Products available

Wednesday, September 25, 2019

rupanya macam ni diorang jaga kuali agar sentiasa berkilat

rupanya macam ni diorang jaga kuali agar sentiasa berkilat

Cara-Cara Buat Jeruk Mangga Tanpa Guna Pengawet

Cara-Cara Buat Jeruk Mangga Tanpa Guna Pengawet


  •  1 plastik buah mangga epal ( RASA: Anggaran dalam 15-20 biji)
  • 2 genggam garam kasar
  • 1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
  • 1 kg gula
  • 3 cawan air
  • 2 balang plastik besar
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.

2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.

3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam

4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.

5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.

6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.


Tuesday, September 24, 2019

Cara Buat Tauhu jepun Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya

Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya

Bahan-bahannya tak banyak, malah nak buat pun senang sangat!

Boleh cuba resipi perkongsian Puan Nooramin Munirah Asgnari ini sebagai rujukan. “Tauhu lembut buat sendiri ( tauhu jepun),cuma guna 3 bahan sahaja”
 Bahan-Bahan:
5 biji telur
2 sudu tepung jagung
150 ml air soya

Cara Membuat:
1.Campur semua bahan, kisar secara perlahan.
2.Tapis dan masukkan dalam acuan untuk dikukus.
3.Kukus selama 25 minit dan sejukkan sebentar.
4.Keluarkan dari acuan setelah disejukkan.
5.Potong-potong dan celup dalam telur.
6.Goreng sehingga kekuningan

Salut dengan tepung dan cornflakes yang dihancurkan, sedap. Tapi salut telur lebih mudah dan baunyaa sedap

Monday, September 9, 2019

Resepi ringkas Mandy




Resepi ringkas Mandy.

1kg beras:

Bahan
1.beras basmathi g-A. Rendam 20 minit letak gula batu
2. Ayam suka hati
3. Rempah Mandy 4sudu.
4. Daun ketumbar
5. Daun pudina
6. Bawang besar putih penumis.
7. Minyak sapi 2sudu.

Cara masak:
Rebus ayam dgn rempah mandy,selama 20minit... letak bawang yg dipotong, penumis. Garam dan gula secukup Rasa.

Keluarkan ayam dan sejukan Air yg direbus.
Buang Air rendaman beras kemudian masukan Air rebus ayam, dgn kadar beras, letak minyak sapi 2 sudu. Dan minyak masak 3sudu...letak daun pudina 3helai daun ketumbar segenggam. Gaul dan masak.

Saturday, September 7, 2019

Menu Nasi Ayam Hainan














Nasi Ayam (10 Orang Makan)

4 Cawan Beras Wangi/Biasa
4 Cawan air 4/5 Paha Ayam
1 bawang besar holland (Potong 4)
2 kiub ayam maggi
3 inci halia (Potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang

1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.

2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..

3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka. ============== Taugeh/ Sayur

4 ulas bawang putih 2 sudu sos tiram 2 sudu minyak :

1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.

2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.

3. Masukkan sayur Hehe selamat mencubaaa.. terima kasih like  Resepi ni tak perlu garam atau gula ya


Friday, September 6, 2019

cara membuat koey Tew



“Tak payah beli buat je sendiri. Pasni nak buat char kue teow ke ladna ke kungfu ke goreng mamak style ke sume bole. Dah jom, ini resepinya”. Bahan-Bahan Kuey Teow Buat Sendiri: 1 cawan tepung beras* 1/2 cawan tepung ubi* 1 1/2 cawan air* (batter) Sedikit minyak sayuran Loyang untuk mengukus Cara Membuat:

1. Sediakan kukusan. Saya guna kuali jek.

2. Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.

 3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.

4. Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu).

5. Kemudian kukus sehingga masak dalam lebih kurang 7-10 minit.

6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kue teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai)

7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak pastu bolehlah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siapp!