Products available

Sunday, July 31, 2022

SUP TULANG SIMPLE

 SUP TULANG SIMPLE ~

BAHAN :

● 1 peket rempah sup - kecil
● 1/2 kilo tulang kambing/ lembu/Ayam- 
dipotong mengikut suka.
( sis guna tulang kambing )
● 10 biji bawang merah lebih kurang - blend
● 1 inci halia - blend
● 5 ulas bawang putih - blend
● 2 batang serai - diketuk
● 1 inci lengkuas - blend
● Garam
● 1 batang lobak merah - potong cara yang 
disukai
● 2 biji kentang - potong cara tersendiri
● 1 ketul kiub ayam/lembu
● Air secukupnya
● Air asam jawa - agak ikut selera masing2
● Daun sup dan daun bawang untuk taburan/hiasan juga tomato ceri dan bawang goreng.

CARA :

1. Rebus tulang sehingga empuk.
2. Dikuali yang berlainan tumis bahan yang telah dikisar sehingha naik baunya.
3. Masukkan rempah sup. Tumis sehingga naik bau.
4. Setelah naik bau, masukkan ke dalam periuk rebusan tulang berserta kiub ayam/lembu
5. Masukkan pula ubi kentang dan lobak merah.
6. Masukkan pula garam dan air asam jawa.
7. Reneh sehingga sup menjadi pekat. SIAP! 

~ SELAMAT MENCUBA ~

Credit : Angah Izan

Thursday, July 28, 2022

formula masak agar agar

Panduan mudah untuk kira jumlah air yang sesuai untuk masak agar-agar bertali dan juga serbuk. So lepas ni boleh elakkan masalah agar-agar terlebih atau terkurang air.

Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?

Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.

Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:

10gm agar-agar = 1 liter air

Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air

Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air

Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan.
Selamat mencuba 👉 https://shope.ee/3KnkayioxE

Kredit petua: Diana
Ana

#inspirasiresepi
#rencahrasaplus

Friday, July 22, 2022

pati ayam




Nasi Lemak Pandan Wangi Semerbak

Nasi Lemak Pandan Wangi Semerbak.

Resepi Nasi Lemak
4 cawan basmathi 
1 cawan santan 
3 cawan air
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil minyak
1 batang serai - ketuk
1 ulas bawang merah - hiris
½ inci  halia – hiris
Sedikit perwarna hijau

Cara Masak Nasi:
Beras dibasuh bersih kemudian rendam selama 20 minit. Kemudian toskan air nya. Jika guna beras biasa rendam dlm 10 minit sahaja.

Blenderkan 1 cawan air dengan daun pandan. Tapiskan hampas daun pandan. Daun pandan yg cik tie guna saiz sederhana. Kalau yg besar boleh kurangkan.

Masukkan air daun pandan ke dalam rice cooker. Masukkan baki air 2 cawan lagi tu bersama dengan santan. Boleh titiskan sedikit perwarna hijau supaya warna nasi lebih cantik.  Boleh perasakan dengan garam secukup rasa.

Masukkan beras. Berserta dengan serai, halia & bawang. Last sekali masukkan minyak. Masak nasi seperti biasa dalam rice cooker sehingga masak.

Resepi Sambal Telur Puyuh
20 biji telur burung puyuh
3 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih
15 – 20 tangkai cili kering gemuk
½ sudu makan asam jawa + 3 sudu makan air
Sedikit belacan (jika suka)
½ keping Gula nisan @ Gula kerek 
Sedikit air jika perlu
Garam secukup rasa

Cara Masak Sambal :

Rebus telur puyuh. Kemudian, buang kulit. Goreng sekejap.  Ketepikan/

Cili direbus sehingga lembut, kemudian kisar dengan sedikit air.

Blendkan bawang besar merah & bawang putih, pastikan blend dengan air yang sedikit. 

Selepas siap semua bahan dikisar. Tumiskan cili & bawang dengan minyak yang secukupnya. Part ni jangan kedekut minyak semasa menumis sambal, barulah sambalnya cantik. Pastikan dimasak dengan api yang sederhana

Biarkan sambal masak, bila nampak sambal hampir nak pecah minyak. Masukkan gula nisan & belacan. Belacan tu jika tidak suka boleh skip sahaja, tak perlu letak.

Kemudian, biarkan sambal masak sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Untuk dapatkan sambal yang tahan lama & rasanya sedap, perlu dimasak lama dengan api yang kecil. Bila sambal siap boleh masukkan telur puyuh.

Resepi Ayam Goreng Crispy
½ ekor ayam – potong mengikut size yang disukai
¼ sudu kecil serbuk bawang putih
½ sudu kecil serbuk kunyit
¼ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil tepung beras
½ sudu kecil tepung ubi kentang/tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
¼ inci halia
3 batang serai 

Cara Masak Ayam Goreng Crispy:
Bahan yang ditumbuk kunyit, halia, serai ditumbuk menggunakan lesung sehingga lumat. Boleh masukkan sedikit garam semasa menumbuk supaya mudah lumat. Cik tie pernah guna blender tapi hasilnya lebih baik tumbuk guna lesung.

Di dalam mangkuk, letakkan ayam. Kemudian masukkan bahan tumbuk, berserta dengan serbuk bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Perap ayam selama 30 minit. Apabila nak goreng ayam tambahkan tepung beras & tepung ubi kentang. Jika tiada tepung ubi kentang gantikan dengan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Tujuan letak tepung supaya luar ayam jadi rangup dalamnya juicy.

Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam sehingga masak & garing cantik. 

Siap nasi lemak, boleh hidangkan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng & timun. Baunya mmg wangi satu rumah. Happy cooking 

Kredit khadijah jaafar

Tuesday, July 5, 2022

ayam goreng sedap tetap hearing kurang minyak

ayam goreng sedap tetap hearing kurang minyak

masak hati kambing pengantin


Hati lembu masak pengantin

Resepi
✌️500 gram hati lembu
✌️(basuh 3 or 4 kali, selawat, masuk tepung biar sekejap pastu basuh balik ✌️insyaallah xde bau)
✌️3 biji bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1 inci halia (blend)
✌️4 sekawan
✌️1 sudu cili kisar (optional)
✌️1 sudu serbuk lada hitam
✌️1 sudu sos tiram
✌️1 sudu kicap manis
✌️1 sudu garam masala (optional)
🤘Garam/serbuk perasa
✌️Sedikit air
🤘Kcg buncis (optional)

Bahan hiasan
🌲Cili merah & daun bwg
🌲Bwg besar potong bulat

Cara2
Garam kunyitkn hati lembu yg telah dibasuh. Panaskn myk & goreng sekejap, angkat toskan..
Tumis bahan blend bersama 4 sekawan, masuk cili kisar, masak sekejap smpai pecah myk, masuk sos tiram, kicap, serbuk lada hitam & garam masala masak sekejap masukkn air & hati lembu, masuk kcg buncis dgn bwg potong bulat.. Tunggu masak angkat & tabur bahan hiasan.

masak ayam menangid


AYAM MENANGIS MERAUNG 😁

Bahan perapan ayam (perap 3 jam) :

- Ayam ( Isi Peha atas, Isi Peha Bawah,Isi Dada )
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos ikan
- Kicap pekat
- Lada sulah/hitam
- Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.

Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.

Bahan sos:
- Sos ikan
- Air asam jawa
- Perahan limau nipis
- Gula kabung/nisan Thai
- Serbuk cili kasar
- Beras goreng
- Daun ketumbar (cincang)
- Akar ketumbar (cincang)
- Cili padi (cincang)
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)

Bancuh semua bahan, perasakan

Nasi ganja


Nasi Ganja

Bahan-bahan:

3 cawan beras bashmati - cuci bersih, rendam 30 minit, toskan
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 biji bawang putih - hiris*
1 biji bawang besar - hiris*
1 inci halia - hiris*
3 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 biji buah pelaga*
3 biji bunga cengkih*
1 bungkus kecil serbuk rempah Sup Adabi*
beberapa titis pewarna kuning telur
6 sudu besar sos cili
garam secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan cair/panas.

2. Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.

3. Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggie.

4. Tambahkan garam secukupnya.

5. Setelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api. Biar nasi tanak lebih kurang 5 - 7 minit (nampak wap2 keluar dari tudung periuk). Tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum buka tudung dan kareh rata.

Untuk Ayam Goreng

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sk serbuk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk paprika
1 sk serbuk lada hitam
3 tangkai daun kari dimayang
3 sb tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
5 inci halia
4 batang serai

Cara:
1. Perap kesemua bahan kecuali minyak.
2. Setelah memerap lebih kurang 30 minit, bolehlah goreng ayam tadi dengan menggunakan api sederhana panas supaya masak sekata.

Kuah Kari Ummi

Bahan-bahan:
4 sb bungkus kecil rempah kari ayam + kari ikan
1 sb serbuk cili

Bahan tumbuk/hiris - tumisan
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan lain:
3 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
5 batang kacang panjang - potong sepanjang 3 cm
Terung
Lobak merah - potong panjang 2 inci
garam
1 sk pati asam jawa
4 cawan santan cair atau air kosong
Kaki ayam dan bahagian2 tulang dan lehernya (optional)
3 tangkai

ayam kukus halia


Ini lagi satu menu sihat saya, kalau buat anak boleh makan dua mangkuk dia sorang.. 😂😂😂

Nasi ayam kukus halia….

Kalau utk kita, pakai mangkuk nasi kukus tu dah.. mangkuk ikea tu besar..

Bahan:
- beras 5 sudu makan
- halia tumbuk lumat2
- bawang putih tumbuk lumat2
- garam pink
- daun + akar ketumbar
- 1 sudu kecil sos ikan setiap mangkuk
- ayam

Bahan tumbuk tu, letak setengah sudu kecil setiap mangkuk.. kalau malas tumbuk boleh beli siap2 jenama life.. tapi kena masukkan bawang putih jugak..

Basuh beras and letak dalam mangkuk, letak bahan tumbuk, letak akar ketumbar sikit, daun ketumbar sikit, letak air cukup tenggelam beras atau lebih 1cm sikit, letak sos ikan sesudu, letak ayam seketul.

Kukus 30 minit atau lebih..

Kalau nak buat sup, buat benda yg sama, cuma jangan letak beras lah.. 😅😅😅

Saya buat extra ayam utk saya makan, sup utk anak.. 😊😊😊😊

Menu mcm ni, masak hari2 pun x pa.. satu keluarga boleh makan.. 😊😊😊

Jangan lupa makan sayur sayuran.. 😊😊