Products available

Saturday, July 11, 2015

MACARONI CARBONARA

MACARONI CARBONARA
BAHAN2:
2sdb Butter/Marjerin (utk menumis)
Udang/atau apa-apa yang korang nak letak (optional)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2/3 biji bwg putih (cincang)
1/2 inch halia (cincang)
1 tin kecil cendawan butang (di hiris)
5/6 biji cili padi - belah dua (ikut ske nk ltak ker x..sy mmg ske pedas)
Mix vege (ikut ske bnyk mna)
6 keping Cheesedale
2 cawan fresh milk (sy guna dutch lady)
1sdt tepung jagung
Parsley Flakes ( daun sup kering)
3 keping daging burger (sy guna Ramly) digoreng tanpa minyak, dan didadu kecil2.
garam secukup rasa.
Langkah 1
Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis bwg2, halia, cili.
Kacau smpai kekuningan dan wangi, masukkn udang...kacau skejap.
Koyak2 kan cheese, dan masukkan dlm kuali.
Langkah 2
Masukkan 1 cawan susu, kacau smpai cheese betul2 dah cair. Campurkan tepung jagung dengan sedikit susu (agak2 tepung boleh larut semua)...huhuhu..lpe nk snap pic utk step nih...dh siap, tuang dlm kuali. Kacau smpai kuah jadi pekat.
Masukkan 1 cawan susu lagi...masukkan mix vege, cendawan butang, atau sayur yang korang nak letak. Taburkan sedikit Parsley Flakes (daun sup kering), kat supermarket banyak jual...masukkan daging yang dah siap dicincang, dan garam secukup rasa....agak-agak kuah dah pekat seperti yang dikehendaki...tutup api...siap!
So...rebus lah macaroni korang + sedikit minyak + sedikit garam, sampai macaroni lembut..lepas tu tuangkan kuah caborana tadi ya! Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment