Products available

Friday, February 28, 2020

Nasi daging

1kg beras basmathi |rendam 30 minit dan tos


1liter air rebusan daging


500gm hirisan daging rebus


1cawan susu cair


2 helai daun pandan simpul


1 sudu makan rempah sup


1sudu makan rempah kurma


1 sudu pes tomato


2 sudu makan minyak sapi


2 sudu makan minyak masak


REMPAH PENUMIS:


1 batang kulit kayu manis


2 kuntum bunga lawang


3 biji buah pelaga


Garam secukup rasa


BAHAN KISAR:


5 ulas bawan merah


2 ulas bawang putih


3cm halia


 CARA MEMASAK:

Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis daun pandan bahan rempah penumis.


Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk kurma dan sup, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.


Masukkan air rebusan daging dan susu cair bersama tomato puri dan kacau lagi.


Setelah air mendidih masukkan beras dan daging, perasakan dengan garam secukupnya.


Masak seperti nasi biasa lebih kurang 15-20 minit.


Thursday, February 27, 2020

Cream Cheesecke Superb

Cream Cheesecke Superb




  Cara nak buat 

1)asingkan putih dan kuning telur 6biji gred A Bhgian A 6keping cheesedale (125g) Butter 50g Susu segar 100ml Selfrising our 60g Tepung jgung 20g Vanila powder/esen vanila Kuning telur 6 biji Bahagian B Putih telur 6biji Gula kisar/castor 140g Cream of tartar 1sudu kfc

1-double boiler cheese, butter dan susu sampai tidak berketul . Ketepikan bg sejuk dlu.

2- sudah sejuk adunan cheese masukkan kuning telur sambil2 whisk masukkan vanila powder/esen serta tepung sikit demi sedikit sehingga sebati.

3-pukul putih telur mggunakan mixer high speed sehingga berbuih masukkan cream of tartar dan masukka gula 140g secara 3 peringkat. Putar sehingga kental dan mendaptkan adunan yg soft peak bertanduk.

4-masukkan adunan meringue sdikit demi sikit kedalam adunan cheese dan satukan mggunakan kaedah kaup balik pakai spatula je slow2.sampai kedua2 adunan sebati..

5-sapukan minyak di sekeliling loyang dan lapik baking paper di dasar loyang ber size 6′ (adunan ini dpt mghsilkan 2biji kek saiz 6)

6-bakar mggunakan kaedah bain marie.api atas bawah 20mnit pertama suhu 150-160 15mnit kedua 140 Turunkan suhu 100-130 bake selama 1jam Bgaimanapun suhu bergantung oven masing2 ye

 kejadian kek yg sempurna kek akan merenggang dengan sndrinya dan mudah untuk di terbalikkan kluar dri loyang krana kek tidak melekat di tepi loyang. Pssst buat kek keju jgn gopoh2 kalut2 nnti takut kek x jdikk

Ayam Goreng Cili Api

Ayam Goreng Cili Api


Ayam antara menu yang sering menjadi hidangan setiap hari. Agak pening untuk memikirkan idea masakan ayam yang sedap dan lain dari biasa. Resepi Ayam Goreng Cili Api yang Aroma Resepi kongsikan ini mungkin boleh menjadi menu baru masakan ayam anda. Menggunakan bahan-bahan ringkas yang mudah didapati dan cara masak juga cukup senang. Jom cuba!
CARA-CARA:

Langkah 1.
Blend kasar bahan-bahan dibawah:
– Cili padi merah dan hjau
– Bawang besar
– Bawang putih
– Serai titik

Langkah 2.
Goreng ayam dengan garam dan kunyit.

Langkah 3.
Tumiskan bahan yang di kisar sampai garing

Langkah 4.
Letak gula@perasa, garam sedikit sahaja dan masukkan ayam goreng tadi

Langkah 5.
Masukan air asam jawa sedikit dan gaul rata


Langkah 6.
Letak sedikit kicap


Sambal Bilis Lebih Enak & Power

Begini Caranya Kalau Nak Sambal Bilis Lebih Enak & Power, 6 Bahan Ni Kena Ada. Memang Terangkat! Oleh Zaiton Abdul Manaf - October 26, 2019 Bagaimana nak jadikan rasa sambal lebih sedap dan power? Itu yang sering menjadi luahan ibu-ibu apabila nak buat sambal bilis yang sedap kan. Lepas ni, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini. Walaupun nampak sedikit berbeza tetapi mudah jer nak buatnya. Yang penting kena ada halia, buah keras dan tak ketinggalan gula melaka. Jom ikut caranya. Nampak macam sedap

1. Tumis dulu bawang kisar dan cili kisar. Make sure kisar cili yang gelap warnanya..baru menarik. Make sure minyak banyak ya

2. Aku masukkan beberapa hiris halia. Suka ada after taste halia sikit-sikit.

3. Masukkan belacan. Guna belacan yang busuk-busuk sikit..baru sedap!

4. Tumis lagi sampai pecah minyak lepas masuk belacan tu. Tumis dalam 20 minit.

5. Check dari semasa ke semasa.

6. Masukkan air asam jawa, aku rasa dalam 4 cawan kecik. Main agak-agak je ni.

7. Masukkan gula melaka, aku guna dua ketul…manis berlemak, tetapi tidak terlalu manis

 8. Masukkan buah keras dalam 2 hingga 3 biji. Tumbuk lumat

9. Tumis lagi…jangan risau keadaan minyak sebegitu. Main sambal ni, minyak memang kena banyak…nanti boleh buang.

10. Masukkan garam, dalam sesudu kecil. Tapi jangan banyak sangat, nanti nak masukkan ikan bilis.

11. Sambung tumis dalam sejam, check keadaan bawang. Aku suka bila bawang tu dah transparent..sikit lagi.

12. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng separa masak. Bilas-bilas dulu ok sebelum goreng, nanti masin sangat.

13. Seee…bawang yang telah lutsinar macam ni lah yang dicari sejak 50 tahun lepas.

14. Setel…masak sambal dalam sejam setengah. 1 jam 30 minit.