Products available

Saturday, December 19, 2015

IKAN SINGGANG TRADISIONAL KELANTAN

IKAN SINGGANG TRADISIONAL KELANTAN

.

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tongkol- basuh dengan cuka dan siram bersih.
1 labu bawang putih-ketuk je dan buang kulit.
1 inci lengkuas (aku pastikan lengkuas mesti ada)
4-5 keping asam gelugor/asam keping bergantung pada saiz.
2 inci nise/gula melaka
Garam secukupnya.
Lada hijau solok secukupnya- boleh letak cili api juga
Bendir jika suka

*serai tidak dibubuh dalam singgang kelate
*tapi kunyit dan halia ada yang suka bubuh.

Cara-caranya:

Masukkan ikan dan air secukupnya ke dalam periuk- biar tenggelam ikannya.
Masukkan bawang putih, lengkuas, cili dan asam.
Masukkan terus gula nise/gula melaka dan garam.
Masak dengan api perlahan dalam 20 minit. Tambah air jika kuahnya berkurang.
Bila hampir ditutup apinya, boleh masukkan bendir. Siap.

Makanlah dengan nasi panas bersama ulam dan budu ataupun sambal belacan.

Beware!!!!! amaran keras kepada sesiapa yang sedang diet...anda dilarang masak singgang ni kerana sudah pasti anda akan bertambah2 nasi

No comments:

Post a Comment