Products available
- 5Pcs Adjustable Brass Misting Nozzle Gardening Watering Spray Sprinkler Sprayer - 10/29/2019 - Ayob Hussin
- Free shipping !! ( 50 pcs/lot ) high pressure fog misting nozzle,Garden sprinkler,Sprayers,Watering Kits - 10/29/2019 - Ayob Hussin
- 2018 330A Wet And Dry Robot Vacuum Cleaner Mop Home Floor Washing, House Sweeping Cleaning Robot, Auto Charge Vacuum Cleaner - 10/10/2018 - Ayob Hussin
- LIECTROUX B6009 Robotic Vacuum Cleaner,Map Navigation,Smart Memory,Low Repetition,Virtual Blocker,UV Lamp,Water Tank,Low noise - 10/10/2018 - Ayob Hussin
- LIECTROUX Robot Vacuum Cleaner B6009,2D Map & Gyroscope Navigation,with Memory,Low Repetition,Virtual Blocker,UV Lamp,Water Tan - 10/10/2018 - Ayob Hussin
Thursday, December 30, 2021
Saturday, December 25, 2021
cara-untuk-membuat-nasi-arab-kabsah-paling-lengkap-dan-sedap
Wednesday, December 22, 2021
sawi jeruk kai choi
Thursday, December 9, 2021
mudahnya-inilah-cara-buat-kulit-popia-basah-secara-homemade
Saturday, December 4, 2021
formula-untuk-membuat-sos-karamel
Wednesday, December 1, 2021
Sunday, November 28, 2021
resepi buat kotew
Bahan diperlukan:
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan air
- Sedikit minyak sayuran
- Loyang untuk mengukus

Cara membuat:
- Sediakan kukusan, saya guna kuali saja.

2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau rata jangan sampai bergentel.

3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk lauk pun boleh).

5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan (ulangi proses ini hingga adunan selesai).
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang diingini.

Siap!

TIP
- Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Selamat mencuba!
Wednesday, November 24, 2021
teh tarik sedap
Saturday, November 20, 2021
Friday, November 19, 2021
Thursday, November 18, 2021
Wednesday, November 17, 2021
Saturday, November 13, 2021
mudah-rupanya-resepi-roti-sisir-guna-sukatan-cawan-dan-sudu-boleh-cuba
Sukatan guna cawan dan sudu aje
- 1sudu kecil mauripan
- 1sudu gula pasir
- 50ml air suam
- (bancuhkn bahan di atas)ketepikan
- 2 cawan tepung roti
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan marjerin
- 1sudu kecil bread improver
- 2 sudu makan susu tepung(sya guna fernleaf )
- 4 sudu makan gula
- 1sudu kecil garam
- Sdikit pwrna kuning klu suka..
- 2-3 sudu perisa jagung(yg untuk bancuh air tu ye)
- 70 ml air sejuk (ikut lembut doh)
- Sdikit susu +sdikit telur (untuk sapu atas roti sblum bakar )
- Water roux ( 2sudu mkan tpung gndum+90ml air.masak atas api sederhana hingga pekat)
Loyang sya guna 20 x10 cm. Gris dengan marjerin..
Cara-cara nak buat pun ringkas aje
1. Satukan water roux ,marjerin,gula,garam,perisa jagung,air sejuk ,pwrna kuning dlm 1 bekas,, kacau je dgn senduk smpi sebati..masukkn bancuhan mauripan .gaul lg.. Seterusnya bru bahan kering.. Tpung gndum,tpung roti, bread improver, susu tpung.
2. Jika doh lembik boleh tmbah tepung sikit. Uli sampai tak melekat di tangan. Elastik. Ni penting untuk dptkn roti yg lembut dn gebu.

3. Da siap uli trus bhgikan 11 bahagian. (Sya x perap pn) bulat2 kan.. jdikn 11 bji bebola tepung…lps tu lenyekkn dn gulungkn 1 per 1. Susun dlm loyang rapat2.. Ok siap susun ..perapkn sampai kembang, Sya perap 2 jam.. Sblum bakar, sapu permukaan atas roti dgn susu +telur…
4. Bakar dgn suhu 170 ke 180 drjah slma 20 ke 25 minit. Atau smpi roti masak..bila dah masak trus sapu atas roti dgn marjerin ..
5. Siap!
Friday, November 12, 2021
ratio 100gram air 10gram mcs
5)ratio 100gram air : 10gram mcs
6) pengusaha cili giling. ratio pengawet
1kg pes cili : 0.8gram sodium benzoit
10kg cili giling : 8 gram sodium benzoit
masuk kt peringkat akhir
checking pes utk expiry
checking pes utk expiry
14 hari check - jika pas cop tahan 1 bulan
3 bulan simpan dan check - jika pass, cop tahan 6 bulan
6 bulan simpan dan check - jika pass, cop tahan 1 tahun
Tips masak tak meletop
Tips masak tak meletop
Ratio air 100kg bawang: 30kg air..
Selepas bawang dan air diblend, masak bawang air tadi tanpa minyak.
Matikan air. Kena sentiasa kacau...
Masak selama 1 jam..Bila bertukar warna kelabu, kuning..maksudnya dah masak.
100kg bawang : 10kg minyak
Pakai minyak dalam botol. Tak dinasihatkan pakai minyak plastik
Masak setengah jam, baru masukkan cili giling dan bahan lain
Total siap masak 4 jam sahaja
1) Tips masak tak meletop/jimat minyak
Ratio air 100kg bawang: 30kg air..
Selepas bawang dan air diblend, masak bawang air tadi tanpa minyak.
Matikan air. Kena sentiasa kacau...
Masak selama 1 jam..Bila bertukar warna kelabu, kuning..maksudnya dah masak.
100kg bawang : 10kg minyak
Pakai minyak dalam botol. Tak dinasihatkan pakai minyak plastik
Masak setengah jam, baru masukkan cili giling dan bahan lain
Total siap masak 4 jam sahaja
4) macamana nk pekatkan pes? banyakkan air, pekatkan guna...
pakai tepung MCS. Modified Corn Starch. ratio atas resepi masing2. harga dia dalam RM7.
contoh pes masak lomak, pes kari.
checking pes utk expiry
14 hari check - jika pas cop tahan 1 bulan
3 bulan simpan dan check - jika pass, cop tahan 6 bulan
6 bulan simpan dan check - jika pass, cop tahan 1 tahun
Thursday, November 11, 2021
pes industri
SEMUA RESEPI OLAHAN DARI PES
Pensijilan Produk dan Perkhidmatan
pes ibu nasi
Sunday, November 7, 2021
masak india kambing veruval
Wednesday, November 3, 2021
kuay tew
Friday, October 29, 2021
cara proses tauhu
tip-cara-masak-pulut-kuning-yang-hasilnya-cantik-merelit-lemak-tak-lembik
Thursday, October 28, 2021
caara-untuk-membuat-pulut-guna-air-kelapa-rahsia-untuk-menjadikan-pulut-anda-sedap-yang-luar-biasa
Sunday, September 26, 2021
sata ikan
Friday, September 3, 2021
Laksam
Thursday, August 26, 2021
kek pisang
Monday, August 9, 2021
Chigiri Condensed Milk Bread
Roti Labu Kuning
Chiffon Labu Kuning
Sunday, August 8, 2021
Telur Asin yang lagi booming bunda
Wednesday, July 28, 2021
Resepi Air Sirap Mak Su
Wednesday, June 23, 2021
Sunday, May 2, 2021
MEE REBUS
300 gm daging kisar atau udang segar ~ ita guna daging batang pinang dan hiris nipis
1/2 cawan udang kering ~ disangai dan kisar halus
5 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah jika suka pedas
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 kiub pati daging
250 gm keledek oren ~ direbus dan di lenyek
1/2 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula Melaka ~ ita tambah
air secukupnya
minyak untuk menumis
2 batang serai ~ dititik
8 kuntum bunga lawang
Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia
3/4 inc lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air
Penyediannya
Mula-mula kita rebus keledek hingga empuk. Kemudian keledek itu dilenyek ~ ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk
Masukkan bunga lawang dan serai yang dititik.
