Products available

Friday, January 27, 2023

Resepi Roti Benggali


Resepi Roti Benggali

Bahan-Bahan: (4 orang makan)

Bahan A –

350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam

Bahan B –

120 – 160 ml air suam
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Cara Membuat:

1. Semua Bahan A digaul sebentar. Bahan B digaul bersama.

2. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.

3. Perap hingga naik 2 kali ganda. Sekitar 30-40 minit.

4. Kemudian tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin, Bahagi kepada 2 bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.

5. Perap lagi hingga naik 2 kali ganda semula. Bakar 180 c selama 20-30 minit.

Enak dimakan bersama kacang pool, sup tulang, atau pun kari ayam. Selamat mencuba.

Tip : Air boleh masukkan sedikit-sedikit dulu takut terlembik adunan.

kredit : empunya resepi
#bestmalaysiafoodviral

MIE TELUR HOMEMADE


MIE TELUR HOMEMADE , TAKARAN SENDOK
By novita._.sari

Bahan:
- 27 sdm peres atau setara 270 gr tepung terigu protein tinggi ,
- 2 butir telur ayam
- 100 sd 150ml air
- 3/4 sdt garam

Cara membuat:
- Masukkan tepung, garam kedalam wadah aduk rata ,
- Masukkan telur & airsedikit" sambil diuleni sampai adonan kalis lalu stop kalo masih ada sisa telur (tidak nempel" ditangan) ,
- Bagi adonan jadi 8 sama rata, pipihkan asal (tujuannya agar mesin penggiling tidak bekerja terlalu berat)
- Masukkan adonan ke mesin no 5 , giling sampai mulus kurang lebih 10kali
- Lalu giling ke mesin no.3 , kurang lebih 2kali
- Terakhir giling di mesin mie
- Taburi tepung terigu agar tidak nempel satu sama lain.

Noted :
- Aku pake tepung cakra, kalo kalian mau ganti merk silakan
- Bisa ga pake mesin tapi gilasnya harus benar" tipis

Wednesday, January 25, 2023

Cakoi Lembut dan Mudah


πŸ₯–Resepi Cakoi Lembut dan MudahπŸ₯–πŸ˜‹

Bahan-bahan cakoi :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.

Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.

Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.

Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.

Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.

Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.

Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

Nota :
Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.

Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.

πŸ’šResepi Kuah Pandan untuk Cakoi (Ala Kaya Cakoi)πŸ’š

Bahan kuah pandan untuk cakoi :-
1 1/2 sb tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)

Cara-caranya:
Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.
Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!

Tuesday, January 24, 2023

Kwetiaw homemade

Kwetiaw homemade 
Inspirasi Resep Masakan
by @Mma_Rasya

Buat yang di daerahnya susah mendapatkannya, bisa coba buat sendiri di rumah moms. Rasanya 11  12 dengan buatan pabrik.

Bahan :
Tepung kanji 100 gr
Tepung beras 70 gr
Terigu 10 gr
Garam 1/4 sdt
Minyak 2 sdm
Air 280 ml

Panaskan kukusan. 
Aduk bhn jadi satu sampai jadi adonan yg encer spt adonan peyek/ kue lapis.

Kukus tipis2 (tuang pake sendok sayur ke loyang atau nampan plastik)
Kira2 tipisnya setipis kerupuk mentah

Kukus selama 4 mnt atau sampai transparan. 

Rendam bagian bawah loyang pada baskom berisi air dingin, (saya dua menitan juga sudah dingin) lalu lepaskan dan gulung.

Iris2 kwetiaw, dan siap diolah sesuai selera.

(π—œπ—žπ—¨π—§π—œ/π—™π—’π—Ÿπ—Ÿπ—’π—ͺ DAPET RESEP GRATIS)
Update resep setiap hariπŸ₯°

Saturday, January 21, 2023

NASI TURKI KAMBING


NASI TURKI KAMBING

BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
2 cawan air rebusan daging kambing
2 cawan susu cair
300gm daging kambing | potong dadu sederhana & rebus empuk
2 biji ubi kentang belah empat
2 biji tomato | potong bulat1 batang lobak merah |potong bulat
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Kismis & bawang goreng | untuk hiasan
2 – 3 biji telur rebus | pilihan

BAHAN-BAHAN B (KISAR):

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 sudu teh jintan putih

BAHAN-BAHAN C:

1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.

Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak. Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.

Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng. Angkat dan sedia dinikmati

Info chef:
Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.

roti simple

Cara buat roti simple


Mee Kari Chinese Style

Mee Kari Chinese Style.

Bahan
Segengam cili kering - kisar utk sambal
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor

Hiasan
Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
.
Sambal:-
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan sedikit gula..
.
Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar...kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.

