Products available

Tuesday, December 13, 2022

Resepi Asam Laksa Original Versi Cina

Resepi Asam Laksa Original Versi Cina

Bahan-Bahan Pes:
Bawang besar
Bawang merah
Bunga kantan sebatang
Kunyit hidup size jari kelingking
Lengkuas size ibu jari
Serai 5 batang
Asam keping 10 keping
Cili merah
Cili kering
Belacan 2 sudu besar (bakar)

Bahan-Bahan Sampingan:
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan
Otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
Timun
Salad
Bawang
Cili api

Cara-Caranya:

1. Kisar semua bahan-bahan pes. Kemudian tumis menggunakan minyak yang sedikit saja.

2. Tumis sehingga naik bau.

3. Bila dah wangi, masukkan bahan ini pula:

Asam jawa agak-agak dalam 2 sudu besar (bancuh air)
Bunga kantan 2-3 kuntum
Daun kesum

4. Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.

(Ikan untuk resepi ni saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak. Ikan sardin/selayang pun sedap)

5. Kemudian masukkan semua air rebusan ikan tadi. Tambahkan juga air sehingga kuah tidak terlalu pekat dan tidak cair.

6. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2 hingga 3 sudu besar serta perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.

7. Semasa dihidangkan, boleh cedok isi ikan seketul-seketul ke dalam mangkuk.

Kredit : Faiza Halim

No comments:

Post a Comment