Apabila naik harum masukkan bahan kisar dan tumis
Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga garing dan berbau harum
Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar halus dan tumis semula hingga sebati.
Masukkan daging, kacau sebentar hingga daging hampir empuk ~ tambah air jika kuah terlalu kering.
Selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk ketumbar kacau rata.
Masukkan air secukupnya ~ kuantiti air bergantung kepada kepekatan kuah
Bila kuah dah mendidih masukkan kiub daging dan biarkan mendidih semula.
Akhir sekali masukkan keledek yang telah dilenyek, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Didihkan semula kuah seningga kuah sedikit pekat
Setelah serasi rasanya boleh lah dihidangkan.
Kulit Popia
Kulit Popia

Versi pertama amik kathttp://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=7578
Bahan-bahanya
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml air
1/2 camb minyak
Cara-caranya
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.
Bahan-bahannya
300 g tepung gandum, diayak
½ camt garam½ camt cuka
230-250 ml air
1 biji putih telur, dipukul sedikit
Cara-caranya
- Gaul rata tepung dan garam di dalam mangkuk.
- Dalam jag kecil, campurkan cuka dan air.
- Buatkan lubang di tengah tepung, tuangkan putih telur dan adun perlahan menggunakan balloon whisk (pemutar telur).
- Tuangkan air tadi dan kacau berterusan hingga adunan sebati. Adunan harus kelihatan lebih pekat dari adunan membuat cucur udang. (Anda mungkin perlu tambah atau kurangkan air mengikut ‘kelembapan’ tepung).
- Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biar selama 1-2 jam.
- Panaskan kuali leper yg tebal (heavy-based, non-stick pan), cekup sedikit adunan dan leperkan (nipis) di atas kuali.
- Anda mesti menggunakan jari kerana adunan ini ‘bergetah’. Berhati-hati kerana jari mudah melepuh jika tidak kena cara membuatnya!
- Bila kulit popia kelihatan ‘kering’, angkat dan lap kuali bersih-bersih sebelum membuat kulit popia yg seterusnya.
Versi ketiga versi popia basah amik kat website myresepi(ida@myresepi.com)
Bahan-bahannya
Air
Sedikit garam
Tepung gandum
Cara-caranya
- Gaulkan semua hingga sebati.Jgn terlalu cair dan terlalu pekat..
- Panaskan kuali dgn api sederhana(jgn letak minyak).
Dgn mgunakan tgn,ambil sedikit tepung,tenyehkan atas kuali.Kulit popia tu jgn msk terlalu lama..nanti keras
KUIH TEPUNG PELITA
Resepi 1
1 cwn tepong beras
1 cwn gula
5 cwn air
4 sudu besar tepung beras (utk ratakan)
1 biji kelapa jadi 4 cwn santan
4 helai pandan (blend dgn sikit air)
sedikit air kapur + garam
CARA
1. Tepong,air,gula,air pandan & air kapor bancuh sebati.
2. Perah santan dan masukkan tepung yg 4 sudu tadi beserta garam
dan kacau sebati. Ketepikan.
3. Masak Tepong beserta pandan tadi hingga kilat.
4. Masukkan ke dalam acuan.
5. Masak santan tadi hingga pekat.
6. Angkat santan dan curah pada tepong pandan tadi.
7. Sejukkan.
Resepi 2
Lapisan Bawah (A)
2 cwn tepong beras
4 - 5 cwn jus pandan (dari 7 helai pandan)
1 sudu teh air kapor
CARA
1. Panaskan kukusan
2.Gaul semua di A hingga rata & masukkan dlm jug.
