, December 9, 2024

Sofwah Arabic Grill Gurun

Terasa betul rempah Nasi Arab kat sini!
Daging dia pun lembut je..

Macam-macam jenis daging ada,
Ada ayam, lembu dan kambing.
Ayam guna Ayam Bismi tau!

Korang kena try:
🔥Nasi Arab Chicken Mendy
🔥Nasi Arab Lamb Mendy
🔥Shawarma Beef
🔥Shish Tawook

Menu Western pun ada:
🔥Aglio Olio Seafood

Portion yg dia bagi bukan main-main.
Memang syiok makan, tak cuba rugi tau ❤‍🔥

Di mana? Hanya di 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐟𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢𝐜 𝐆𝐫𝐢𝐥𝐥 🔥🔥🔥

𝗠𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗮𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗶:
👍🏻Suasana yang mantap
👍🏻Kru servis yang mesra
👍🏻Lokasi senang dicari

𝗦𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁:
✅Anniversary Dinner
✅Kawan2 Healing
✅Geng2 Besties

Bukan main-main menu dorang ni
Patutlah boleh buka banyak cawangan 🤩

Harga pun berpatutan 👍🏻 Sempena Hari Gaji ni diorang ada buat promo tau🤩
Memang wajib datang gaiss

Di mana? Hanya di 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐟𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢𝐜 𝐆𝐫𝐢𝐥𝐥 - 𝐓𝐨𝐩 𝐍𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐛 𝐢𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡🔥🔥🔥

* SENARAI CAWANGAN SOFWAH *
Sofwah Arabic Grill - Gurun
⏰Waktu Operasi :
Isnin - Ahad: 11 PG - 10 mlm
12, Taman Setia Harmoni, Batu 4, Jalan Jeniang,
08300 Gurun, Kedah
☎0142288956

Sofwah Arabic Grill - Sg Petani
⏰Waktu Operasi :
Isnin - Ahad: 11 PG - 11 mlm
18, Pusat Perniagaan Perdana
08000 Sg Petani, Kedah
☎01168714468

Sofwah Arabic Grill - K. Nerang
⏰Waktu Operasi :
Isnin - Ahad: 11 PG - 10 mlm
234 Taman Akasia
06300 Kuala Nerang Kedah
☎01154040068

Nak order siap-siap sblum pergi kedai, nak tengok maps atau catalog menu tekan link :
https://linktr.ee/nasiarabsofwah

Nak terus walkin ke kedai, boleh tekan Google Map link ke bawah 👇🏼👇🏼👇🏼
https://maps.app.goo.gl/U8nWzquQsNcPx4dQ7
https://maps.app.goo.gl/TkvTQeUE3jC8JTDf9
https://maps.app.goo.gl/mgDb3GwPXf4cpaq59

Saturday, November 30, 2024

MEE REBUS HAJI WAHID

RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID
============================
BAHAN-BAHAN :
✔ 2 kilo mee kuning, dicelur
✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar
✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
✔ 3 ulas bawang putih, dikisar
✔ 3 biji bawang merah, dikisar
✔ 1 inci halia, dikisar
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 3 batang serai, dititik
✔ 1 inci lengkuas, dititik
✔ 5 sudu makan rempah kari daging
✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
✔ minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 80g tepung gandum
✔ ¼ camt serbuk kunyit
✔ garam
✔ air secukupnya
✔ minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil
✔ daun sup, dimayang
✔ bawang goreng
✔ telur rebus, dibelah dua
✔ lada hijau, dipotong bulat
✔ taugeh, dicelur
✔ limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
✔ Panaskan minyak dalam periuk.
✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Okey, selamat mencuba

SAMBAL BELACAN WANGI, SEDAP TAHAN LAMA

RESIPI SAMBAL BELACAN WANGI, SEDAP & TAHAN LAMA

BAHAN-BAHAN :

6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
*(kisar kasar bahan-bahan)

Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.

TIPS 1 :
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.

TIPS 2 :
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.

TIPS 3 :
Limau kasturi yang dikisar brsama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.

TIPS 4 :
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Kredit resepi : nurulain Insyirah

https://www.facebook.com/profile.php?id=100070726132945&mibextid=ZbWKwL


Monday, November 11, 2024

sup siam



 -------------------------------- BAHAN-BAHAN ---------------------------------- 🇹🇭 

Rebusan Daging - 300 gram daging (sebaiknya ada urat dan lemak) - Air mengikut banyak mana sup nk buat - 3 inchi galia tumbuk - 3 hiris lengkuas - 2 akar daun ketumbar - 

1 biji bawang holland - sedikit kayu manis dan bunga lawang - sesudu gula 🇹🇭 Bahan Tumisan - 4 ulas bawang putih diketuk dengan kulit - 

2 batang serai diketuk-ketuk - 10 biji cili padi. Nak kurang pedas letak 5 - 3-5 helai daun limau purut - 1 Biji bawang holland 🇹🇭 Bahan Aroma, Rasa dan hiasan - Sos ikan (nampla) atau garam - Daun ketumbar sejemput - 1 biji tomato potong kecik-kecik - 2-3 biji limau nipis

 -------------------------------- CARA MASAK --------------------------------- 
1. Rebus semua bahan rebusan daging. jangan masukkan garam ya. Rebus sehingga daging empuk. 
2. Tumis bahan tumisan dalam kuali lain.sehingga bau naik dan wangi semerbak. 
3. Masukkan bahan tumisan dan tomato ke dalam rebusan daging yang sudah empuk
 4. Masukan 3-4 Sudu sos ikan dan jus limau nipis. 
Kalau tiada sos ikan boleh guna garam secukup rasa. 5. Rebus selama 3-5 minit. Lepas tu masukkan daun ketumbar