Products available

Friday, December 23, 2016

Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni..

Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni..

500gm Kacang tanah
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb - Sudu Besar
*sk - Sudu Kecil

==================
Anda diserang penyakit Asma/Semput/Lelah ??? Ingin mencari penawar yang sangat mujarab?Boleh dapatkan disini -> Penawar Asma,Batuk,Semput Dan Lelah Mujarab

Sila like sekarang untuk mendapatkan lagi info lanjut dan testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan kemujaraban penawar tradisional ini
===================

Cara-caranya :
● Bersihkn kacang tanah...(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat
● Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
● Gaul smpai sebati
● Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
● Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
● Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.

Kredit *Siit Azura

Sunday, December 11, 2016

Piza home made

Lama dh tak share dlm group ni,pizza homemade  utk minum ptg tdk. Buat sndiri puas hati nak letak cheese banyak mana pn. 

Resepi
Bahan2 roti
3 cwn tepung
1 sudu mauripan/yis
2 sudu butter/mentega
1 sudu gula
garam, agak2 je letak
2 sudu minyak jagung

Bahan toping
1) sos kimball/ prego or apa brand pn ok ( toping terpulang nak letak apa pn boleh,  tp utk sya,  lebih suka tetak toping tak lebih dari 3 bahan.  Tak termasuk vegetable lah)
2) Ayam cincang ramli
3) Crab finger
4) bawang hollan (cincang)
5) capsicum.

Cara2
1) mauripan--> masukkan dlm bekas/ cawan je senang. dan rendan dgn setengah cawan air suam
2) sementaraTepung + butter + gula + garam -->  Gaul sebati
2) then masukkan mauripan/yis yg direndam tdk +minyak --> uli smpai dah x melekat ditangan
*kalau still melekat tambah tepung ckt, kalau agak keras masukkan air ckt.
*bila doh dah x melekat boleh bahagikan doh kepada dua bahagian.  Cucuk2 ckt simpan dlm bekas n tutup dgn kain (simpan lebih kurang 20-30 min)  bila dh naik tepung tu bleh la uli leper and buat la pizza korang

Cara2 menoping
1) letak sos  dan ratakan,  then letak lah bahan2 terpilih anda (mcm sya letak ayam cincang dgn finger crap so saya goreng dlu atas kuali smpai masak) then letaklah capsicum dgn bawang hollan.  Last tabur cheese mazorela sesuka hati
*bakar dgn suhu 170 selama 20-30 minit  Depend oven anda ye. 

Note: Kalau sya bakar dlu roti kosong 10-15 min depend oven. Pas tu baru letak bahan2 toping smua. And bakar skali lg utk 15-20 min,  Sbb nt tepung bhagian tengah kurang msak.  Kalau Oven sy lah..������
# resepi ni utk 2 keping pizza size medium mcm dkt piza hut��  tu. So nak buat banyak keping tambah lah bahanya ye

Sunday, November 6, 2016

RESEPI AYAM GORENG ALA MAMAK

Resepi Sedap added 8 new photos to the album: RESEPI AYAM GORENG ALA MAMAK.
RESEPI AYAM GORENG ALA MAMAK
Saya rajin hari ni. Jumpa resepi dari google, tapi edit sikit ikut bahan2 yang ada di dapur...bah, sila cuba sendiri baru puas hati...x payah la p kfc hari ni...😁
Bahan A (untuk perap):
3 Ayam potong (pakai drumstick & thigh sedap 👍🏽)
4 ulas bawang putih (tumbuk hancur)
1 sudu besar serbuk cili (sy skip sebab tiada)
1 sudu serbuk kari ayam
1 sudu teh garam (agak2 jak ni)
secubit soda bikarbonat (ini sy skip jugak)
secubit perasa (sy pakai sebuk pati ayam knorr)
2 tangkai daun kari (ini sy tambah sendiri supaya wangi macam di kedai mamak)
Sedikit air supaya bahan2 rempah sebati & senang digaul dengan ayam (sikiiiit jak asal basah).
Bahan B (untuk goreng):
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1 sudu serbuk cili (ini skip, tiada di dapur 😅)
1 biji telur
Cara2 masak step by step sila refer gambar k...supaya kamu semangat...👌🏽
Selamat mencuba..
Silakan share
Sumber resepi : LV Gemino
==================
Anda menderita penyakit psoriasis,ruam bayi & semua jenis penyakit kulit ? ??? Ingin mencari penawar yang sangat mujarab?Boleh dapatkan disini >> Penawar Ruam Bayi & Kanak-Kanak No.1
Sila like sekarang untuk mendapatkan lagi info lanjut dan testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan kemujaraban penawar tradisional ini
===================
Nak lagi resepi? like je Resepi Sedap

Saturday, October 15, 2016

RESEPI KUAH YONG TAU FU

RESEPI KUAH YONG TAU FU

KUAH HITAM
2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air

Masukan semua dalam blender..
blender bagi taucu halus...
pas tu masak bagi mendidih sekejap..

KUAH MERAH
1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam

Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..
3 sd mkn cili blend

Panaskan sikit myak...
tumis 2 bj bwang putih ketuk..
letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering..
masukan semua bhn dlm blender tdi.. masak sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..

Dh boleh mkn ngan apa2 bebola.. hot dog.. sayur..sotong kangkung.. dll..

Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya..tabur bijan sangai ngan bwang goreng..

Selamat mencuba

==================
Anda diserang penyakit Asma/Semput/Lelah ??? Ingin mencari penawar yang sangat mujarab?Boleh dapatkan disini -> Penawar Asma,Batuk,Semput Dan Lelah Mujarab

Sila like sekarang untuk mendapatkan lagi info lanjut dan testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan kemujaraban penawar tradisional ini
===================
Nak lagi resepi? like je Resepi Sedap

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)

Saturday, October 1, 2016

Wednesday, September 28, 2016

Pest Tomyam

Bahan-bahannya ialah
1. 2 biji bawang besar
2. 4 batang serai (saya letak lebih sebab serai saya kurus kering... hehe)
3. 2 biji cili hidup merah
4. 5 hiris lengkuas
5. 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
6. 4 sudu makan udang kering
7. 10 ekor ikan bilis (ini optional. Saya letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
8. 4 inci belacan bakar
9. 3 sudu cili kering yg dah siap kisar
10. Air asam jawa, gula perang, garam asli

Sunday, August 28, 2016

RESEPI AYAM PERAP BBQ

✦ RESEPI AYAM PERAP BBQ ✦

Bahan-Bahan:
✔ 1 labu bawang besar
✔ 10 ulas bawang merah
✔ 5 ulas bawang putih
✔ 1 inci halia
✔ ½ inci lengkuas
✔ 2 batang serai
✔ 1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)

✔ 3 sudu besar madu
✔ 1 sudu besar serbuk cili
✔ 3 sudu besar mentega/margerin or minyak
✔ 1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
✔ 2 sudu teh serbuk kunyit
✔ 1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
✔ garam secukup rasa

Cara Caranya :
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

Tambahan:
1. Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
2. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
3. Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
4. BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
5. Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
6. Pada hari yg nak masak nnt, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.

Selamat Mencuba !!

Wednesday, August 24, 2016

Sos Thai

Sos Thai sedap dicicah dengan hampir apa sahaja. Ni nak bagi resepi, tetapi lain sikit dari resepi Sos Thai biasa, sebab ada gunakan nenas. Sedap baq ang!

Resepi Sos Thai Tropika

Bahan:
- 1 cawan nenas (dipotong kiub)
- 2 cili merah
- 2 cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
- 4 ulas bawang putih
- 3/4 cawan air (kalau nak lagi sedap ganti dengan jus nenas)
- 2 sudu besar cuka
- jus 1 biji limau nipis
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu besar garam
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar air

Cara:
- Blendkan nenas, cili, bawang putih dan air (atau jus nenas)
- Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
- Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
- Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sila SHARE resepi mudah ini supaya lebih ramai dapat mencuba.

Wednesday, August 17, 2016

Ayam Panggang Blackpepper Bahan

Ayam Panggang Blackpepper
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.

Masukkan ke dalam oven bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Saya bakar lama dalam 1 jam.

Monday, August 15, 2016

AYAM GORENG JAWA

AYAM GORENG JAWA
.
1 ekor ayam ~ di potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 1/2 cawan santan pekat
2 keping asak keping
sedikit gula kabung atau gula melaka atau gula merah
garam secukup rasa
.
Bahan Kisar
1 inc halia
1 inc lengkuas
2 inc kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu makan ketubar
2 biji buah keras
7 ulas bawang kecil
.
Masukkan ayam ke dalam periuk atau kuali besar
Masukkan rempah atau bahan yang telah di kisar halus
Masukkan santan pekat
Masukkan asam keping
Masukkan garam
Gaul rata
Panaskan atas dapur hingga kuahnya pekat
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa
.

