Monday, December 9, 2024

Sofwah Arabic Grill Gurun

Terasa betul rempah Nasi Arab kat sini!
Daging dia pun lembut je..

Macam-macam jenis daging ada,
Ada ayam, lembu dan kambing.
Ayam guna Ayam Bismi tau!

Korang kena try:
๐Ÿ”ฅNasi Arab Chicken Mendy
๐Ÿ”ฅNasi Arab Lamb Mendy
๐Ÿ”ฅShawarma Beef
๐Ÿ”ฅShish Tawook

Menu Western pun ada:
๐Ÿ”ฅAglio Olio Seafood

Portion yg dia bagi bukan main-main.
Memang syiok makan, tak cuba rugi tau โคโ€๐Ÿ”ฅ

Di mana? Hanya di ๐‘๐ž๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐’๐จ๐Ÿ๐ฐ๐š๐ก ๐€๐ซ๐š๐›๐ข๐œ ๐†๐ซ๐ข๐ฅ๐ฅ ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ:
๐Ÿ‘๐ŸปSuasana yang mantap
๐Ÿ‘๐ŸปKru servis yang mesra
๐Ÿ‘๐ŸปLokasi senang dicari

๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ถ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜:
โœ…Anniversary Dinner
โœ…Kawan2 Healing
โœ…Geng2 Besties

Bukan main-main menu dorang ni
Patutlah boleh buka banyak cawangan ๐Ÿคฉ

Harga pun berpatutan ๐Ÿ‘๐Ÿป Sempena Hari Gaji ni diorang ada buat promo tau๐Ÿคฉ
Memang wajib datang gaiss

Di mana? Hanya di ๐‘๐ž๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐’๐จ๐Ÿ๐ฐ๐š๐ก ๐€๐ซ๐š๐›๐ข๐œ ๐†๐ซ๐ข๐ฅ๐ฅ - ๐“๐จ๐ฉ ๐๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ซ๐š๐› ๐ข๐ง ๐Š๐ž๐๐š๐ก๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

* SENARAI CAWANGAN SOFWAH *
Sofwah Arabic Grill - Gurun
โฐWaktu Operasi :
Isnin - Ahad: 11 PG - 10 mlm
12, Taman Setia Harmoni, Batu 4, Jalan Jeniang,
08300 Gurun, Kedah
โ˜Ž0142288956

Sofwah Arabic Grill - Sg Petani
โฐWaktu Operasi :
Isnin - Ahad: 11 PG - 11 mlm
18, Pusat Perniagaan Perdana
08000 Sg Petani, Kedah
โ˜Ž01168714468

Sofwah Arabic Grill - K. Nerang
โฐWaktu Operasi :
Isnin - Ahad: 11 PG - 10 mlm
234 Taman Akasia
06300 Kuala Nerang Kedah
โ˜Ž01154040068

Nak order siap-siap sblum pergi kedai, nak tengok maps atau catalog menu tekan link :
https://linktr.ee/nasiarabsofwah

Nak terus walkin ke kedai, boleh tekan Google Map link ke bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
https://maps.app.goo.gl/U8nWzquQsNcPx4dQ7
https://maps.app.goo.gl/TkvTQeUE3jC8JTDf9
https://maps.app.goo.gl/mgDb3GwPXf4cpaq59

Saturday, November 30, 2024

MEE REBUS HAJI WAHID

RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID
============================
BAHAN-BAHAN :
โœ” 2 kilo mee kuning, dicelur
โœ” 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
โœ” 4 biji keledek, direbus dan dikisar
โœ” 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
โœ” 3 ulas bawang putih, dikisar
โœ” 3 biji bawang merah, dikisar
โœ” 1 inci halia, dikisar
โœ” 1/2 cawan udang kering, dikisar
โœ” 3 batang serai, dititik
โœ” 1 inci lengkuas, dititik
โœ” 5 sudu makan rempah kari daging
โœ” garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
โœ” minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
โœ” 1/2 cawan udang kering, dikisar
โœ” 80g tepung gandum
โœ” ยผ camt serbuk kunyit
โœ” garam
โœ” air secukupnya
โœ” minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
โœ” tauhu yang digoreng, dipotong kecil
โœ” daun sup, dimayang
โœ” bawang goreng
โœ” telur rebus, dibelah dua
โœ” lada hijau, dipotong bulat
โœ” taugeh, dicelur
โœ” limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
โœ” Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
โœ” Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
โœ” Panaskan minyak dalam periuk.
โœ” Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
โœ” Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
โœ” Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
โœ” Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
โœ” Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
โœ” Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Okey, selamat mencuba

