Products available

Monday, March 26, 2018

SUP MAMAK

RESIPI SUP MAMAK

Seekor ayam
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) jangan ambil yg halus2.
.
Cara-Cara:
Blend semua bahan2, kecuali b.pelaga n b.lawang. tumis hingga naik bau, masukkan ayam. Masukkan kentang carrot n air dan perasakan. Bila semua empuk, masukkan tepung gandum yg dilarut dengan sedikit air. Tambah tepung gandum mengikut kepekatan sesuai selera.
2 sudu besar atau lebih tepung gandum.
(tepung saya tak letak)
Kiub ayam
Garam
Cili diketuk
.
Bahan pelengkap:
Daun ketumbar/ daun sup/ daun bawang
Bawang goreng

Sunday, March 25, 2018

Sambal Ayam Penyet

Sambal Ayam Penyet??

Resepi;

Tomato
Bawang besar
Bawang putih
Halia(sikit)
Cili merah
Cili padi merah & hijau
Gula keret 1biji
Belacan bakar



Cara2..
Tumis semua bahan2 sampai betul2 layu smua bhn2 td..dh siap tumis semua,kluakn bahan tumis td n blend kasar..jgn blend halus sbb xcantik..panaskn balik minyak tumis blk bhn yg dh kisar td .tambah sedikit air supaya sambal x garing sgt..tambahkan garam,gula &aji secukup rasa..

SHELL OUT COMFIRM SEDAP


SHELL OUT COMFIRM SEDAP
Resepi Oleh : Auntie Nani

Makanan Laut
Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa. ( yang ni ita tak letak )

* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.
Dah masak angkat dan ketepikan

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.




Bahan Rempah

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus




Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa



Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam 

* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 
Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang. 
Yang lain ita tak letak sayur. 
Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.
Ita lawankan hidangan Shell Out ita ni dengan nasi Mediterranean ( Mediterranean Butter Rice ) ala-ala Nandos yang di sediakan oleh anak bujang ita Azrul. Sedap nasi ni memang kena pulak di gandingkan dengan Shell Out yang di sediakan. 

Tuesday, March 20, 2018

Bingka Labu Lemak Manis

Bingka Labu Lemak Manis
Perkongsian Dari Rose Mona

BAHAN A


2 BIJI TELUR
1/2 CWN SUSU CAIR
2 CWN TPG GANDUM
1/CWN GULA PASIR HALUS
1/2 CWN SUSU PEKAT MANIS
1/2 CWN SUDU KECIL GARAM
2 SUDU BSR MENTEGA/PLANTA
1 TITIK PEWARNA KUNING TELUR
1 TITIK ESEN VANILLA

BAHAN B
2 CWN LABU YG TELAH DIREBUS TOSKAN KEMUDIAN
LECEKKAN KE DLM BEKAS
SEDIKIT BIJAN UNTUK DITABUR DIATAS PERMUKAAN
KUIH

CARA MEMBUAT

*PANASKAN OVEN TERLEBIH DAHULU PADA SUHU 200

*SAPUKAN LOYANG DENGAN MENTEGA SUPAYA SENANG
DIKELUARKAN DARI LOYANG APABILA SEJUK NANTI

*CAMPURKAN BAHAN A DGN BAHAN B JIKA KURANG
MANIS TAMBAHKAN SEDIKIT GULA LAGI

*MASUKKAN KEDALAM LOYANG

*KEMUDIAN TABURKAN BIJAN KEATAS PERMUKAAN KUIH
BINGKA LABU ITU

*BAKAR PADA SUHU 150 SELAMA 1 JAM @MENGIKUT
SUHU OVEN MASING2 SEHINGGA MASAK

* SUDAH SIAP KELUARKAN DARI OVEN POTONG SETELAH
SEJUK

*SELAMAT MENCUBA

Thursday, March 15, 2018

NASI DAGING UTARA

RESEPI NASI DAGING UTARA
========================

Bahan-Bahan:
1 kilo daging batang pinang - dipotong kecil
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball
3 s/b rempah nasi daging
sudu kecil rempah sajira
sedikit gula batu
garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan

Bahan tumis:
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air

Cara-Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam.

AIR ASAM > BLEND<
4 biji Cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa
1 sk gula
secubit garam

Bahan Hiris >MASUKKAN <
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging

Share Supaya Tak Hilang
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share supaya fanpage lebih aktif di News Feed

Like & Share

AYAM MASAK MERAH KENDURI

AYAM MASAK MERAH KENDURI

Bahan- bahan:
Ayam(digaul garam kunyit dan digoreng)

Bahan kisar:
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Cili kisar
Asam keping
Gula
Garam & perasa
Serai(dititik)
Bawang besar(potong bulat)

📷 ig rosehayatie_

Sumber : senduk dan kuali

Wednesday, March 14, 2018

ASAM REBUS SAYUR KELADI

ASAM REBUS SAYUR KELADI
Bahan-bahan:
Batang keladi (dicelur sekejab bersama asam keping)
Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Belacan
Biji kemtubar
Kunyit hidup
Ikan bilis (ditumbuk kasar)
Air secukupnya
Asam keping
Daun kesom
Ikan (direbus dan diambil isi sahaja)
Garam
Gula