APAM BALIK

APAM BALIK

Resepi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.
Inti
Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice
Caranya
Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.
Apam balik yang dh siap sapu mentega

Thursday, August 11, 2016

Wednesday, August 10, 2016

Cara Buat Mi Rebus Johor

Cara Buat Mi Rebus Johor
( Resepi Mi Rebus Hj Wahid )

Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata,
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Koleksi pantun majlis

http://www.pendidik2u.my/2015/09/koleksi-pantun-pengacara-majlis.html
PANTUN MAJLIS

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Koleksi Pantun

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu si gadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

PANTUN UCAPAN

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Bunga selasih di dalam taman
Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan

Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,  
YDP PIBG hormat dipersila, 

PANTUN PERSEMBAHAN

Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia

Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN ANUGERAH

Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah  di dalam jiwa

Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Credit To Yang Comel ; Cikgu Nurul

Wednesday, July 20, 2016

AYAM GORENG MAMAK

AYAM GORENG MAMAK

Bahan2:
1 ekor ayam
6 sudu mkn tepung jagung
6 sudu mkn tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan kisar:
6 ulas bwg putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu mkn rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu mkn serbuk lada sulah

Cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak

Sunday, July 3, 2016

Langkah demi langkah: NUGET AYAM

Langkah demi langkah: NUGET AYAM

Bahan-bahan:
200 gm daging ayam kisar
2 butir telur - ambil putih sahaja
1 sudu kecil serbuk kari
100 gm serbuk roti
½ labu bawang besar - cencang
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk perasa ayam - jika suka
Sedikit minyak masak

Cara-cara menyediakannya:
1. Satukan daging ayam kisar dengan putih telur.
2. Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk perasa ayam dan lada sulah.
3. Akhir sekali campurkan dengan serbuk roti dan gaul hingga sebati.
4. Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan dibentuk mengikut kesukaan anda.
5. Apabila hendak dinikmati, goreng nuget sehingga kekuningan.

Nota: sebaiknya nuget disimpan dalam peti sejuk beku sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dimasak agar ia mengeras dan terbentuk dengan elok.

#majalahkeluarga #magisdetikbahagia

Friday, June 24, 2016

Cara mudah bersihkan dinding rumah dari pensil colour bebudak

Cara mudah nak bersihkan dinding rumah yang penuh 'seni' lukisan anak2..hehehe

-Sesudu soda bikarbonat campur sedikit air paip - ambil span basuh pinggan, sental je dinding yang comot tu.. lepas tu ambil kain kering untuk lap..tengoklah hasilnya. nanti..

Kredit: صالحة رافعي  Via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Saturday, May 21, 2016

Ayam masak lenggang

TUTORIAL RESEPI
.
➜ Step by Step
➜ Keterangan Pada Gambar
➜ Mudah
➜ Ringkas
➜ Mesti Sedap
➜ Kena CUBA
➜ Masak untuk SUAMI
.
► Komen NAK BUAT
► SHARE Kalau Suka

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1727599514191626&id=100008247826401

Friday, May 20, 2016

Ikuti TUTORIAL step by step BURGER MALAYSIA cara saya

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1716632255268096&id=100007640132866

Assalamualaikum & hai kwn2 MAHN. Berikut adalah TUTORIAL MUDAH berserta RESEPI LENGKAP bagi menghasilkan BURGER MINI MALAYSIA yg GEBU, LEMBUT dan CEPAT. Kuih yg mendapat tempat di hati segenap lapisan rakyat Malaysia bersesuaian dgn namanya. Ikuti TUTORIAL step by step BURGER MALAYSIA cara saya. Semestinya cara yg simple. Jom!

Cara bersih ketuhar

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1697667483829781&id=100007596364916

Wednesday, May 18, 2016

Lelaki kaya kongsi murah rezeki dengan membaca surah alwaqiah

http://www.ohmymedia.tv/trending/trend/lelaki-ini-kongsi-rahsia-murah-rezeki-beliau-dengan-baca-surah-al-waqiah-setiap-hari-8215/

Biskut ini biskut paling power abad ini

Saban tahun kawan-kawan tanya resepi maut biskut butter dari abang. Padahal resepi ini memang dah lama abang bubuh kat blog kuahkari.com, kau je malas nak membaca.