SAMBAL BELACAN WANGI, SEDAP TAHAN LAMA

RESIPI SAMBAL BELACAN WANGI, SEDAP & TAHAN LAMA

BAHAN-BAHAN :

6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
*(kisar kasar bahan-bahan)

Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.

TIPS 1 :
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.

TIPS 2 :
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.

TIPS 3 :
Limau kasturi yang dikisar brsama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.

TIPS 4 :
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Kredit resepi : nurulain Insyirah

https://www.facebook.com/profile.php?id=100070726132945&mibextid=ZbWKwL


Monday, November 11, 2024

sup siam



 -------------------------------- BAHAN-BAHAN ---------------------------------- ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ 

Rebusan Daging - 300 gram daging (sebaiknya ada urat dan lemak) - Air mengikut banyak mana sup nk buat - 3 inchi galia tumbuk - 3 hiris lengkuas - 2 akar daun ketumbar - 

1 biji bawang holland - sedikit kayu manis dan bunga lawang - sesudu gula ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ Bahan Tumisan - 4 ulas bawang putih diketuk dengan kulit - 

2 batang serai diketuk-ketuk - 10 biji cili padi. Nak kurang pedas letak 5 - 3-5 helai daun limau purut - 1 Biji bawang holland ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ Bahan Aroma, Rasa dan hiasan - Sos ikan (nampla) atau garam - Daun ketumbar sejemput - 1 biji tomato potong kecik-kecik - 2-3 biji limau nipis

 -------------------------------- CARA MASAK --------------------------------- 
1. Rebus semua bahan rebusan daging. jangan masukkan garam ya. Rebus sehingga daging empuk. 
2. Tumis bahan tumisan dalam kuali lain.sehingga bau naik dan wangi semerbak. 
3. Masukkan bahan tumisan dan tomato ke dalam rebusan daging yang sudah empuk
 4. Masukan 3-4 Sudu sos ikan dan jus limau nipis. 
Kalau tiada sos ikan boleh guna garam secukup rasa. 5. Rebus selama 3-5 minit. Lepas tu masukkan daun ketumbar

Sunday, November 10, 2024

kacang goreng berempah

Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni..

500gm Kacang tanah
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb - Sudu Besar
*sk - Sudu Kecil

Cara-caranya :
โ— Bersihkn kacang tanah...(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat
โ— Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
โ— Gaul smpai sebati
โ— Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
โ— Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
โ— Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.

Kredit  : Siti Azura

Wednesday, July 31, 2024

gulai nasi kandar

Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa apa jenis nasi pun boleh dan roti apa apa pun boleh contoh roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti gardenia dan macam macam lagi

Jom belajar

A) Di mayang halus
Bawang putih 7 ulas
Bawang merah 7 ulas
Halia 3 inci

Panaskan minyak 1 cawan
Masukkan bahan A

Masukkan kedalam mangkuk๐Ÿ‘‡

B ) Rempah kari ikan 3 sudu makan
Rempah beriani 1 sudu makan
Rempah kurma 1 sudu makan
Serbuk cili 2 sudu besar

Bahan A sudah garing masukkan semua bahan B ( kecil kan api dapur)

Dah nampak masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak
Masukkan gula garam dan serbuk perasa
Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi
Biarkan mendidih 5 minit
Masukkan santan pekat@ kotak 100ml
Kacau dan sederhanakan api dapur
Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau
Lepas tu masukkan air asam jawa pekat 1 sudu kecil
Tambah santan pekat 50ml
Biarkan mendidih 5 minit

Dah masakโ€ฆbolehlah dimakan

Saturday, April 13, 2024

CARA MEMBUAT REMPAH NASI ARAB SENDIRI

CARA MEMBUAT REMPAH NASI ARAB SENDIRI

cuba lihat nasi arab yang saya buat tu!! saya suka menggunakan rempah nadi MANDY berbanding KABSAH sebab nasi mandy rempahnya lebih terasa.

saper yg susah nak dapat rempah nasi arab MANDY dan KABSA..boleh buat sendiri.. dibawah ni saya bagi resepinya...

