Products available

Wednesday, September 2, 2020

Sata ikan

https://www.rasa.my/resipi-sata-ikan-paling-mudah-orang-pantai-timur-memang-suka-makan-benda-ni/


BAHAN-BAHAN: 1 kilo ikan sardin/selayang | diambil isinya sahaja

500gm kelapa muda | diparut halus 

250grm bawang merah 

1 ikat daun kesum | dihiris Bahan perasa, garam dan gula secukup rasa 

30 biji lada burung @ cili padi | boleh ubahsuai ikut citarasa 

Daun pisang secukupnya | untuk membungkus 

CARA MEMASAK: 

1.Kisar isi ikan, lada burung dan bawang merah hingga lumat. 

2.Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam bekas. 

Masukkan kelapa muda parut, daun kesum, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. 

Gaul sebati


Ambil daun pisang, bentukkan kon dan isi sata tadi. Bakar hingga masak.


*****************************************************


CARA MASAK SATA SEDAP SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

15 ekor ikan sardin/ selayang – buang tuang

8 biji bawang merah kecil India

5 ulas bawang putih

3 biji buah keras

1 ½ inci halia

½ biji kelapa parut putih

Cili padi secukupnya – hiris

2 biji bawang merah besar – hiris

5-7 sudu gula – boleh ubah suai ikut selera masing-masing

2-3 sudu garam – boleh ubah suai ikut cita rasa

Daun pisang secukupnya – dibersihkan

Lidi atau buluh kebab secukupnya 



CARA MEMASAK:

1. Satukan isi ikan, bawang merah India, bawang putih, buah keras dan halia. Kisar

hingga hancur dan sebati. Tuang bahan kisar ke dalam besen.

2. Masukkan kelapa parut, hirisan cili padi, bawang merah. Gaul hingga sebati.

3. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. Sebatikan.

4. Ambil daun pisang dan jadikan bentuk kon. Isi adunan tadi dan cucuk pada lidi

atau buluh kebab. Jika nak bungkus ala Otak-Otak pun boleh.


5 Bakar Sata guna api perlahan selama 2-3 minit sambil dibalik-balikkan supaya

tidak rentung.




No comments:

Post a Comment