Biskut ini biskut paling power abad ini. Bolehlah dapat order dalam 400-500 balang setahun masa nak raya. Tahun ini abang buat sistem no sms no whatsapp. Siapa nak order kena isi borang online. Barulah sistematik.

Senang sangat nak masak biskut ini. Pejam mata pun boleh siap. Eh lupa, dengan izin Allah (tangan nashid).

Tu karang adalah tanya kenapa abang kongsi resepi berniaga ni? Tak takut orang lain tiru ke? Haha kongsi jelah. Abang pun dah ada market sendiri. Bermodalkan kekacakan abang ini, biskut ini alhamdulillah mendapat tempat di hati follower. Cewah. Kau pun, rajin- rajin berkongsi. Biar kaya sama-sama. Tuhan suka. Toksah nak kemut beriya, Tuhan kedekut dengan kau baru kau tahu.

Ha moh kita ke dapur.

Biskut Butter Abuain (yang kacak).

Bahan-bahannya ialah:

1 cawan Butter - abang guna jenama Buttercup
1 cawan gula halus.
2 biji telur Gred A
2 cawan setengah tepung gandum - abang guna jenama The Bakers
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat.
1 sudu kecil esen vanilla.

**guna cawan measurement cup tahu. Bukan cawan minum kat dapur kau. Ada jual cup (cawan) tu kat kedai barangan bakeri.

Sebelum mula, panaskan oven dengan suhu 200 selama 15 minit.

Cara-cara kau tengok gambar. Siap sedia nak klik butang share. Kau tulis mohon share abang stalat dahi kau.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209783400127603&id=1409650354

Sunday, May 8, 2016

Teknik uji madu asli

Teknik uji madu asli

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1604495153147641&id=100007615146773

Teknik Mengasah Pisau dengan betul

Teknik Mengasah Pisau dengan betul..
Rugi siapa yg x tgk video ni..
Dh lama kita biasakn asah pisau pakai batu pengasah..xtepat cara itu..
Pastikan guna cara yg paling tepat bg memudahkn proses penyembelihan tidak lama lagi..

Kursus Penyembelihan
Master Butcher Mustaffa Othman
Chef & Pengasas Me'Nate Stick Hub
-Pernah Berkhidmt di Istana Buckingham,London

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1605356769728146&id=100007615146773

Ayuh share video ini
#WeiiRugiBosXTgk
#TagKawan2YangLain
#SelamatHariRaya

Buat tempat BBQ sendiri kat belakang rumah

Buat tempat BBQ sendiri kat belakang rumah

Saturday, May 7, 2016

Bahulu mudah

Berbahulu la kita hari ni....

Bahan2:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
Cara2:
1. Pkul gula dan telur sehingga kembang.. 2x ganda
2. Ayak tepung masuk kn sedikit demi sedikit.
3. Masuk ketuhar 10-15minit 180°c

Selamat mencuba uols...

Friday, May 6, 2016

Resepi taufu-fa ringkas sedap

1  -  2 kotak soya , 1 mug air , sebungkus agar agar tali yg 10 gram atau 12 gram
2  -  masak agar2 bersama secawan air
3  -  bila agar2 dah cair, masukkan 2 kotak soya tadi, tapis, masukan dlm mana mana bekas dan acuan
4  -  masak gula melaka dengan sedikit air dan tapis
5  -  campurkan taufu-fa bersama air gula melaka

Friday, April 22, 2016

RESEPI KEK COKLAT GUNA RICE COOKER

RESEPI KEK COKLAT GUNA RICE COOKER

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara Membuat:
1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.
2. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.
3. Campurkan kedua-dua adunan (adunan 1 dan 2) kering dan basah, kacau sehingga lembut.
4. Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit.
5. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
6. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.
7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula ising ke atas kek atau curahkan dengan coklat ganache.

Resepi Toping Coklat Ganache
Bahan-bahan:
1/2 cwn serbuk koko
1/2cwn susu pekat manis
1 sb minyak
Cara Buat:
1. Masuk serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati
.2. Panaskan atas api yang kecil. Masuk minyak. Gaul sekejap dan matikan api.
3. Curahkan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.

selamat mencuba..