Kemudian masukkan ayam dan
kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair) sya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.

Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula.. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering siap.

Kredit Cik Puan Julieta

turkeys bread


Turkish bread recipe

INGREDIENTS:
 500 g (1 pound) flour
 150 ml (5 fl. oz) warm milk
 150 ml (5 fl. oz) warm water
 1 tsp salt
 2 tbsp dry yeast
 3 tbsp olive oil
 chopped parsley, chili flakes.

Full recipe: https://www.brightercook.com/search?q=Turkish+bread

#easyrecipeschallenge #BOOMchallenge

ROTI MANIS YANG MUDAH

RESIPI ROTI MANIS YANG MUDAH

Bahan A
1 paket yis 
1 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat 
1 cawan air suam panas
(larutkan bahan di atas dan biar yis berbuih 10 minit)

Bahan B
5 cawan tepung gandum 
3 sudu besar marjerin 
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread softener
1 sudu teh bread improver
1 biji telur

Cara2
1. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B.
2. Uli semua bahan hingga sebati dan tak melekat di tangan. Lagi lama lagi lembut roti nanti (paling sekejap seeloknya 30 minit).
3. Kemudian perap 30 minit hingga doh naik. Setelah doh naik, tumbuk-tumbuk buang angin dan boleh bentukkan.
4. Siap bentukkan, biar sekejap supaya doh kembang sedikit dan boleh bakar suhu 170°C selama 25-30minit (ikut suhu ketuhar masing-masing).
5. Sebelum bakar, boleh renjis sedikit air atau kuning telur di atas permukaan roti.
6. Selepas roti dah masak, terus sapukan marjerin di atas roti supaya roti nampak berkilat cantik.

*Untuk bahagian topping, terpulang nak letak apa-apa pun boleh. Kalau nak topping manis, boleh campurkan mayonis+susu pekat dan paipkan atas roti dan tabur sedikit gula pasir.
Kreadit:Arm ika

Nak join Pjj MrRoti? Boleh klik link dibawah utk details πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

☎️www.wasap.my/60105345146/pjjkelabroti1malaysia
.
#MrRoti #Alhamdulillah #target2023 #pjjkelabroti1malaysia #kelabroti1malaysia #rezeki #kongsibersama

Friday, January 20, 2023

MEMBUAT KICAP SOYA

MEMBUAT KICAP SOYA

Bahan Untuk Membuat Kicap Soya

1. 1 Kg soya
2. 800 gram garam dilarutkan dengan 4 liter air
3. 3 gram ragi tempe
4. 1 1/2 liter air bersih
5. 6 Kg gula merah
6. 2 helai daun salam
7. 1 helai daun limau
8. 1 batang serai
9. 1 sudu teh halia yang telah dihaluskan
10. 1/4 potong lengkuas yang telah dihaluskan

Cara Membuat Kicap Soya
1. Siapkanlah 1 kg kacang soya untuk membuat kicap dan pilihlah yang kualiti terbaik.

2. Cucilah kacang soya yang telah anda siapkan sampai bersih, selanjutnya rendamlah selama sehari semalam (24 jam). Hal ini bertujuan agar ia menjadi lunak dan kulit arinya mudah terpisah.

3. Selanjutnya rebuslah kacang soya hingga mendidih. Hal ini juga bertujuan agar kulit ari kacang soya mudah terpisah.

4. Lalu bilaslah kacang soya dengan air bersih sambil diramas-ramas dan pastikan semua kulit kacang soya telah terpisah.

5. Selanjutnya toskan di tempat yang berpenampang lebar hingga kacang soya benar-benar lembab. Dan pastikan kacang soya telah benar-benar lembab sempurna agar setiap ragi tempe yang kita taburkan tidak mati. 

6. Berikutnya taburkan ragi tempe ke kacang soya yang sedang ditoskan sambil gigaul  agar ragi tempe tercampur rata ke seluruh kacang soya.

7. Selanjutnya simpanlah kacang soya yang telah di campur ragi tempe ke ruangan yang bersuhu 25-30 darjah Celcius. Lakukan penyimpanan ini selama 3 hingga 5 hari.

8. Setelah kacang soya yang telah kita simpan ditumbuhi kulat tempe, anda perlu menambahkan larutan garam sebanyak 800 gram yang dicampur dengan 4 liter air bersih. Lalu diperam adunan kicap ini selama 3-4 minggu pada suhu bilik.

9. Setelah diperamkan selama 3-4 minggu (maksima 2 bulan), lalu tuangkanlah air bersih. Rebuslah campuran ini hingga mendidih kemudian saringlah dengan kain penyaring.

10. Rebuslah kembali hasil saringan adonan kecap tadi kemudian tambahkan bahan-bahan dari bilangan 5 hingga sepuluh. Kacau perlahan-lahan agar gula merah mencair dan bahan-bahan lain juga tercampur sekata.

11. Untuk penambahan gula merah tergantung dari keperluan kita. Jika anda ingin membuat kecap manis maka anda memerlukan 2 kg gula merah untuk setiap liter sari adunan kicap yang direbus kembali pada langkah bilangan 10. Jadi jika anda merebus 2 liter sari adunan kicap berarti anda memerlukan 4 kg gula merah dan berlaku pengandaanya.

12. Sedangkan jika anda ingin membuat kicap msin maka anda hanya memerlukan 2,5 ons gula merah untuk setiap liter sari adunan kecap yang direbus kembali. Berlaku untuk kelipatannya.

13. Proses perebusan adunan kecap dihentikan  bila adunan kicap sudah mendidih dan tidak beruih lagi. Lalu ditapis menggunakan kain penapis.

14. Kicap pun sudah siap untuk di gunakan dan di jadikan bahan penyedap dalam setiap masakan anda.

KEREPEK LABU


KEREPEK LABUπŸŽƒπŸŽƒ

BAHAN-BAHAN;
🌼Labu
🌼Minyak masak

CARA-CARA;
πŸ„Potong labu ikut ira lekok labu..
πŸ„buang biji
πŸ„kupas kulit agak2 kulit tu jgn tebal, agak2 masih ada kaler hijau kat labu tu.
πŸ„Guna penyagat dan sagat nipis2..
πŸ„Siap sagat, basuh n tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh gitu je.
πŸ„Lapik tisu dapur kat atas talam. Pastu letak labu yg di tos tadi tu dlm talam n jemur. Jemur agak2 kering. Setengah jam ke sejam gitu. Bergantung cuacaπŸ˜…... Sebab jemur nak bagi kerepek ni rangupπŸ˜‹
πŸ„siap jemur, goreng dgn api yg sederhana.
πŸ„agak kekuningan boleh angkat n sejukkan.
πŸ„Dah sejuk boh dlm balang... Siap❤️
πŸ„SELAMAT MENCUBAπŸ€—

Maaf ye kalau agak tonggang langgang ayat saya bg resepi ni😁

Credit :Nomie Harun

Wednesday, January 18, 2023

AYAM BAKAR MADU


Boleh cuba resepi ayam bakar madu ini untuk menu sahur esok. Mesti membuka selera lah. Jom tengok resepinya

Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam (dibersihkan)
- 1 inci halia (ditumbuk halus)
- 2cm kunyit (ditumbuk halus)
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan kicap manis
- garam secukup rasa
- sedikit marjerin

Cara-caranya:
1. Kelar isi ayam dan lumurkan kesemua bahan diatas (kecuali marjerin). Biarkan selama sejam
2. Panaskan kuali pemanggang dan lenserkan sedikit marjerin
3. Bakar ayam dengan api sederhana sehingga masak
4. Angkat dan lumurkan dengan sedikit madu
5. Sedia untuk dihidangkan

#resepi #ayambakarmadu #menusahur

Tuesday, January 17, 2023

Resepi Crabstick Cendawan Suhun

Sup ni kalau sapa pi kedai makanan cina muslim msti prh tgk, xya makan nasi pon xpaπŸ˜›

Resepi
*Crabstick
*Cendawan
*Suhun (sedikit

@kicap lemak (2sudu
@kicap pekat (stgah sudu
@black paper (stgah sudu
@minyak bijian (stgah sudu
@cuka (stgah sudu

•tepung jagung

-telur sebiji

1.panaskan air & letak bahan yang bertanda *
2.lepas 5minit letak bahan yg bertanda @
3. Kacau rata and bagi cukup rasa ikot rasa kita.
4.letak tepung jagung yang sebelom ni dah kacau dgn air sampai sup tu rasa pekat, tpi jgan pekat sgt yeeee
5. Last tutup api dan letak telur sebiji and kacau cpt2 (kne tutup api baru letak tau & kacau cpt2, baru nampak cantikπŸ˜›

Selamat mencuba.

