Products available

Wednesday, April 3, 2019

Ikan Masin



 Ikan Masin

1. Buat Ikan Masin Tahan Lama & Sedap Bahan: Ikan masin Garam Cuka Caranya: 1. Selepas ikan masin dibasuh bersih, toskan seketika supaya tahan lebih lama. 2. Susun ikan di dalam bekas dan taburkan garam. 3. Renjiskan sedikit cuka makan di atasnya. 4. Kemudian masukkan ikan ke dalam peti sejuk dan perap selama 5 hingga 6 jam. 5. Selepas itu keluarkan dan anda bolehlah jemurkan ikan masin tersebut. Cara ini juga buat ikan masin tidak dihinggapi lalat ketika menjemurnya.

2. Cara Goreng Ikan Masin Bagi memastikan ikan masin dimasak sempurna tanpa tertanggal kepala atau ekornya, cuba lakukan petua mudah ini. Bahan: Ikan masin Tepung gandum Caranya: 1. Basuh ikan masin dengan bersih. 2. Kemudian salutkan ikan dengan tepung gandum. 3. Lebihkan salutan pada bahagian ekornya. 4. Kemudian barulah digoreng seperti biasa.

3. Cara Hilangkan Masin Ikan masin kalau terlalu masin boleh ikut cara ini. Mudah sahaja. Caranya: 1. Rendam ikan masin dengan sabut kelapa selama 2 jam. 2. Kemudian, basuh dan jemurkan di tengah panas. 3. Ketika hendak menggoreng, rendam ikan masin di dalam bekas berisi air garam. 4. Garam yang direndam dalam air tersebut akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut.

No comments:

Post a Comment