KREDIT : Resepi Buat Roti

mari lawat & like page kami...

Thursday, April 21, 2016

KENTANG GORENG BUATAN SENDIRI

KENTANG GORENG BUATAN SENDIRI

Step :
1. Potong kentang,
2. rendam air garam 15 minit,
3. rebus + 4 ulas bawang putih 5 minit , 4.toskan, rendam air sejuk 10 minit,
5. toskan, gaul dgn tepung baru goreng
6.Siap untuk di Makan
(Foto pemilik resepi ada di ruangan foto no 6)

Pemilik Resepi
Takdir Irwani
#Infomaya

Sunday, April 17, 2016

KERAPU GORENG NYONYA

KERAPU GORENG NYONYA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu - dibelah tepi
1 biji telur – diambil bahagian kuning telur sahaja.
5 sudu besar tepung jagung.

Bahan- bahan sos
10 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 sudu sos cili
1 sudu sos cili thai
3 kuntum bunga kantan
2 batang serai – diketuk
1 inci kunyit hidup
1 ulas lengkuas
2 biji bawang merah
10 ulas bawang putih

Bahan-bahan sayur
1 biji terung panjang – dipotong jalur
1 biji cili merah – dipotong besar

Cara membuat:
1. Ikan dilumur dengan sedikit garam, kuning telur dan jagung. Kemudian, digoreng sehingga garing.
2. Kisar semua bahan-bahan sos dan tumiskan dengan minyak. Lalu, masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
3. Sementara itu, sayur digoreng dalam minyak yang sedikit.
4. Letakkan ikan ke dalam kuah sos dan sayur di atas ikan.
5. Sedia untuk dihidang

Selamat Mencuba

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

Pancake+honey+butter

Pancake+honey+butter

Bahan2
2 cwn tpg naik sendiri
2 cwn susu segar(suam)
2 biji telur
4 sudu butter/minyak jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cream of tartar
4 sudu besar gula
Secubit garam

Cara2nya
1-Campurkan tpg naik sendiri bersama baking powder,cream of tartar dan garam
2-Masukan susu,gula n telur dan gaul sebati(pakai whisk je)masukan bersama butter/minyak jagung td..gaul sebati
3-Pastikan adunan tpg tidak bergentel2(tapis)biarkan 10 minit
4-Panaskan kuali non stick,sapu sedikit butter dan tuang 1 senduk
5-Bila sudah mula bersarang, terbalikkan dan keperangan blh la diangkat
6- Siap!!mkn bersama honey/butter/nutella, jem dll..

Selamat Mencuba!

Laksa beras homemade...insyaallah bersih..tak putus..dan warna pun putih serta sangat menjimatkan wang

Laksa beras homemade...insyaallah bersih..tak putus..dan warna pun putih serta sangat menjimatkan wang memandangkan skrg semua barang dah naik rege...jom buat sendiri...2 cawan tepung beras boleh dpt 1kg laksa....

Laksa beras homemade
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
Garam
1 1/2 cawan air panas mendidih

●sediakan periuk yang berisi air tuk merebus laksa sehingga mendidih
●Sediakan bekas/mangkuk besar..
●Isikan tepung2 dan garam dlm bekas
●curahkan air panas mendidih sedikit demi sedikit dgn guna senduk # amaran jgn guna tangan ye nanti melompat2 kepanasan dah suam2 sikit baru uli ngan tangan
●uli sehingga semuanya sebati...
● masukkan dlm acuan maruku dan tekan dlm periuk air mendidih tadi...masa ni jangan kacau ye laksa dlm periuk tu kang putus plak..biarkan sebentar baru kacau perlahan2 ..dlm 3 / 4 minit angkat ...siap tuk dihidangkan ngan kuah

> segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit atau alirkan airpada laksa utk buang kanjinya.Kemudian toskan ...Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..Selamat mencuba

Sunday, April 10, 2016

AYAM MASAK WANGI

AYAM MASAK WANGI

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong2
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
2 biji tomato, dibelah 4

Bahan-bahan untuk diblend:
2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan utk Sos:
3 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu besar Pes Tomyam

2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan air limau nipis
Daun sup dihiris

Cara-Cara:
1. Goreng ayam sehingga 3/4 masak, toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bahan blend sampai wangi
3. Masukkan bahan sos dan kacau rata
4. Masuk ayam, serai dan daun limau purut
5. Masak dengan api perlahan, kemudian masukkan capsicum
6. Masakkan sebentar ayam, bila sudah masak, hidang dan hiaskan dgn daun sup…!

cc: resepisedap

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti

Resepi Ayam Popcorn Rangup

Resepi Ayam Popcorn Rangup.

