https://www.mingguanwanita.my/susu-pekat-manis-homemade-guna-3-bahan-siap-3-minit/
Products available
Sunday, March 22, 2020
Friday, March 20, 2020
Resepi kuiH sarang semut
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1401372333401290&id=610762239128974
Resepi kuiH sarang semut
Thursday, March 19, 2020
Cara Masak Cokodok Pisang Sedap, Lembut & Tak Serap Minyak
BAHAN-BAHAN: 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga. 2 sudu makan marjerin 5 sudu makan gula pasir 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit 1 sudu teh garam 2 cawan tepung gandum
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebat
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Aiskrim vanika cokelat
Terjebakk sudah😂😂😂 xdan nk p kedai bakery.. pulun yg mane ade kedai kedai runcit.. Kite bantai coklat Cadbury buat topping campuq dark coklat lebih2 raya ritu🤣🤣 sungguh aiskrim mkn modai namenye ni😝😝vanilla aiskrim ambik jerk resepi kt EN Google..
#aiskrimviralmagnum
Resepi aiskrim vanilla coklat
*3/4 tin susu pekat.. Klu xnk manis kurangkan lg pon boleh..
*2 kotak kecil susu full cream
*1 sudu besaq ovellate (pastikan yg halal)
*2 sudu kecil perisa vanilla
Mixed Bahan2 diatas sampai gebas gebus agk2 20 minit.. Pastu tuangkn dlm jug.. Sng sikit nk bubuh dlm plastic aiskrim nanti..
Topping coklat
200g chocolate milk.. Sis pki cudbury coklat sbb xdan nk p bakery..
100g dark chocolate brand beryl's
Buat teknik Double boil ye laling.. Jgn smpi setitik air pon terkene coklat tkt nanti coklat mengeras..
Dh suam2 masukkn dlm piping bag n picit masukkn dlm plastik aiskrim.. Pastikan jgn terlebih @, terkurang.. Masa kite ratakn coklat dlm plastic aiskrim boleh agk2 ketebalan coklat tu.. Pastu tuang je vanilla aiskrim yg dh siap mixed tu dlm plastik aiskrim.. Jgn risau coklat tu xakn bercampuq dgn vanilla aiskrim.. Dh masukkn Hentak2 manje sikit bagi mampat.. Klu x nanti ade ruang kosong dlm tu..
Selamat mencuba.. Sy halal resepi ni..
Wednesday, March 18, 2020
Lempeng gebu
LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air (adunan tak cair & tak pekat sangat)
CARA MEMASAK:
Monday, March 9, 2020
SAMBAL KELANTAN
Saturday, March 7, 2020
Sos Blackpepper

Sos Blackpepper
– sesudu mentega / butter
– bawang putih
– sos prego keju & herba
– lada hitam
– sesudu kicap manis
Cara2
– panaskan kuali,masukkan majerin / butter
– tumis bawang putih (cincang) sampai naik bau
– masukkan sos prego keju & herba
– masukkan air sikit (ikut kepekatan yg korang nak)
– masukkan lada hitam yg dah ditumbuk kasar
– garam secubit,maggi cukup rasa secubit,gula secubit
– kicap 1 sudu (untuk colouring) wajib kicap manis ya..NO kicap masi
Tuesday, March 3, 2020
Resepi Ayam Panggang Serai Air Asam
Resepi Ayam Panggang Serai Air Asam
- 1 ekor ayam – size sederhana jangan besar sangat (ikut suka nak panggang bulat atau nak kerat 4)
- 7 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 3 batang serai- hiris nipis-nipis, kemudian tumbuk halus
- 1 sudu besar penuh serbuk (kasar) lada hitam
- 3 sudu besar gula perang
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil paprika
- 1 sudu kecil cajun
- 4 sudu besar minyak jagung
- 1/2 biji perahan limau nipis
- Garam secukup rasa
- Aji – optional

- 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit hirisan daun kesom
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
- 1 sudu kecil serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder)
- 4 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar) – kalau takde boleh ganti dengan gula perang
- 1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dengan sedikit air panas
- 2 sudu besar thai chilli flakes
- 3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja
- 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional
Resepi Kentang Putar Dengan Kuah Blackpepper Istimewa

Kalau nak dapatkan tektur kentang putar seperti di restoran makanan segera, selepas anda lenyek, masukkan dalam food prosesser dan hancurkan sebati. Kalau guna pengisar makanan, ianya tak menjadi sangat sebab perlukan cecair untuk gerakkan mesin. Satu lagi tips untuk dapatkan kuah blackpepper yang sedap adalah penggunaan bawang. Jika anda gunakan bawang dari jenis bawang Holland yang bewarna coklat kekuningan tu, kuah menjadi rasa bau bawang dan tidak sesedap berbanding anda gunakan bawang merah India besar. Bawang merah India lebih terasa kemanisan apabila ditumis hingga masak
Resepi Kentang Putar Dengan Kuah Blackpepper Istimewa
Bahan Resepi Kentang Putar
5 biji kentang saiz sederhana
3 sudu makan butter cair Secubit garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Cara buat butter cair tu senang je.
Panaskan dalam kuali hingga ianya mencair.
Bahan Kuah Blackpepper :
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan butter
1 biji bawang merah besar India kisar Setengah kiub ayam
3 sudu makan sos lada hitam Secubit Garam Air ( ikut kepekatan kuah yang anda mahu ) Kicap manis ( ikut tahap gelap kuah anda mahu )
Cara Penyediaan Resepi Kentang Putar Dan Kuah Blackpepper :
#1: Untuk kentang putar atau mashed potato ini, kupas, potong dan bersihkan ubi kentang. Rebus/kukus sampai empuk.Toskan dan lenyek ketika masih panas.Masukkan butter cair,garam,lada hitam.Kacau sebati dan pastikan kentang dilenyek halus.
#2: Untuk kuah blackpepper pula, panaskan butter dan tumis bawang kisar hingga naik bau dan masak sepenuhnya untuk elakkan rasa bawang. Sambil tu , dalam satu bekas, kacau tepung dan air hingga sebati. Baru masukkan dalam periuk dan kacau hingga mendidih.
Guna api sederhana sahaja.
Resipi Sotong Stim Ala Thai Yang Ringkas Tapi Sedap
Resepi Sotong Steam dan Sos Sotong dikelar dan di kukus ( Kukus sekejap sahaja dlm 4-5 minit shja…kalau terlalu lama sotong akan kecut tak sedap nak mkn
Bahan sos: Akar daun ketumbar 2 batang Limau nipis sebiji setengah/2 biji (ikut nak masam mana) Lada burung kampung/ cilipadi – 6 biji Sos ikan 3 sudu besar (Brand Knife) Bawang putih 3 ulas Daun ketumbar dihiris kasar Gula agak2 (dalam 1 susu besar) Cara:
1. Tumbuk bahan dgn lesung
2. Tumbuk akar ketumbar,lepastu masukkan lada, bawang putih dan gula
3.Masukkan bahan2 yg lain. Kalau nk lebih masam tmbh limau nipis.
4. Bila dh siap, masukkan daun ketumbar yg di hiris dan kacau dgn sudu
5. Tuangkan sos ke atas sotong yg dikukus tadi
6. Masa mkn, gigit bersama daun ketumbar…memang perghhhhh tak boleh nak cakap apa lagi!
7. (Doublekan bahan jika sotong yg dibuat tu banyak… Bahan ini hanya untuk sotong 5-6 ekor )
Monday, March 2, 2020
Sambal Goreng Jawa Puas Makan
Sambal Goreng Jawa Puas Makan
-tempe
-pedal ayam
-tauhu