Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah
Yang Sedap.
CARA BUAT POPIA BASAH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam
CARA MEMBUAT KULIT POPIA
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati.
Boleh guna
tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah sedikit air.
Tutup adunan dan perap 30 minit.
Selepas 1/2 jam, panaskn kuali leper@ non-stick.
Ambil sejemput
adunan dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis.
Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik
kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
Kulit popia ni boleh letak bertindan kerana ia tidak melekat
BAHAN SOS POPIA:
12@14 cili kering – buang biji, rebus dan toskan. Kemudian kisar halus
dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 sudu makan gula perang
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis
Minyak untuk menumis
CARA-CARA BUAT SOS:
Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk.
Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis.
Masak hingga pekat
menggunakn api perlahan.
Tambah garam secukupnya.
BAHAN-BAHAN INTI POPIAH:
Sengkuang jika suka- hiris nipis @ memanjang
Tauge- bersihkan
1/2 biji kubis – racik halus
1 batang lobak merah – hiris memanjng
Segenggam udang – buang kepala & ekor.
Potong kecil
1/2 biji bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
Udang kering – tumbuk halus
Garam dan minyak untuk menumis
CARA-CARA SEDIAKAN INTI:
Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, tumis udang, bawang besar
dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana.
Masukkn kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu.
Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan
rasa garamnya. (masak sekejap sahaja bahan inti ini)
Products available
- 5Pcs Adjustable Brass Misting Nozzle Gardening Watering Spray Sprinkler Sprayer - 10/29/2019 - Ayob Hussin
- Free shipping !! ( 50 pcs/lot ) high pressure fog misting nozzle,Garden sprinkler,Sprayers,Watering Kits - 10/29/2019 - Ayob Hussin
- 2018 330A Wet And Dry Robot Vacuum Cleaner Mop Home Floor Washing, House Sweeping Cleaning Robot, Auto Charge Vacuum Cleaner - 10/10/2018 - Ayob Hussin
- LIECTROUX B6009 Robotic Vacuum Cleaner,Map Navigation,Smart Memory,Low Repetition,Virtual Blocker,UV Lamp,Water Tank,Low noise - 10/10/2018 - Ayob Hussin
- LIECTROUX Robot Vacuum Cleaner B6009,2D Map & Gyroscope Navigation,with Memory,Low Repetition,Virtual Blocker,UV Lamp,Water Tan - 10/10/2018 - Ayob Hussin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment