Products available

Thursday, June 13, 2019

Resepi Bergedil Kentang Mudah Dan Sedap

Resepi Bergedil Kentang Mudah Dan Sedap

Tercari-cari resipi bergedil kentang yang sesuai disajikan dengan hidangan Soto dan Bihun Sup? Resipi perkongsian Puan Nor Ima ni boleh dicuba. Sangat praktikal, mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi. Selamat mencuba!
RESIPI BERGEDIL KENTANG
BAHAN-BAHAN:
  • 1kg ubi kentang – dikupas kulit
  • 3 tangkai daun sup – diracik halus
  • 1 sudu makan lada sulah (lada putih) – ditumbuk halus
  • 2 sudu makan bawang goreng (boleh tambah ikut suka)
  • Isi dada ayam goreng / daging goreng secukupnya – isi ayam @ daging, gaul garam kunyit dan goreng.
  • Garam secukup rasa
  • Telur secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Ubi kentang dipotong dadu dan digoreng hingga empuk. Tumbuk hingga lumat dan biarkan sejuk.
2. Isi dada ayam goreng disiat-siat halus. Jika guna daging goreng, tumbuk terlebih dahulu sebelum disiat.
3. Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan minyak. Gaul hingga sebati.
4. Bila cukup rasa ( lada sulah dan garam), bentukkan ikut saiz yang disukai.
5. Celupkan bergedil ke dalam bancuhan telur yang telah dicampur sedikit garam.
6. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Elakkan campur adunan bergedil guna isi ayam/daging kisar yang mentah kerana ia akan menjadi hancur semasa digoreng kerana tekstur yang basah dan lembik. Malah daging/isi ayam kisar mentah juga mungkin tidak masak