Bahan diperlukan:
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan air
- Sedikit minyak sayuran
- Loyang untuk mengukus
Cara membuat:
- Sediakan kukusan, saya guna kuali saja.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau rata jangan sampai bergentel.
3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk lauk pun boleh).
5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan (ulangi proses ini hingga adunan selesai).
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang diingini.
Siap!
TIP
- Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment