Untuk anak-anak , anda boleh cuba buat biskut choc chip oreo ni. wah..mcam-macam ea resepi biskut kami berikan special tuk anda.
Jika anda mahu share , bantu kami dengan komen share dulu ea supaya pages lebih aktif
Bahan bahan :
1) 250gm buttercup
2) 1 cawan gula castor (boleh guna brown sugar)
** boleh kurangkan gula sikit
3) 1 sdk seen vanilla
4) beberapa keping Oreo (dipatahkan)
5) chic chips ( boleh guna oat/almond/kismis)
6) 1 cawan tepung jagung
7) 2½ cawan tepung gandum (ayak bersama tpg jgung)
8) 1 biji telur
Cara - cara :
1) satukan butter dan gula. Whisk sehingga sebati
2) masukkan 1 biji telur dan esen vanilla
3) sebatikan adunan
4) masukkan tepung jagung dan tepung gandum .sebatikan adunan
5) masukkan choc chips . Gaul rata
6) masukkan Oreo yang telah dipatahkan
Bulatkan adunan dan tekan dgn garfu
Bakar dalam suhu 180-200° selama 30 minit . (bergantung pada oven masing²)
** Anggaran 1 adunan 80-100 biji
** awal² kuar dr oven biskut nie chewy dan biarkan sejuk baru simpan di bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Terima kasih Puan Tengku RosElyza atas resepinya
No comments:
Post a Comment