Sumber : Melon Tay II

#resepimudah
#resepisimple
#koleskiresepi
#resepiharian

Keropok Lekor

Keropok Lekor πŸ˜‹

20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ambil isi)
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam ajinomoto
1 sudu baking powder

Cara buat
Blend isi ikan dgn sedikit air (agak2 bg blh blend)
Gaulkan isi ikan yg telah diblend dgn tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto, baking powder. X perlu tambah air..
Uli sampai jadi doh..lps tu letak sikit minyak bagi doh licin.
Lps tu gentel la jadi panjang Mana yg Kita nak..
Masa nak gentel tu letak sikit minyak Kat pelapik supaya x melekat..
Sambil tu boleh rebuskan air dulu dlm kuali besar..
Lps air mendidih masukkan kerepok yg dah digentel tadi..masak smp kopok tu terapung naik tu maknanya dah masak elok..toskan dan sejukkan sebelum dipotong..

Resepi sos pencicah

3 sudu cili kering yg dikisar
1cawan air
1sudu besar cuka
2 sudu gula
Garam , ajinomoto
Seketul gula merah
Sikit air asam jawa
1 sudu tepung jagung

Caranya
Campurkan semua dlm periuk kecuali tepung jagung..kacau sampai mendidih..baru masukkan bancuhan tepung jagung kacau smp likat..tutup api

nasi biryani

RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 7-8 org makan)

Bahan-bahan:

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
1 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar marjerin planta ( atau apa2 marjerin pun boleh)
3/4 tin susu cair
1 biji bawang besar, dimayang halus
3 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar ( optional)
Segenggam bawang goreng 
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)
2 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
2 s/b rempah beriani - bancuh dgn sedikit air
Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna - biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5

Cara-cara:
1) Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali...
2) Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dgn daun pandan dan bahan2 kisar  bersama rempah beriani tadi...Tumis hingga wangi...
3) Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang...
4,) Masukkan kismis..Kacau rata...
5) Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair...Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)...Biarkan mendidih...
6) Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering...
7) Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng...
8) Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak...
9) Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2... Seelok2nya gunakan chop stick atau garfu..
10) Boleh laa dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing2.

Credit adnil sam
______________________________________

Sunday, January 15, 2023

REMPEYEK RANGUP

RESEPI REMPEYEK RANGUP

Bahan-bahan:
* 1 kg tepung beras
* 5 cawan air 
* 2 cawan santan pekat
* 1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
* 1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
* Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis**
* 3 sudu besar jintan kasar**
* 3 sudu besar ketumbar biji**

Cara-cara:
1. Kisar kering bahan bertanda **. Nak guna lebih pun boleh.
2. Bancuh semua bahan diatas bersama bahan kisar. Air kena pandai agak, buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit2, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Goreng seketul dua dulu selepas bancuh untuk tengok struktur kuih. Kalau tebal, boleh tambah sikit air. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.
4. Selepas dapat struktur yang sempurna, boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul2 panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
5. Sebelum goreng jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2. Bilis dan kacang kena jemur dulu supaya kekal rangup bila dah digoreng

Nota: Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, kena masukkan sedikit kapur makan. Dan sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaallah sedap.

Kredit : Ct Suryati

#resepi #kerepek #rangup #rempeyek #kacang #bilis

Saturday, January 14, 2023

SUP TULANG SIMPLE

Sesiapa Ada Roti, Kita Nyicah Sama-Sama.

~ SUP TULANG SIMPLE ~

BAHAN :

● 1 peket rempah sup - kecil
● 1/2 kilo tulang kambing/ lembu/Ayam-
dipotong mengikut suka.
( sis guna tulang kambing )
● 10 biji bawang merah lebih kurang - blend
● 1 inci halia - blend
● 5 ulas bawang putih - blend
● 2 batang serai - diketuk
● 1 inci lengkuas - blend
● Garam
● 1 batang lobak merah - potong cara yang
disukai
● 2 biji kentang - potong cara tersendiri
● 1 ketul kiub ayam/lembu
● Air secukupnya
● Air asam jawa - agak ikut selera masing2
● Daun sup dan daun bawang untuk taburan/hiasan juga tomato ceri dan bawang goreng.

CARA :

1. Rebus tulang sehingga empuk.
2. Dikuali yang berlainan tumis bahan yang telah dikisar sehingha naik baunya.
3. Masukkan rempah sup. Tumis sehingga naik bau.
4. Setelah naik bau, masukkan ke dalam periuk rebusan tulang berserta kiub ayam/lembu
5. Masukkan pula ubi kentang dan lobak merah.
6. Masukkan pula garam dan air asam jawa.
7. Reneh sehingga sup menjadi pekat. SIAP!

~ SELAMAT MENCUBA ~

Credit : Angah Izan

laman resepi dan petua

https://akakpesan.com/

Friday, January 13, 2023

Resepi Popia Basah

Resepi Popia Basah Legend. Lengkap Dengan Cara Buat Sosnya Yang Super Sedap

Siapa suka makan popia basah? Jika sebelum ini asyik beli je di pasar malam, lepas ni boleh lah cuba buat sendiri pulak di rumah. Tak susah pun sebenarnya. Boleh ikuti resipi popia basah yang sangat mudah di bawah. Gerenti puas hati.

