Ini lagi satu menu sihat saya, kalau buat anak boleh makan dua mangkuk dia sorang.. πππ
Nasi ayam kukus halia….
Kalau utk kita, pakai mangkuk nasi kukus tu dah.. mangkuk ikea tu besar..
Bahan:
- beras 5 sudu makan
- halia tumbuk lumat2
- bawang putih tumbuk lumat2
- garam pink
- daun + akar ketumbar
- 1 sudu kecil sos ikan setiap mangkuk
- ayam
Bahan tumbuk tu, letak setengah sudu kecil setiap mangkuk.. kalau malas tumbuk boleh beli siap2 jenama life.. tapi kena masukkan bawang putih jugak..
Basuh beras and letak dalam mangkuk, letak bahan tumbuk, letak akar ketumbar sikit, daun ketumbar sikit, letak air cukup tenggelam beras atau lebih 1cm sikit, letak sos ikan sesudu, letak ayam seketul.
Kukus 30 minit atau lebih..
Kalau nak buat sup, buat benda yg sama, cuma jangan letak beras lah.. π
π
π
Saya buat extra ayam utk saya makan, sup utk anak.. ππππ
Menu mcm ni, masak hari2 pun x pa.. satu keluarga boleh makan.. πππ
Jangan lupa makan sayur sayuran.. ππ
No comments:
Post a Comment