3. Masukkan 1 sudu gula ke dlm tiap acuan.
4. Tuang 3/4 bancuhan A ke dalam acuan.
5. Kukus 20minit.
Lapisan Atas (B)
1 biji kelapa
1 senduk tepung beras
1/2 sudu teh garam
CARA
1. Gaul rata bahan B
2.Tuang ke dalam lapisan A yg dh masak tadi
3. Kukus hingga masak (dah tak melekit)
Kuah Yong Tau Fu
Kuah Yong Tau Fu
Bahan-bahanya
10 tangkai cili kering
gula melaka atau gula merah
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto
Cara-caranya membuat kuah yong tau fu
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
Kek Keju Jepun
Kek Keju Jepun
Bahan2 : 7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice) 200ml susu segar@susu cair 4 biji telur 75gm tepung naik sendiri 75gm butter 100gm gula halus 1/2 sudu teh cream of tartar
Cara Menyediakan : 1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu. 2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan. 3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan. 4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk). 5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis) 6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati. 7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati 8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter. 9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas 10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing
TAUHU
Ini cara nak buat TAUHU
BAHAN asas tauhu ialah biji-bijian kacang soya. Biji-bijian kacang soya yang bermutu
tinggi sahaja yang digunakan untuk diproses menjadi tauhu. Oleh itu ia hendaklah
terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat
dan sebagainya. Biji-bijian kacang soya yang hendak dibuat tauhu mestilah bukan yang
sudah busuk atau rosak, pecah dan juga keadaannya mestilah bebas daripada serangga
dan penyakit serta tidak yang sudah kecut.
Tauhu diperbuat daripada protein kacang soya yang dibekukan oleh agen pembeku iaitu
Calcium Sulphate atau dipanggil Siako atau Plaster of Paris; digunakan ia hendaklah
dibakar terlebih dahulu kemudian ditumbuk atau dikisar supaya menjadi halus seperti
tepung. Penggunaannya ialah:
Bagi setiap kilogram kacang soya, gunakan sebanyak 60 gram Siako.
Warna semulajadi tahu ialah putih, tetapi boleh dibuat menjadi berwana kuning dengan
menggunakan kunyit. Isi kunyit ditumbuk dengan sedikit air bersih, dan airnya
dimasukkan ke dalam adunan, dikacau ke tahap warna kuning yang dikehendaki. Boleh
juga kunyit dimasukkan ke dalam air semasa merebus tauhu yang sudah siap di peringkat
akhir memproses, Sedikit garam juga boleh dimasukkan ke dalam air rebusan di
peringkat akhir memproses, iaitu pada Langkah 10.
Peralatan Membuat Tauhu
Yang paling penting sekali ialah alat untuk mengisar kacang Biji-bijian Kacang Soya itu
supaya ia menjadi hancur halus. Secara mudah ialah dengan menggunakan blender. Yang
lain-lainnya ialah pencetak tauhu dan lain-lain yang akan disebut semasa langkah
memproses bagi membuat tauhu dihuraikan. Semua peralatan mestilah bersih dan stril
tidak terdapat kuman, kulat dan bekteria yang boleh memudaratkan yang makan tauhu
itu.
Langkah Memproses Tauhu Secara Tradisional
Ada 10 langkah bagi menghasilkan tahu dari kacang soya. Bagi setiap langkah, tahap
kebersihan mestilah dijaga rapi bagi memastikan tauhu yang dihasilkan tidak akan
membawa mudarat kepada pengguna yang memakannya.
Langkah 1: Biji-Biji Kacang Soya Ditampi
Biji-biji Kacang Soya hendaklah dibersihkan melalui tampian menggunakan nyiru atau
pun dulang bagi mengasingkan kacang-kacang soya itu dengan segala bahan kotoran
seperti pasir, habuk, akar, tanah, dan apa saja yang mesti dibuang supaya tidak masuk ke
dalam tauhu yang dihasilkan nanti.