Bahan-bahan:
500 gram dada ayam (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 sudu kecil garam
1sudu kecil lada hitam
1 cawan tepung gandum
3 cawan emping jagung (dikisar kasar)
1 sudu kecil papprika
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil mentega
2 biji telur (dipukul)
3 cawan minyak masak

Cara membuat:

1.Masukkan ayam , bawang putih , garam dan serbuk lada hitam kedalam satu mangkuk , kemudian gaul hingga sebati dengan ayam dan perap selama 30 minit.

2.Di dalam mangkuk berlainan , satukan emping jagung , serbuk paprika , sedikit garam dan serbuk lada sulah dan gaul sebati.

3.Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk yang berisi tepung hingga sebati.

4.Kemudian celupkan kedalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung.

5.Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya (birkan mentega cair).

6.Apabila minyak sudah panas , goreng ayam sehingga bertukar ke warna keemasan.

7.Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

P/S:Resepi Ayam Popcorn Rangup sesuai dimakan bersama sos cili dan mayonis atau sos mustard.

Monday, March 21, 2016

RESEPI ROTI NAN CHEESE

RESEPI ROTI NAN CHESE

Bahan-bahan yang diperlukan..

-1kilo tepung gndum

- ½ cawan plnta

- ½ cawan gula

- 2½ cawan air

- 1 sdb mauripan

- Cheese keping

Cara-cara:-
1. Masukn gula dalm air kacau..

2. Masukn tepung, planta, mauripan dalam bekas gaul sampai sebati... pastu tuang air + gula ke dalam tepung sikit2 dan uli sampai tepung x melekat tapi jangan keras bncuhan.... tutup dengan kain basah dan perap dalam ½ jam.

3. Bila bncuhan dah naik tumbuk-tumbuk kan tepung tu.. pastu uli bulat2 besar dan masukn chese ke dalam tepung dan canaikan leper.... biar dalam 15 minit pastu masak dalam kuali pan dengan api perlahan... tutup kuali dengan penutup dan bila dah nampak masak sapukn dengan majerin... tu membuat roti jadi sedap bau nye... potong dan boleh makan cicah dengan kari dal atau terpulang nak cicah ape aje ....

KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^

Sumber : FB Kamariah Maria

Jum Like : Aneka Resepi Masakan

Koci Pulut Hitam

Koci Pulut Hitam

Bahan
500gm tepung pulut putih
140gm tepung pulut hitam
2ketul kentang rebus dan lenyek
1tbsp garam
500-600ml air

Cara
Satukan kedua tepung dan garam dan juga kentang yang telah direbus dan dilenyek. Uli sedikit sedikit dengan air hingga sebati.
Ambil 30 gm adunan, letakkan inti dan bulatkan
Masukkan kedalam dadih dan kukus.
Dadih
500ml santan pekat
500ml air
70gm tepung beras
1tbsp garam

Cara
Kacau atas api biar pekat.
Inti

A
200gm gula merah
100gm gula putih
250ml air
2helai daun pandan
Masak hingga mendidih dan tapis

B
500gm kelapa putih
2tbsp tepung pulut putih
1tsp garam
Satukan dengan bahan B,
Kacau atas api hingga kering

Thursday, March 17, 2016

RESEPI KENTANG GORENG RANGGUP

Perkongsian Drpd: Annie Roslan

RESEPI KENTANG GORENG RANGGUP

BAHAN:-
3 BIJI KENTANG
2 SUDU MAKAN CUKA
500ML AIR
SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI
SEDIKIT PERENCAH PASTI SEDAP KNORR
MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA2:
1. HIRIS KENTANG NIPIS2 MENGGUNAKAN PISAU BUAH
2. DIDIHKAN AIR BERSAMA CUKA TERLEBIH DAHULU. KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN KENTANG TADI. PERLAHANKAN API. BIAR SELAMA 3 MINIT.
3. ANGKAT DAN CUCI KENTANG TERSEBUT DAN TOSKAN SEBELUM MENGGORENG.
4. PANASKAN MINYAK. GORENG DENGAN API SEDERHANA BESAR. BILA NAMPAK KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN .
5. TABUR SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI DAN PERENCAH PASTI SEDAP KNORR ATAU APA2 PERENCAH YANG ANDA SUKA.

