Products available

Sunday, August 28, 2016

RESEPI AYAM PERAP BBQ

✦ RESEPI AYAM PERAP BBQ ✦

Bahan-Bahan:
✔ 1 labu bawang besar
✔ 10 ulas bawang merah
✔ 5 ulas bawang putih
✔ 1 inci halia
✔ ½ inci lengkuas
✔ 2 batang serai
✔ 1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)

✔ 3 sudu besar madu
✔ 1 sudu besar serbuk cili
✔ 3 sudu besar mentega/margerin or minyak
✔ 1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
✔ 2 sudu teh serbuk kunyit
✔ 1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
✔ garam secukup rasa

Cara Caranya :
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

Tambahan:
1. Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
2. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
3. Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
4. BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
5. Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
6. Pada hari yg nak masak nnt, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.

Selamat Mencuba !!

Wednesday, August 24, 2016

Sos Thai

Sos Thai sedap dicicah dengan hampir apa sahaja. Ni nak bagi resepi, tetapi lain sikit dari resepi Sos Thai biasa, sebab ada gunakan nenas. Sedap baq ang!

Resepi Sos Thai Tropika

Bahan:
- 1 cawan nenas (dipotong kiub)
- 2 cili merah
- 2 cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
- 4 ulas bawang putih
- 3/4 cawan air (kalau nak lagi sedap ganti dengan jus nenas)
- 2 sudu besar cuka
- jus 1 biji limau nipis
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu besar garam
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar air

Cara:
- Blendkan nenas, cili, bawang putih dan air (atau jus nenas)
- Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
- Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
- Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sila SHARE resepi mudah ini supaya lebih ramai dapat mencuba.

Wednesday, August 17, 2016

Ayam Panggang Blackpepper Bahan

Ayam Panggang Blackpepper
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.

Masukkan ke dalam oven bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Saya bakar lama dalam 1 jam.

Monday, August 15, 2016

AYAM GORENG JAWA

AYAM GORENG JAWA
.
1 ekor ayam ~ di potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 1/2 cawan santan pekat
2 keping asak keping
sedikit gula kabung atau gula melaka atau gula merah
garam secukup rasa
.
Bahan Kisar
1 inc halia
1 inc lengkuas
2 inc kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu makan ketubar
2 biji buah keras
7 ulas bawang kecil
.
Masukkan ayam ke dalam periuk atau kuali besar
Masukkan rempah atau bahan yang telah di kisar halus
Masukkan santan pekat
Masukkan asam keping
Masukkan garam
Gaul rata
Panaskan atas dapur hingga kuahnya pekat
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa
.

APAM BALIK

APAM BALIK

Resepi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.
Inti
Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice
Caranya
Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.
Apam balik yang dh siap sapu mentega

Thursday, August 11, 2016

Wednesday, August 10, 2016

Cara Buat Mi Rebus Johor

Cara Buat Mi Rebus Johor
( Resepi Mi Rebus Hj Wahid )

Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata,
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Koleksi pantun majlis

http://www.pendidik2u.my/2015/09/koleksi-pantun-pengacara-majlis.html
PANTUN MAJLIS

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Koleksi Pantun

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu si gadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

PANTUN UCAPAN

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Bunga selasih di dalam taman
Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan

Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,  
YDP PIBG hormat dipersila, 

PANTUN PERSEMBAHAN

Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia

Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN ANUGERAH

Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah  di dalam jiwa

Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Credit To Yang Comel ; Cikgu Nurul