Products available

Tuesday, August 30, 2022

mee basah


RESEPI MEE GORENG BASAH
Bahan-bahan
1. Mee stgh kilo
2. Cili blend 1 senduk(kena byk.. So cari yg tk pedas la)
*cili blend biasa dh siap blend dgn bwng putih dan merah
3. Sawi
4. Sotong/udang/ayam/daging ikut selera masing2
5. Sos tiram 2 sudu besar
6. Sos cili 1 sudu besar
7. Kicap manis
(bahan2 ni sy guna.. Kalau nak tambah tauhu2 blh je)
Cara2
1. Mula2 tumis cili blend sampai garing.. Mcm buat sambal tumis. Cili kena byk bru kuah pekat cantik
2. Masukkan ayam/daging. Tggu sampai ayam masak..tuang kicap, sos tiram dan sos cili.. Tumis lg sampai pekat.
3. Masukkan sedikit perasa kemudian masukkan mee..gaul rata...masukkan 1 cawan air panas. Baru masukkan sotong dan udang sebab tk nak overcooked..masukkan sawi...
4. Tunggu sampai udang dan sotong masak.
Siap!
Kredit: Nur Aisya

Friday, August 19, 2022

RESIPI ROTI BUN MANIS HOMEMADE


BAHAN A ( Campur semua dan tunggu kembang. Lebih kurang 10 minit):

  • 200ml air suam
  • 1 paket yis (11gm)
  • 4 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat

BAHAN B:

  • 3 1/2 cawan tepung roti
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver (abaikan jika tiada)
  • 2 sudu makan mentega/marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK

1. Masukkan semua bahan B ke dalam bread maker. Bila bahan A kembang, masukkan juga ke dalam bahan B tadi.
2. Set fungsi ‘dough’ pada bread maker. Biarkan bread maker melakukan kerja menguli dan menikkan doh. ( anggaran 1 jam 30 minit).
3. Keluarkan adunan dari bread maker. Tumbuk dan uli manja 1-2 minit untuk mengeluarkan angin.
4. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan. Jika mahu letak inti pada roti, boleh juga dimasukkan.
5. Susun roti yang siap dibulatkan atas baking tray yang sudah disapu mentega. ( empunya resipi guna baking tray saiz 12×10. Untuk size tray tu, dapat 20 biji.)
6. Seterusnya biarkan doh anggaran 20-30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda. Sebelum roti dibakar, taburkan gula pasir atas roti.
7. Bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah selama 10 minit.
8. Kemudian bakar pada suhu 150-160C guna api atas bawah selama 10 minit lagi.
9. Bila roti sudah masak, keluarkan dan sapu mentega di permukaan roti. Siap dan sedia untuk dinikmati.

rempah kari giling

Rempah Kari Ikan Homemade

Bahan-Bahan:

  • 10-12 biji cili kering
  • 3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • 10-15 biji lada hitam
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis

CARA PENYEDIAAN:

  1. Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
  2. Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
  3. Sedia untuk dibuat kari.

Saturday, August 13, 2022

ayam goreng ala kfc


RESEPI AYAM GORENG ALA KFC

BAHAN UTAMA
1 ekor ayam 

BAHAN TELUR
3 biji telur
sedikit lada sulah
* campur semua

BAHAN PERAP
1/2 cawan tepung bistari
1 sk lada sulah
air
* campur semuanya, bancuhan biarkan sedikit cair

CAMPURAN TEPUNG
1 cawan tepung bistari spicy
3 sb tepung beras
* gaul rata

1. Celup ayam dalam BAHAN TELUR kemudian rendam dalam BAHAN PERAP dan taburkan sedikit daun kari.

2. Perap selama 30mnt-1 jam dalam chiller.

3. Keluarkan ayam dan golek-golekkan dekat CAMPURAN TEPUNG dan celup semula dalam BAHAN PERAP kemudian golek-golek lagi dekat CAMPURAN TEPUNG.

4. Panaskan minyak. Wajib goreng dalam periuk kalau derhaka tak jadi sebab nak tenggelamkan ayam tadi baru dia garing.

5. Api kena sederhana baru dalam die juicy 😋

6. Goreng dan jangan selalu terbalikkan. Biar dia golden baru terbalikkan.

Selamat mencuba.

Kredit: Azlina Ina

Monday, August 8, 2022

daging bakar danok

Daging korban masih ada, cuba korang try resepi Daging Bakaq Danok🐂😘

🥩DAGING BAKAR DANOK

BAHAN2: (perap daging) 
DAGING (guna bahagian yg lembut) 
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
1 sk gula perang
1 sb madu
1 sk lada hitam kasar
1 sk minyak

Caranya:
-satu kan semua bahan bersama daging & perap selama 1 jam atau lbih
-Slps tu boleh ja bakar atas kuali dgn api sederhana smpai msk atau air fryer suhu 170, 30minit.

Sos pencicah korang boleh sini je :
https://shope.ee5pUzMvJmqm

Bahan2 sos:
Bawang putih (tumbuk)
2 sb sos ikan
1 biji limau nipis
1 sk palm sugar @ gula perang
1 sb serbuk cili (chili flakes) 
1 sb beras SANGAI - ditumbuk halus
1 biji bwg merah - hiris halus
Daun ketumbar - hiris
Air sikit

Caranya
-goreng beras tanpa minyak (SANGAI) jgn smpai hangit..Tumbuk halus
-Campurkan Bahan2 dalam MANGKUK n sebati kan.. Rasa ikut citarasa masing2..

