Products available

Tuesday, March 3, 2020

Resepi Kentang Putar Dengan Kuah Blackpepper Istimewa



Kalau nak dapatkan tektur kentang putar seperti di restoran makanan segera, selepas anda lenyek, masukkan dalam food prosesser dan hancurkan sebati. Kalau guna pengisar makanan, ianya tak menjadi sangat sebab perlukan cecair untuk gerakkan mesin. Satu lagi tips untuk dapatkan kuah blackpepper yang sedap adalah penggunaan bawang. Jika anda gunakan bawang dari jenis bawang Holland yang bewarna coklat kekuningan tu, kuah menjadi rasa bau bawang dan tidak sesedap berbanding anda gunakan bawang merah India besar. Bawang merah India lebih terasa kemanisan apabila ditumis hingga masak

Resepi Kentang Putar Dengan Kuah Blackpepper Istimewa

Bahan Resepi Kentang Putar

5 biji kentang saiz sederhana
3 sudu makan butter cair Secubit garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara buat butter cair tu senang je.

Panaskan dalam kuali hingga ianya mencair.

Bahan Kuah Blackpepper :

2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan butter
1 biji bawang merah besar India kisar Setengah kiub ayam
3 sudu makan sos lada hitam Secubit Garam Air ( ikut kepekatan kuah yang anda mahu ) Kicap manis ( ikut tahap gelap kuah anda mahu )

Cara Penyediaan Resepi Kentang Putar Dan Kuah Blackpepper :

#1: Untuk kentang putar atau mashed potato ini, kupas, potong dan bersihkan ubi kentang. Rebus/kukus sampai empuk.Toskan dan lenyek ketika masih panas.Masukkan butter cair,garam,lada hitam.Kacau sebati dan pastikan kentang dilenyek halus.

#2: Untuk kuah blackpepper pula, panaskan butter dan tumis bawang kisar hingga naik bau dan masak sepenuhnya untuk elakkan rasa bawang. Sambil tu , dalam satu bekas, kacau tepung dan air hingga sebati. Baru masukkan dalam periuk dan kacau hingga mendidih.

Guna api sederhana sahaja.

No comments:

Post a Comment