Langkah 2: Biji-Biji Soya Kacang Dibasuh-cuci
Biji-biji Kacang Soya yang telah ditampi dimasukkan ke dalam baldi atau takungan
mengandungi air bersih bagi menanggalkan segala kotorang yang masih melakat
padanya. Adalah lebih baik lagi jika air yang digunakan untuk membasuh biji-biji kacang
soya itu dalam keadaannya mengalir perlahan-perlahan agar ia dapat menghanyutkan
keluar segala kotoran yang tanggal dari biji-biji kacang soya itu dan meninggalkan bijibiji kacang soya itu.
Langkah 3: Biji-Biji Kacang Soya Direndam
Kacang Soya yang sudah dibasuh bersih, direndam dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam
supaya ia menjadi lembut dan kulitnya boleh menjadi mudah dapat dikupas.
Langkah 4: Pengupasan Kulit Biji-Biji Kacang Soya
Kacang Soya yang sudah direndam dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam itu dibuang
kulitnya dengan cara memicit-micitnya di dalam air bersih hingga kulitnya tanggal, dan
kulitnya dibuang. Kacang Soya itu dipicit-picit supaya terbelah.
Langkah 5: Pengisaran Biji-Biji Kacang Soya
Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu direndam dengan Air Panas ( 1 Bhg.
Kacang Soya + 8 Bhg. Air Panas). Masukkan Kacang Soya sedikit demi sedikit ke dalam
alat pengisar (blender), dan kisar sehingga menjadi halus seperti bubur pekat. Ini
dipanggil Bubur Mentah Kacang Soya.
Langkah 6: Memasak Bubur Mentah Kacang Soya
Masak Bubur Mentah Kacang Soya dengan Air Panas di dalam periuk yang cukup
besarnya ( 1 bhg. Bubur Kacang Soya + 1 bhg. Air Panas). Masak sehingga mendidih
sambil dikacau-kacau agar ia tidak meruwap. Apabila dua kali ia membusa (naik
meruwap), tutuplah api.
Langkah 7: Penyaringan
Sediakan sebuah takungan atau baldi yang di bahagian dalamnya di beri alas dengan kain
belacu. kain belacu ini mestilah yang cukup besarnya. Kain belacu ini akan digunakan
untuk membungkus Bubur Mentah Kacang Soya itu. Tuangkan adunan dari hasil
Langkah 6 itu ke dalam takungan (atau baldi) yang siap beralas dengan kain belacu tadi.
Bungkus Bubur Mentah Kacang Soya itu di dalam kain belacu tadi dan diikat kemaskemas untuk bungkusan itu supaya bungkusan itu dapat pula diapit dengan Pengapit
Papan bagi mengeluarkan Pati Air Kacang Soya. Hasil apitan ini mengeluarkan Pati Air
Kacang Soya yang akan mengalir masuk ke dalam tadahan takungan (baldi) plastik. Setelah selesai mendapat Pati Air Kacang Soya itu, hampas kacang soya yang berada di
dalam bungkusan kain belacu itu tidak digunakan.
Langkah 8: Penggumpalan dengan menggunakan Tepung Halus Calcium Sulphate
Dalam satu bekas lain pula larutkan dengan sedikit air 180 gram Tepung Halus Calcium
Sulphate ( iaitu 3 Kg. Pati Kacang Soya + 180 gram Calcium Sulphate ).
[Peringatan: Siako atau Calcium Sulphate mestilah terlebih dahulu dibakar, kemudian
ditumbuk halus menjadi seperti tepung ].
Masukkan ia ke dalam Pati Kacang Soya yang masih panas itu dan dikacau. Pati Kacang
Soya akan menjadi bergumpal-gumpal.
[ Birakan 5 – 10 minit agar proses penggumpalannya sempurna. ]
Sediakan alat pencetak atau acuannya untuk membentuk Tauhu.