Bahan utk rempah MANDY*

ini rempah2 yg perlu dikisar untuk dijadikan rempah nasi mandy. dibawah ini adalah sukatan untuk masak 3-4 cawan beras basmati. alau rajin buat banyak2 simpan dalam botol atau bekas kedap udara.

beras yg sedap buat nasi mandy dan kabsa ialah beras basmati" extra panjang " FAIZA

bahan bahan untuk dikisar

15 biji buah pelaga,*
10 kuntum bunga cengkih
20 biji lada hitam
3 helai daun salam* (Kering)
1 sudu besar biji jintan putih,*
1 sudu besar biji ketumbar*

Cara:

1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar sehingga hancur dan
Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.

Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

dibawah ini cara cara buat rempah nasi arab 'kabsa

saper yg susah nak dapat rempah nasi arab KABSA...boleh buat sendiri.. dibawah ni saya bagi resepinya...

Bahan utk rempah kabsa*

1 sdu makan bunga cengkih
1 sdu makan lada hitam
1 sdu makan jintan manis*
1 sdu makan jintan putih*
2 sdu makan ketumbar biji*
1 sdu makan buah pelaga*
1/3 sudu kecil serbuk kunyit

Cara:

1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar sehingga
hancur. Satukan dgn serbuk kunyit .Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan

Wednesday, April 10, 2024

cara buat laksam

https://www.facebook.com/share/v/pArR1uZsEcPMmXs2/?mibextid=oFDknk

Tuesday, April 9, 2024

Sup Tulang Jadi Pekat Melikat

Kisar 2 Bahan Rahsia Ini, Confirm Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Melikat Dan Sedap! Cubalah!

Bahan-Bahan A:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • halia dalam 2 ketul
  • 1 sudu ketumbar
  • Kisar semua bahan A sampai halus

Bahan-Bahan B (Bahan Rahsia Kepekatan Kuah):

  • 3 batang saderi
  • 1 batang lobak merah
  • Kisar semua bahan B sampai hancur

Bahan-Bahan C:

  • 3 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk serbuk sup
  • 2 kg tulang
  • 5 biji kentang (dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar (dibelah 4)
  • air

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
  2. Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang empuk.
  3. Jika tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi empuk. Proses ini makan masa 1 1/2 jam juga.
  4. Apabila sudah empuk, masukkan ubi kentang, batang sedari dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
  5. Dah masak semua bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.

Sunday, April 7, 2024

popia satar

popia satar.

Bahan:
3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara:
Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
*saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan.
Resepi: dari Google

Kredit Resepi : syarifah nor hj abdullah via koleksi resepi sedap unuk keluarga yang tersayang

Saturday, March 30, 2024

serbuk pati ayam

Baru siap buat serbuk pati ayam homemade utk ank 7 bulan bkn utk baby jer boleh guna semua peringkat boleh guna. No gula,garam,msg dgn bahan pengawet. 

3 ketul dada ayam
1 1/2 inci halia (diketuk)
2 btg serai (diketuk)
Air (agak tenggelam dada ayam)

Caranya 

1. Basuh bersih dada ayam kemudian toskan.
2. Rebus dada ayam dgn serai dan halia sehingga hempuk atau lembut.
3. Angkat dan toskan buang air rebusan atau boleh simpan guna utk buat sup. Carikยฒ atau leraikan dada ayam tadi.
4. Sangai isi ayam tadi atas kuali yg tidak melekat guna api kecil sangai sehingga garing dan keperangan. 
5. Kemudian blend kering isi ayam tadi guna tapis utk dptkan tekstur serbuk. Ulang langkah sehingga dpt tekstur yg kalian suka. 

