Buah Keras / Kemiri"
Masakan Melayu atau Indonesia ini buah keras menjadi pilihan utama untuk perencah, sambal atau pun kuah. Buah keras ini bukan saja bantu beri kepekatan masakan, malah memberikan aroma (manis) dan juga kelazatan. Buah keras juga mampu elak santan menjadi pecah (minyak).dlm masakan gunakan santan pekat seperti masak lemak.
Untuk mendapatkan aroma dan kelazatan dari buah keras, buah keras terlebih dulu perlu goreng kering tanpa minyak, ditumbuk dan diblender halus. Sekiranya ingin buat sambal, buah keras boleh digoreng bersama bawang putih dan bawang merah...dan diblender halus.
Dari pengalaman mamak haji, sekiranya buah keras ini digunakan tanpa goreng kering dalam masakan rempah, lauk cepat basi. Untuk seekor kambing masak korma..anda boleh gunakan satu cawan buah keras dan satu cawan buah badam. Jimat sikit tapi jadikan ia lagi sedap...
No comments:
Post a Comment