Products available

Thursday, October 15, 2015

Rempah Nasi Arab nasi briyani nasi dagang nasi ayam bukhari

NASI MANDY YEMENI
Rempah Mandy:
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar bunga cengkih
2 sudu kecil lada hitam
1 biji buah pala
1 sudu makan halia kering( saya pakai serbuk je)
4 helai daun bay/salam

Grind semuanya sampai halus ( rempah -2 sudu besar utk perap ayam dan 1 sudu utk nasi.)

Ayam Mandy :
1 ekor ayam potong 4
2 sudu rempah mandy
2 sudu serbuk jintan putih (yang ni la rempah killer dia...banyak sikitpun tak apa)
sedikit serbuk kunyit
1 sudu serbuk ketumbar
Garam
Gaul bersama, perap sekejap dan bakar dlm aluminium foil di alas dgn hirisan bawang besar dan lemon.
Kalau suka boleh pan grill dlm kuali nonstick...sedap jugak.

Nasi Mandy
2 pot beras PUSA, basuh dan rendam 20 minit...toskan
3 sudu minyak dan 2 sudu butter / minyak zaiton./minyak biasa
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sesudu rempah mandy
buah tomato dibuang biji dan di dadu
bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun salam/bay.
3 pot air rebusan ayam tadi (2 1/2 pun blh...tgk beras)

Tumis semua bahan tadi di atas...dah layu/sedikit brown...masukkan beras...kacau..dan masukkan air...tanak spt biasa.
Hampir masak, titiskan pewarna kuning / saffron,
buat lubang di tengah nasi dan masukkan mangkuk kecil yang dibuat daripada aluminium foil..tuang minyak dalam mangkuk, masukkan arang bakar...tutup periuk, supaya asap dapat menyerap dalam nasi. 10  15 minit, buang mangkuk aluminium tadi dan gemburkan nasi. Siap!!

Untuk Sambal (Salata Hara):
2 biji buah tomato
3 biji cili api
Blend tanpa air...masukkan sesudu kecil garam dan hirisan daun ketumbar..siap

Untuk salsa:
1 biji buah tomato, buang biji dan dadu
1 biji timun buang biji dan dadu
1 labu bawang besar merah..dadu
2 biji cili api
daun ketumbar
perahan lemon..asam limau nipis lagi sedap la..
garam dan gula...gaul sebati...siap.


Nasi Dagang 

Bahan-bahan: 
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa. 
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan 
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 
Bahan A 
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) 
Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor 
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Cara memasak: 
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja 
Cara memasak: 
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. 
NASI PAPRIK 
Bahan-bahan: 
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.

Nasi Ayam Hakka 
Bahan-bahan: 
1 ekor ayam segar 
Kicap cair (Cap Camel) 
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji 
Bawang putih 3 biji 
1 ketul kecil halia 
Beras 2 tin susu 
1 sudu besar garam 
1 sudu kecil Ajinamoto 
Sedikit lada putih 
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras) 
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

Resipi Nasi Bukhari Ayam
http://2.bp.blogspot.com/-XUGTGIrWGdc/Uj6nuedaLgI/AAAAAAAAJuY/En9-NXRNPSs/s400/Bukhari.JPG







Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit
55 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bukhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

Cara menyediakan:


1) Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.

2) Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.

3) Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.

NASI BERIANI
(8 ~ 10 orang makan)

1 kg beras basmathi
½ kg beras wangi (Brand umbrella)
Air (Ikut sama banyak dengan beras)
½ tin susu cair
2 sudu besar air limau Sunkist
Bahan2 Tumis
1 senduk minyak sapi
½ cawan minyak jagung
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 senduk rempah beriani
*10 biji bawang merah
*6 biji bawang putih
*2 cm halia tua
*Dikisar halus

CARA-CARA
Panaskan minyak sapi dan minyak jagung.
Tumiskan bahan – bahan yang telah dikisar.
Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Masukkan rempah beriani & terus tumis tetapi jangan sampai hangus ya…
Masukkan susu cair. Setelah hampir menggelegak masukkan 2 sudu besar air limau Sunkist.
Masukkan air mengikut sukatan beras.
Tambahkan lagi ½ cawan air.
Masukkan garam dan perasa secukupnya.
Apabila menggelegak, masukkan beras. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tutup periuk rapat. Jangan dibuka sehingga keluar wap dari tepi tudung periuk.
Nota :
Jika suka boleh masukkan 1 cawan jagung sebelum air menggelegak.
Boleh juga masukkan daun pandan untuk wangi, sedikit daun sup, daun pudina dan daun bawang.
Untuk masak nasi minyak, gunakan resepi di atas tetapi tak perlu masukkan rempah beriani.
Untuk masak nasi jagung, hanya tambahkan jagung.
Untuk nasi tomato masukkan tomato puree & tomato sos sesedap rasa.

Tips:
Jika lebih halia nasi akan menjadi muak.
Untuk lebih sedap, masakkan ayam/daging beriani dan ambil kuahnya sebagai ganti rempah beriani. Nasi akan menjadi lebih sedap.

No comments:

Post a Comment