Products available

Tuesday, February 27, 2018

roti canai toknek

Resepi roti canai takyah lempo2 n terbang2😍
Roti canai :
1kg tepung gandum
1 biji telur 
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
air secukupnya (mak pesan lebih lembut dr doh karipap kalau tak x boleh dicanai)
minyak masak guna masa mencanai
bila dh siap canai - sapu majerin supaya tak melekat

Wednesday, February 7, 2018

Kuih Cakoi Lembut Gebu

Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu

Bahan-bahan:

1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Kuih Cakoi:

Pertama , dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehinggan sebati terlebih dahulu.

Kedua , pindahkan aduanan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh. Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.

Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.

Ketiga , selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.

Keempat , apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.

Siap utk di hidang

Kredit: Hamidah

LIKE & SHARE

Friday, February 2, 2018

Kek Pisang



Bahan2
3 biji telur
5 biji pisang berangan dilenyek
2 cwn tepung gandum*
1sudu teh soda bikarbonat*
1sudu teh baking powder*
1cwn gula pasir
1cwn minyak masak
Sedikit asen vanilla
Ayak bahan2 bertanda *


Cara2nya..
Blend telur,gula,minyak masak dan esen vanilla sampai kembang..masukkan ke dalam bekas berisi pisang tadi..masukkan tepung sikit2 kacau sampai sebati..gris loyang dengan sedikit minyak..Alas loyang dengan baking paper..masukkan adunan..Bakar dgn suhu 180 selama 40 minit @hingga masak,

Thursday, February 1, 2018

Homemade sausage yg sihat dan sedap

Homemade sausage  🥖🌭 yg sihat dan sedap

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1676647282379226&id=100001019103285

Bahan- bahan

-Dada ayam (3 kpg besar yg telah dikisar)
-Telur 1 biji
-carrot (optional)
-4 Sb tepung ubi/ tpg gandum
-1 Sb serbuk lada putih
-1 sk serbuk lada hitam
- secubit garam

Kalau nak tambah cheese ke, daun sup ke terpulang, boleh jee..

Just follow all the step at the picture below 👇🏻

Silakan share kalau berkenan.. innshaAllah resepi ni halal dunia akhirat.

Sosej ni Sesuai utk kakak kakak yg ramai anak suka mkn sosej atau nugget atau bebola.. tak elok kalau bg diorg setiap hari mkn sosej kat kedai tu kan.. tp kalau homemade.. innshaAllah boleh. sesuai jugak utk husb korg yg tgh diet & main gym tu..

#JustSharing 💞