Langkah 9: Mencetak atau Membentuk Tauhu
Ambil hanya gumpalan pati Kacang Soya dan buangkan airnya. Masukkan Gumpalan
tauhu ke dalam acuan/pencetak yang terlebih dahulu dialas dengan kain belacu. Temukan
atau lipat bahagian hujung kain belacu ini supaya menutup adunan, kemudian diletakkan
benda berat yang boleh menekan adunan di dalam kain belacu itu. Potong Tauhu
mengikut saiz yang dikehendaki, biasanya 5 x 5 sm. atau mengikut saiz yang
dikehendaki.
Langkah 10: Perebusan:
Rebus Tauhu dan semasa merebus inilah boleh dimasukkan sedikit garam jika inginkan
tauhu itu terasa masin sedikit, dan dibubuh serbuk kunyit jika inginkan tauhu itu
berwarna kuning. Setelah selesai direbus, tutup api dan biarkan ia sejuk dan terus berada
terendam di dalam Air Rebusan. Tujuan tauhu itu terendam di dalam air rebusannya
supaya ia tidak menjadi basi atau masam.
Percubaan Membuat Tauhu Sendiri
Bahan
Air Bersih : Secukupnya untuk merendam Kacang Soya
Kacang Soya : 3 kg
Calcium Sulphate : 180 gram (Hendaklah dibakar, kemudian ditumbuk halus)
Air Panas : 2 liter 400 ml
Garam : Mengikut Keperluan
Serbuk Kunyi : Secukupnya (jika inginkan Tauhu berwarna kuning)
Cara Membuat:
1. Tampi Kacang Soya untuk membuang segala kekotoran, pasir dan sebagainya.
2. Basuh kacang Soya dengan Air supaya menjadi bersih.
3. Rendam Kacang Soya dalam baldi dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam.
4. Ramas Kacang Soya di dalam Air supaya kulitnya tanggal menjadikan biji kacang
soaya terbelah dua.
5. Rendam Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu dengan air panas.
6. Blender Kacang Soya sehingga hancur menjadi seperti Bubur Mentah Kacang Soya. Di
dalam sebuah periuk yang cukup besarnya panaskan hingga mendidih Bubur Mentah
Kacang Soya ini bersama dengan Air Panas. [Sukatan Air Panas ialah sama banyak
dengan sukatan Bubur Mentah Kacang Soya]. Kawal api, dan kacau adunan supaya
adunan tidak membuak keluar tumpah dari dalam periuk. Masak selama 15 - 30 minit
atau setakat 2 kali adunan membuak naik, tutup api.
7. Sediakan baldi yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya di dalamnya
untuk dituangkan Bubur Mentah Kacang Soya yang panas itu, dan dibungkus dengan
kain belacu itu serta diikat untuk sudia diapait, bagi mendapatkan Pati Kacang Soya.
8. Masukkan Garam dan Air Kunyit secukupnya ke dalam Pati Kacang Soya. kacau
sebati. Kemdian masukkan pula 60 gram Tepung Calcium Sulphate dan dikacau adunan
menjadikan adunan bergumpalan. Biarkan selama 5 – 10 minit supaya adunan menjadi
gumpalan dengan sempurna.
9. Siapkan sediakan alat pencetak tahu. Sebelum dimasukkan gumpalan tauhu ke dalam
pencetak yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya, airnya hendaklah
dipisahkan. Setelah gumapalan tahu diisi penuh di dalam pencetak, bahagian tepi kain
belacu itu diangkat untuk menutup gumpalan tauhu, dan diletakkan pula bebanan berat di
atasnya bagi menindihnya selama satu minit agar tauhu itu menjadi agak mampat. Potong
tauhu mengikut saiz yang dikehendaki.
10. Tauhu yang sudah dipotong-potong itu hendaklah direbus dengan Air Bersih.
Sewaktu merebus tauhu ini, masukkan sedikit garam jika suka hasil tahu itu berasa
sedikit masin, dan kunyit, jika mahukan ia berwarna kuning. Setelah direbus, tutup api
dan biarkan tauhu itu terendam dan sejuk di dalam air rebusannya