Products available

Sunday, July 21, 2019

Kuih Cakoi

Charr KOOIi... by Cik B
.
.
Bahan-bahan cakoi :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
2 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil garam

Cara-cara :
-Masukkan gula dan yis ke dalam air suam.
-Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit
-Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar
-Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung
-Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh
-Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam
-Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin
-Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang



Monday, July 15, 2019

Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah Yang Sedap

Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah Yang Sedap.

CARA BUAT POPIA BASAH HOMEMADE BAHAN-BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka Secubit garam

CARA MEMBUAT KULIT POPIA

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati.
Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah sedikit air. Tutup adunan dan perap 30 minit. Selepas 1/2 jam, panaskn kuali leper@ non-stick.
Ambil sejemput adunan dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis.

Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis. Kulit popia ni boleh letak bertindan kerana ia tidak melekat

BAHAN SOS POPIA:
12@14 cili kering – buang biji, rebus dan toskan. Kemudian kisar halus dengan 1 cawan air 1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 sudu makan gula perang
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis Minyak untuk menumis

CARA-CARA BUAT SOS:

Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk.
Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis.
Masak hingga pekat menggunakn api perlahan.
Tambah garam secukupnya.

 BAHAN-BAHAN INTI POPIAH:

Sengkuang  jika suka- hiris nipis @ memanjang Tauge- bersihkan
1/2 biji kubis – racik halus
1 batang lobak merah – hiris memanjng Segenggam udang – buang kepala & ekor.
Potong kecil 1/2 biji bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus Udang kering – tumbuk halus Garam dan minyak untuk menumis

CARA-CARA SEDIAKAN INTI:

Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. Masukkn kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. (masak sekejap sahaja bahan inti ini)

Wednesday, July 10, 2019

Menu Nasi Ayam Hainan



Menu Nasi Ayam Hainan

Nasi Ayam (10 Orang Makan)
4 Cawan Beras Wangi/Biasa
4 Cawan air 4/5 Paha Ayam
1 bawang besar holland (Potong 4)
2 kiub ayam maggi
3 inci halia (Potong halus)
2 sudu sos tiram 1 tangkai daun bawang

1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.
2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..

3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.

============== Taugeh/ Sayur 4 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak
1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
3. Masukkan sayur Hehe selamat mencubaaa..


Resepi ni tak perlu garam atau gula