Untuk 3 ketul dada ayam sy dapat 4 botol penuh anggaran 60ml. ๐Ÿ˜Š

TEMPAT PENYIMPANAN : dalam chiller utk tahan lebih lama

Pastikan bekas utk simpan serbuk pati ayam betul-betul KERING nanti cepat rosak kalau terkena air.

Sy letak serai dgn halia utk tambah perisa dan bg bau harum dlm masakan baby

ูˆุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู…

tepung rangup ayam goreng

Copy & simpan resepi disini.๐Ÿ˜Š

Kt sini sy shre resepi..  Bhn2 simple je. P rsa mcm aym kfc original ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.. Setabung 2 dn la 2minggu klu mls.. Klu rajin xdn seminggu Setabung besar.. Jimat kos..jimat ms xpyh g beratur beli kfc๐Ÿค—๐Ÿค—

Resepi..
1/2  peket tepung gandum
1 peket tepung beras jati
1 peket tepung jagung cap bintang 
1 peket kecil serbuk kari ayam/daging
1 peket kecil serbuk kunyit
Serbuk cili klu nak pedas letak lebih tak nak pedas letak sedikit..

Cara: Campur semua bahan dalam bekas kacau dan gaul hingga  sebati dan dah siap. boleh guna terus atau simpan dalam bekas bertutup..๐Ÿซฐ๐Ÿ˜‹..

Thursday, March 28, 2024

serikaya santan

https://www.facebook.com/share/v/KFEMKsdc6woHXBb1/?mibextid=oFDknk

Wednesday, March 6, 2024

Monday, March 4, 2024

MANISAN BELIMBING BULUH

MANISAN BELIMBING BULUH RASA SEPERTI KISMIS 

BAHAN-BAHAN :

2 kg belimbing buluh yang tua bagus tidak terlalu masak
Gula 1/2 kg jika kurang manis boleh ditambah sesuai selera
1 sdt kapur sirih
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

Bersihkan hujung pangkal belimbing buluh, cuci, lalu di rendam di air kapur sirih kurang lebih 2 jam cuci bersih. Toskan. 

Rebus sebahagian gula dengan 1 liter air sampai mendidih masukkan belimbing buluh, rebus sampai mendidih lagi, matikan, inapkan sehari semalam.

Saring belimbing buluh, 
rebus sisa gula dengan 1 liter air lagi, matikan. Masukkan belimbing buluh, inapkan sehari semalam. 
Lalu jemur 3 sampai 4 hari. Siap... 

Kredit : Empunya Resepi. 

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘

Thursday, February 29, 2024

tepung goreng ala kfc

Copy & simpan resepi disini.๐Ÿ˜Š

Kt sini sy shre resepi..  Bhn2 simple je. P rsa mcm aym kfc original ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.. Setabung 2 dn la 2minggu klu mls.. Klu rajin xdn seminggu Setabung besar.. Jimat kos..jimat ms xpyh g beratur beli kfc๐Ÿค—๐Ÿค—

Resepi..
1/2  peket tepung gandum
1 peket tepung beras jati
1 peket tepung jagung cap bintang 
1 peket kecil serbuk kari ayam/daging
1 peket kecil serbuk kunyit
Serbuk cili klu nak pedas letak lebih tak nak pedas letak sedikit..

Cara: Campur semua bahan dalam bekas kacau dan gaul hingga  sebati dan dah siap. boleh guna terus atau simpan dalam bekas bertutup..๐Ÿซฐ๐Ÿ˜‹..

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

Friday, February 16, 2024

rasam pelbagai resepi

https://www.google.com/search?q=rasam+ingu+masakan&client=tablet-android-oppo-rvo2&sca_esv=6758288794fecb0b&biw=686&bih=1143&tbm=vid&sxsrf=ACQVn0-T0rDlmu1aPzPrtmVpAJlMNiSVig%3A1708135522294&ei=YhTQZbjGEdKhg8UPw_uCiA0&oq=rasam+ingu+masakan&gs_lp=EhBtb2JpbGUtZ3dzLXZpZGVvIhJyYXNhbSBpbmd1IG1hc2FrYW4yCBAAGIAEGKIEMggQABiABBiiBEiDQlDTFljdN3AAeACQAQCYAZcBoAHKDKoBBDIuMTG4AQPIAQD4AQGKAhBtb2JpbGUtZ3dzLXZpZGVvwgIEECMYJ4gGAQ&sclient=mobile-gws-video#ip=1

Sunday, February 11, 2024

Wednesday, February 7, 2024

Nasi Arab Simple Versi Daging

Nasi Arab Simple Versi Daging

Rebuskan :
5 cawan air bersih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
2 kiub daging
1 labu bawang besar
2 biji kentang potong dua
1 batang lobak merah potong lapan
500g daging batang pinang
1 camca teh garam
.
Rebus sehingga daging empuk. Kalau air berkurang tambah lagi air tu ye sbb air tu la nak guna utk masak nasi japgi. Rebus lagi lama lagi sedap, sbb semua rasa rempah tu meresap dalam daging, Lepastu .

Cuci bersih 1 setengah cawan Basmathi Pusa Cream 1121 kalau takde pakai basmathi biasa pun boleh , pakai beras biasa pun boleh , then toskan & masukkan dlm periuk , tambah kan 2 setengah cawan air dari rebusan daging , daging , lobak merah , kentang . Yg lain2 takpayah kalau x suka tergigit rempah2 biji tu ye .

Siap semua tu boleh masak dgn rice cooker mcm biasa. Tunggu button masak naik, boleh la dihidang, makan bersama yg tersayang ๐Ÿ’•
.
Kredit : Lina Kasmani

Tuesday, February 6, 2024

sup tulang thai


Makan kat kdai mahal.buat sendri berbaloi2..

1 periuk buat.. buat msam2 n pedas mmg sdp..

Resepi sup tulang thai

1kg tulang (rebus dlu dgn halia smpai empuk)

Serai ketuk
Lengkuas ketuk
Bawang putih ketuk
Bawang besar hiris
Halia ketuk..
Akar ketumbar ketuk2
Daun limau purut

Tumis smua bahan,kemudian masuk kan tulang yg dah di rebus bersama air rebusan.(sy amek separuh shj air rebusan dan tambah air lagi)..mendidih masuukn air lemon,saderi tomato n perasa n daun ketumbar.. da rasa dah siap ok da boleh makan ๐Ÿ˜…

credit : Sarra Ahmad Kamalโ€Ž

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

Monday, January 29, 2024

kuih cakoi

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0fnG73pZ8pp51kc26Lk6Ceynnzsj1DRaaE96MZsKWgL53jPoXDk9sEgUXPuSTdYnWl&id=1640971210&post_id=1640971210_pfbid0fnG73pZ8pp51kc26Lk6Ceynnzsj1DRaaE96MZsKWgL53jPoXDk9sEgUXPuSTdYnWl&mibextid=Nif5oz

nasi briyani

https://fb.watch/pTnlXocHkB/?mibextid=Nif5oz



Homemade sardin

Alhamdulillahโค๏ธ
Homemade sardin.
First time buat..puas hati,sedap.
Tulang2 ikan pun lembut.
Saya buat guna resepi ni๐Ÿ‘‡

SARDIN HOMEMADE ๐Ÿ˜‹

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~xyah letak banyak2
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air ~ikut kepekatan
limau nipis 2 biji utk perap

CARA:
Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan...pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi...dah perap basuh semula n toskan air...ketepikan...

1. Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan
2. Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak
3. Masukkan pati kiub...sos tiram...tomato puree...tomato potong...dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati...rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air...xyah banyak2 sangat...kacau sebati...masuk ikan
4. tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang.....tulang dah agak lembut
5. Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan...ikut arahan pressure cooker masing2 la ye...kaknon guna periuk ajaib tu je...stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat...sedia di hidangkan

Kredit:Empunya Resepi

Resepi telah di cuba oleh- Eniza M. Salim
Foto- Eniza M Salim

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

Tuesday, January 23, 2024

ayam hainan

RESEPI NASI AYAM HAINAN

BAHAN BAHAN :

