Kerang Thai Style Pedas Masam
10 biji Cili Padi Merah kalau nak kurang pedas boleh kurangkan atau nak lagi pedas boleh tambah lagi.(Ditumbuk halus)
5 biji limau nipis atau ikut suka masam dan ambik airnya
5 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil gula pasir
1 biji Tomato dibuang bijinya dan dipotong kecil-kecil
Daun Ketumbar dicincang halus
Timun kecil potong 2 dan rendam dahulu dalam air (hiasan)
1 sudu kecil Ajinomoto atau Maggi cukup rasa
Semua bahan dicampurkan sekali letak tepi.
Kerang 1 kilo dicuci bersih direbus sekejap separuh masak, dan buang kulit sebelah sahaja.
Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi atas kerang.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment