Products available

Tuesday, March 3, 2020

Resepi Ayam Panggang Serai Air Asam

Resepi Ayam Panggang Serai Air Asam


Resepi Ayam Panggang Serai Air Asam
Ayam Panggang Serai
Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam – size sederhana jangan besar sangat (ikut suka nak panggang bulat atau nak kerat 4)
Bahan Perap –
  • 7 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 3 batang serai- hiris nipis-nipis, kemudian tumbuk halus
  • 1 sudu besar penuh serbuk (kasar) lada hitam
  • 3 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil cajun
  • 4 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 biji perahan limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Aji – optional
Cara Buat:
1. Satukan dan gaul sebati bahan-bahan perap, kemudian lumurkan rata-rata pada ayam.
2. Perap ayam paling kurang 4 jam atau perap semalaman dalam peti sejuk
3. Setelah masa perapan cukup, bakar ayam pada suhu 200c selama 1 jam 20 minit atau sehingga ayam cukup masak.
Cara Buat Air Asam
Bahan-Bahan:
  • 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun kesom
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder)
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar) – kalau takde boleh ganti dengan gula perang
  • 1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dengan sedikit air panas
  • 2 sudu besar thai chilli flakes
  • 3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja
  • 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional


No comments:

Post a Comment