Ayam๐Ÿ—
1 ekor ayam
1 ketul kiub ayam
1 sdt garam
1 pkok daun bwg (ambik daun saja @ kerat dua)
2 inci halia ketuk.
-
CARA-CARANYA :
-Rebus ayam dgn semua bahan selama 25 min dgn air tenggelamkan ayam.
-angkat aym boh dlm air. ais 30 min, toskan lumuq minyak bijan.
-
BAHAN UTK NASI ๐Ÿš
3 cwn beras
ยฝberas pulut (xnak letak pun xpe, tp klau ada lg sdap)-basuh tos
1 helai daun pandan
Lemak2 aym (sblum rebus aym td, ambik bhgian lemak  kat tengkuk ngn bhgian bwh ayam.
1 senduk kecil minyak
Halia tumbuk
Stok ayam (air rebus aym td)
-
CARA-CARANYA :
-masak minyak,lemak aym sampai lemak aym tu cair, -msuk daun pandan ngn halia tumbuk,kacau2
-boh beras gaul dlm 3 minit, stok ayam td 3 cwn @ sukat mcm msk nsik biasa.
-tambah garam skit ngn ckup rasa.msk nsik pai msk..
Air Cili merah๐ŸŒถ๏ธ
Cili besar(merah)
Cili padi(merah)
ยฝ labu Bwg Holland
Bwg putih
Cuka
Gula
Sdkit garam
Aji skit
Stok ayam(air rebus)
-
-blend smua
-
PES HALIA ๐Ÿง‰
Halia tumbuk
Msukkan btg daun bwg yg baki td tumbuk sampai hancur.
Msk sdkit minyak masak tuang panas2 dlm pes td..gaul
TAUGEH ๐Ÿฅ—]
Taugeh-siram air panas-tos
Daun limau purut,cili padi- potong

Kuah aym dgn kuah taugeh๐Ÿฅฃ
(Untuk siram )
1 cwn stok aym(air rebus)
Kicap masin cair
Kicap kipas udg manis
Sdkit ckup rasa
Minyak bijan
-campur smua ni..curah ats taugeh ngn ayam.
-
Kredit : zaza@kitchen
SELAMAT MENCUBA

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

nasi daging kampong

Resepi Nasi Daging Utara 
Bahan Daging
1 kg daging - dipotong kecil dan rebus hingga empuk 
Bahan Nasi
1 kg/ 6 pot beras Basmathi โ€“ basuh dan tos
Air - nisbah 1 beras: 1.5 air - atau ikut beras
Rempah - bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
1/2 tin susu cair 
3 helai daun pandan
1 kiub pati daging
2 biji buah tomato - potong 2 atau 4
3 sudu besar rempah kurma - sangai
2 sudu besar tomato puri
Tomato cheery 
Lada hijau dan merah 2 batang
Sedikit daun ketumbar
Bahan hiris:
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
Masukkan rempah kurma dan tomato puri dikacau rata. Kemudian masukkan air rebusan daging. Masukkan susu cair, garam dan kiub pati daging dan daun pandan.setelah air mendidih masukkan beras daging, tomato cheery, daun ketumbar dan lada besar.

Sumber : Makndak Uyul

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

Saturday, January 13, 2024

mee bandung

RESEPI MEE BANDUNG 

BAHAN-BAHAN :

Pes Mee Bandung
(Pes ni leh frozenkan, tahan lama)
Lada kering/Cili Boh 1 blender
Bwg putih (10 ulas)
Bawang besar (4 ke 5 biji)
2 blender penuh udang geragau (rendam dulu)

Siap blender sema, tuang dlm periuk or kuali masak api kecil sampai air kering utk jdkan pes
Pes ni bole buat pes mee goreng

๐Ÿ‘‰ Goreng kacang tanah & blender kering + biskut lemak utk pekatkan kuah
Rebus daging utk dptkn air rebusan..ni yg buat sdp mee bandung tu..

CARA MEMASAK :

Tumis sambal td (2 sudu besar utk sorg makan)
Masukkan air rebusan daging, agak2 dlm 2 senduk besar (utk sorg mkn), pecahkan telur.
Dah mendidih masukkan kacang, udang, sotong rendam dan daging
Masukkan mee, masukkan sawi & tomato & perasakan
Siap utk d hidangkan..

Kredit Resepi : yusreena said yusz

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘

Follow Resepi Nenek

Friday, January 12, 2024

Cucur Jawa

๐ŸŒธ Resepi Cucur Jawa yang Mudah dan Sedap 

Bahan-bahan Membuat Cucur Jawa
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum

1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
2 cawan air
sedikit garam

Air & gula masak biar bgi sejuk. Tapis. Bancuh dgn tepung. Peram sekurang2 4 jam. Boleh goreng dah. Tepong lebih boleh simpan dalam peti ais..

Selamat mencuba ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ๐Ÿ˜ป

Kredit Resepi ini kpd dayahyong ayong

Wednesday, January 10, 2024

roti lembut

MILK BRIOCHE โ€“ Best Fluffy like cloud and super soft ๐Ÿ˜‹
Ingredients:
150 ml (2/3 cup) warm milk
7 g instant yeast
15 g (1 tbsp) flour (for yeast)
20 g (1 tbsp + 1 tsp) butter, softened
1 egg
15 g (1 tbsp) sugar
330 g (2 5/8 cups) flour
3 g (1/2 tsp) salt
5 g (1 tsp) butter (for greasing)
1 egg yolk (for brushing)
instructions :
In a medium bowl combine warm milk, instant yeast, and sugar. Whisk well, then stir in a tablespoon of flour and let the mixture sit for 10 minutes.
Add an egg and softened butter and stir until homogeneous.
To the large bowl add sifted flour and salt, then add yeast mixture and start to mix the dough with a spatula. Then continue to knead it with your hands until you receive an elastic dough.
Form a ball from the dough and cover the bowl with a kitchen cloth or plastic wrap, Allow the dough to rise two hours in a warm place.
Transfer the dough onto a lightly floured working surface and divide it into 5 parts (you need to obtain 2 smaller pieces and 3 bigger ones).
Form each piece into a ball. Cover milk brioche balls with a kitchen cloth or plastic wrap and leave for 15 minutes.
Take 1 ball and flatten it into a thin oval, then roll it up from the longest side and place it in a greased baking pan.
Continue with all other dough balls. Leave in a warm place to rise for 30 minutes.
Preheat the oven to 180ยฐC/360ยฐF.
Lightly brush the top of the raised bread with an egg yolk and bake at 180ยฐC/360ยฐF for 15 minutes.
Enjoy your milk brioche

NASI MINYAK SIMPLE

- NASI MINYAK SIMPLE -

- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 cawan margerin/planta
- 3 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
- 1 kuib stok ayam
- Pewarna kuning

BAHAN KISAR:

- 6 biji bawang merag
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia

BAHAN HIASAN:

- bawang goreng
- daun bawang dihiris

CARA :

1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

- DAGING BERIANI -

- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
- 1/2cawan minyak
- 1 cawan air
- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
- 2 tangkai daun ketumbar
- sedikit garam
- 2 biji kentang dipotong 4
- sedikit susu cair ( agak2 )
- 2 sudu cili kisar

BAHAN KISAR:

- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 labu bawang besar
- 1 1/2 cm halia

CARA :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

- SELAMAT MENCUBA -

kredit: angah izan

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

Tuesday, January 9, 2024

rempeyek rangup

RESEPI REMPEYEK RANGUP

BAHAN-BAHAN :

* 1 kg tepung beras
* 5 cawan air
* 2 cawan santan pekat
* 1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
* 1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
* Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis**
* 3 sudu besar jintan kasar**
* 3 sudu besar ketumbar biji**

CARA MEMBUATNYA :

1. Kisar kering bahan bertanda **. Nak guna lebih pun boleh.

2. Bancuh semua bahan diatas bersama bahan kisar. Air kena pandai agak, buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit2, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

3. Goreng seketul dua dulu selepas bancuh untuk tengok struktur kuih. Kalau tebal, boleh tambah sikit air. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.

4. Selepas dapat struktur yang sempurna, boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul2 panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.

5. Sebelum goreng jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2. Bilis dan kacang kena jemur dulu supaya kekal rangup bila dah digoreng.

NOTA :
Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, kena masukkan sedikit kapur makan. Dan sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaallah sedap.

Kredit : Ct Suryati