Tuesday, March 15, 2016

Resepi aiskrim paddle pop

Resepi aiskrim paddle pop

Jimattt..modal x sampai rm5 pun dpt buat pelbagai jenis perisa aiskrim  dpt buat berbekas2 plk tu utk 1 adunan

Bahan2;
1 TIN SUSU CAIR F&N
5 SUDU BESAR SUSU PEKAT
1 SUDU BESAR OVALETTE
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
1 BIJI TELUR
PEWARNA

CARA2:
MASUKKAN SEMUA BAHAN2 KE DALAM BEKAS MIXER..PUTAR SELAMA 20MINIT..

Monday, March 14, 2016

resepi-ikan-3-rasa-yang-teramat-sedap

http://resepmasakandapurindonesia.blogspot.my/2016/01/resepi-ikan-3-rasa-yang-teramat-sedap.html

Sunday, March 6, 2016

Resepi Biskut Batang Buruk

Resepi Biskut Batang Buruk

Bahan-bahan:

600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.
5. Potong kecil dan goreng.
6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

Wednesday, March 2, 2016

Bahan-bahan Untuk Membuat Adonan Kulit Martabak

Bahan-bahan Untuk Membuat Adonan Kulit Martabak

1)     tepung terigu 250 gr
2)     garam halus 1/2 sendok the
3)     baking powder 1/2 sendok the
4)     makan ragi instant 1 sendok
5)     susu bubuk 200 gr
6)     telur ayam 2 butir
7)     gula pasir halus 100 grair 500 ml

Bahan Toping

1)     coklat meses secukupnya
2)     mentega secukupnya
3)     susu kental manis secukupnya
4)     keju cheddar perut secukupnya

untuk cara membuatannya bisa dilihat disini http://goo.gl/PzDv3k

Saturday, February 27, 2016

KEK PISANG SENANG SANGAT!

KEK PISANG SENANG SANGAT!!
by : zlaila hashim

1 1/2 cwn tepung
1 sk sodium bikarbonat
1sk baking powder.
1 cwn pisang
1 cwn minyak
1 bijik telor
1 cwn gula halus

CARA - CARA
-blend telor & gula smp kembang.
-masukkan minyak ngan pisang.
-masukkan tepung
-gaul sehingga sebati
-kukus selama 45minit..

Taraaa...
Siapp..

Share supaya xhilang��

Friday, February 26, 2016

NASI MINYAK

NASI MINYAK

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[+]8 cawan beras Basmathi - [basuh & tos]
[+]1 biji bawang besar - [hiris]
[+]3-4 ulas bawang putih - [hiris]
[+]1/2 inci halia - [hiris]
[+]Kayu manis
[+]Buah pelaga
[+]Bunga lawang
[+]Bunga cengkih
[+]1/2 cawan susu cair
[+]Air secukupnya
[+]Pati ayam
[+]2 sudu besar butter
[+]2 sudu besar minyak sapi
[+]Kismis - [opsyenal]
[+]Sedikit pewarna kuning

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

[+]Panaskan minyak sapi dan butter sehingga cair dan tumis rempah penumis serta bawang bawang dan halia sehingga wangi.
[+]Tuangkan kesemuanya ke atas beras yang telah dibasuh dan ditos. Masukkan pati ayam, susu cair dan air secukupnya serta pewarna.
[+]Masak dengan menggunakan tice cooker dan masaklah seperti biasa.

Thursday, February 11, 2016

Cara buat budu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10205746009990114&id=1251877796

Saturday, January 30, 2016

Puding Castard Fruit Cocktail

Simple Tapi Sedap.

Puding Castard Fruit Cocktail
1 cawan tepung castard
5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail )
5 sudu besar gula pasir

Cara2 nya :
Tapis fruit cocktail
Ambil airnya jadikan 5 cawan
Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula
Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat
Tuang dalam acuan yang disukai
Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.

Kuahnya :
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
Campur semua bahan2
Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye )

Jika suka kuahnya lebih bolihlah digandakan
Sedap dimakan bersama fruit cocktail