Kredit resepi : Rozaidah Rodzi

Sunday, August 7, 2022

keropok lekor


KEROPOK LEKOR
(ihsan resepi dari Amalia

Bahan-bahan:
1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya.
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

Cara-cara:

1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry!

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang. .

5. Rebus doh yg sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.

Friday, August 5, 2022

pau goreng

Resepi

Bahan² A
-1paket yis kering
-3sudu susu pekat
-1cawan air suam
-2 sudu gula
Campurkan bahan d atas Dan biarkan kembang

Bahan² B
-4cawan tepung gandum
-1sudu planta/marjerin
-1sudu teh baking powder
-1sudu teh garam
Ramaskan bahan B sehingga menjadi macam serbuk roti..

Cara²
-campurkan bahan A(campuran yis yang telah kembang) tadi ke bahan B Dan Gaul sehingga tidak melekat d jari...uli sikit2..
-biarkan aduna selama 30minit,agar adunan Naik..
-selepas 30minit @ nampak kembang(Naik)tumbuk adunan supaya angin keluar,uli adunan sedikit(lagi lama lagi bagus nnt lagi gebu)
-canaikan Dan terapkan adunan mengikut kretiviti yg and mahu😁.. 
-tabur sedikit tepung dalam dulang Dan letak adunan yg d terap td...biarkan dia Naik dlm beberapa minit Dan boleh mula mengoreng😂
-goreng dgn api sederhana.... insya'Allah gebu nnt n sejuk pn masih gebu😂😂😂

Selamat mencuba semua...
Foto & Air tangan : Noor Baini Bakar

Thursday, August 4, 2022

KACANG KUDA TUMIS

RESEPI  KACANG  KUDA TUMIS

BHN-
1/2 kilo kacang kuda di rendam semalaman , bersihkan, rebus.letak sedikit garam,serbuk kunyit rebus hingga empok dan toskan airnya.

 Utk menumis
Bhn-
3 lembar daun kari
5 tangkai Cili kering potong2
4 ulas bawang merah kecil hiris nipis
2 sudu teh biji sawi.
Garam 
3 sudu butter
 
Cara-
Panaskan butter.
Tumis bhn tumisan hingga naik bau
Masukkan secubit garam,masukkan kacang
Kacau hingga sebati..

Siap, tutup api.biar kan sebentar sebelum di letak dlm bekas2  dan disimpan dlm petisejuk.
Bila2 nk makan keluarkan masukkan ke dlm microwave sebentar sebelum menikmatinya.
Kudapan yg sihat dan mengenyangkan.

Kredit Resepi & Foto:Eniza M. Salim

aiskrim ala magnum

Bahan adunan aiskrim:

  • 2 cawan whipping krim (dairy)
  • 1/2cawan susu pekat
  • 1sudu kecil ovellate
  • Sedikit esen vanila

Bahan coklat:

  • 350gm coklat masakanatau dark chocolate

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan adunan aiskrim dan mix atau blender hingga adunan kembang gebu 2 kali ganda.

2. Double boilkan pula coklat masakan atau dark coklat hingga cair.

3. Bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.


4. Agak-agak je tak nipis sangat dan tak tebal sangat.

5. Tuang adunan aiskrim dan bekukan 5-6 jam atau semalaman.

6. Siap untuk dimakan!

Salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim. Nak lagi senang buat pendek-pendek je.

Boleh potong sikit plastik ais tu kalau nak lebih mudah korang buat aiskrim ni. Adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau.

Kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je.

Coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah-tengah tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah.

Selamat mencuba.

roti mamak


EASY AND MOIST HOMEMADE BREAD

INGREDIENTS

➡800g wheat flour
➡540g warm water
➡25g salt
➡7g dry yeast

METHOD

1. Place the flour with dry yeast and salt in a bowl and mix well

2. Add water and mix.

3. Cover the dough and let rise for 1 hour

4. Press the dough slightly flat, and then fold (at least 3 times)

5. Place the dough in a hot Dutch oven, cover and bake in oven at 250°C/480F for 30 minutes.

6. After 30 minutes, remove the lid and continue bake for 20 minutes so that the bread turns brown

7. When the bread is ready, remove the Dutch oven and let the bread cool for at least 1 hour before slicing it.

Wednesday, August 3, 2022

kulit popia

Cara bancuhan kulit popia

Keropok Lekor

Keropok Lekor 😋

20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ambil isi)
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam ajinomoto
1 sudu baking powder

Cara buat #resepiviralmudahdansedap 
Blend isi ikan dgn sedikit air (agak2 bg blh blend)
Gaulkan isi ikan yg telah diblend dgn tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto, baking powder. X perlu tambah air..
Uli sampai jadi doh..lps tu letak sikit minyak bagi doh licin.
Lps tu gentel la jadi panjang Mana yg Kita nak..
Masa nak gentel tu letak sikit minyak Kat pelapik supaya x melekat..
Sambil tu boleh rebuskan air dulu dlm kuali besar..
Lps air mendidih masukkan kerepok yg dah digentel tadi..masak smp kopok tu terapung naik tu maknanya dah masak elok..toskan dan sejukkan sebelum dipotong..

Resepi sos pencicah

3 sudu cili kering yg dikisar
1cawan air
1sudu besar cuka
2 sudu gula
Garam , ajinomoto
Seketul gula merah
Sikit air asam jawa
1 sudu tepung jagung

Caranya
Campurkan semua dlm periuk kecuali tepung jagung..kacau sampai mendidih..baru masukkan bancuhan tepung jagung kacau smp likat..tutup api

Sumber : Ayu Hidayu