Products available

Thursday, November 11, 2021

Pensijilan Produk dan Perkhidmatan

Pensijilan Halal

**Permohonan perlu dibuat di: http://apps.halal.gov.my/myehalal/pemohon/**

kat bawah ni saya share macam mana nak buat permohonan pensijilan  halal malaysia.

saya ringkaskan serba sedikit prosedur macam mana nak apply dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi semasa permohonan pensijilan halal ni, sesuai dengan keperluan tuan/puan yang menjalankan perniagaan secara home-based

Syarat
1. Ada SSM
1. Ada lesen atau kelulusan daripada PBT
1. Memiliki perakuan pendaftaran premis makanan yang masih sah daripada BKKM
1. Beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum permohonan SPHM
1. membuat permohonan SPHM ke atas semua jenis produk yang dihasilkan di premis berkenaan.
1. Nama syarikat, produk, menu ramuan dan jenama produk yg dimohon hendaklah tidak menggunakan pernyataan 'halal' atau sebarang representasi atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan ia boleh digunakan oleh orang islam

Yuran proses

RM20.00

Pensijilan Produk dan Perkhidmatan
1. Makanan dan Minuman: FI/TAHUN bergantung kepada jenis industri. Rujuk gambar 2.

PENSIJILAN PREMIS MAKANAN
1. Rujuk Gambar 3

Keperluan Khusus Skim Produk Makanan dan Minuman
1. Setiap premis makanan hendaklah memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang sah daripada BKKM
1. Setaip pengusaha/pengendali makanan mestilah memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan yang di iktiraf BKKM
1. Setiap pengusaha/pengendali makanan mestilah ada suntikan anti-tifoid yang masih sah drpd pengamal perubatan yang berdaftar
1. Semua perundagan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan dan keperluan MS1500:2019 Halal Food-General Requirement hendaklah di patuhi.
1. Ada pekerja muslim. Bilangan pekerja minimum mengikut jenis industri.

secara lengkap tuan-tuan boleh semak dan baca perincian daripada badan berkuasa pensijilan halal di https://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9uZXdzOzs7Ow==&utama=panduan&ids=202009285f719a6a9f166

No comments:

Post a Comment