CARA BUAT KULIT POPIA BASAH

BAHAN-BAHANNYA :

  • 2 Cawan tepung gandum.
  • Sebjii telur ayam.
  • 1 sudu besar cuka makan.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • Air secukupnya.

CARA PENYEDIAANYA :

1. Campur dan bancuh semua bahan diatas supaya menjadi adunan yang agak-agak lembik sedikit dari bancuhan untuk membuat jemput-jemput atau cekodok.

2. Perapkan aduna tadi selama 1 jam kemudian barulah disapu di atas kuali tak melekat atau jenis non stick.

Saya sapu pakai kain. Buat kain tu macam bunjut besar penumbuk dan sapu adunan tepung di atas kuali. Sapu nipis-nipis je. Kuali tu tak perlu disapu minyak.

RESEPI SOS POPIA BASAH

BAHAN-BAHAN :

  • 10 tangkai cili kering direbus dahulu.
  • 4 atau 5 biji bawang putih. Kisarkan ia bersama cili kering tadi.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar cuka makan.
  • 2 sudu kismis atau kurma dan dikisar.
  • 2 sudu gula merah.

CARA MEMASAK :

Tumis semua bahan diatas dan masak sehingga kering.

RESEPI INTI POPIA BASAH

  • Sengkuang yang telah dipotong nipis panjang.
  • Lobak merah dipotong nipis pajang.
  • Taugeh.
  • Udang Kering

CARA MEMASAK : 

Caranya, tumis bawang putih bersama udang kering tadi dan masukkan semua bahan di atas. Perasakan dengan garam dan gula mengikut kesesuaian.

Kemudian apabila semua perkara-perkara di atas telah siap, boleh la mulakan sesi menggulung popia kita. Caranya sapu sos dia dahulu kemudian letakkan inti. Jangan terlalu banyak nanti kulit akan pecah. Isi inti agak-agak je dan boleh tambah kacang tanah goreng yang ditumbuk bagi yang suka.

HASILNYA


Selamat Mencuba!

Nota: Terima Kasih kepada pemilik resipi atas perkongsian ini.





Coleslaw


Resepi Coleslaw

Bahan-bahan:

1 biji kubis potong dadu
1 btg carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (dutch lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sb perahan lemon
1 ½ sb cuka
½ sk garam
⅛ sk serbuk lada hitam

Cara-cara:

1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman

nasi bukhori


SARDIN HOMEMADE


Alhamdulillah❤️
Homemade sardin.
First time buat..puas hati,sedap.
Tulang2 ikan pun lembut.
Saya buat guna resepi niπŸ‘‡

SARDIN HOMEMADE πŸ˜‹

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~xyah letak banyak2
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air ~ikut kepekatan
limau nipis 2 biji utk perap

CARA:
Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan...pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi...dah perap basuh semula n toskan air...ketepikan...

1. Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan
2. Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak
3. Masukkan pati kiub...sos tiram...tomato puree...tomato potong...dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati...rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air...xyah banyak2 sangat...kacau sebati...masuk ikan
4. tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang.....tulang dah agak lembut
5. Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan...ikut arahan pressure cooker masing2 la ye...kaknon guna periuk ajaib tu je...stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat...sedia di hidangkan

Resepi telah di cuba oleh- Eniza M. Salim 
Foto- Eniza M Salim

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

SAMBAL KELANTAN


SAMBAL KELANTAN

Resepi turun temurun arwh nenek di Kelantan

Bahan2:
4 biji Bawang holland (dibakar/ panggang)
1 labu Bawang putih (dibakar/ panggang)
4 biji Tomato (dibakar/ panggang)
6 biji Cili merah
Segenggam Cili api (ikut level pedas masing2)
8 biji Limau kasturi (blender dengan kulit)
1/2 cawan cuka
2 keping kecik / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek)
4 sudu makan gula putih (ikut level manis masing2)
Garam sedikit je

***tak payah tambah air

Cara2:
Blend semua bahan, biar kejap beberapa jam sebelum masuk dalam balang. Kalau simpan dalam fridge memang boleh tahan lama.
Sambal ni makan dengan apa pun sedap. Buat paste jadi kuah dengan ikan/ ayam/ udang pun sedap. Selamat mencuba gais.

Kredit : Ruby Suhana Said

Japanese cake recipe


Japanese cake recipe. 

INGREDIENTS :

 3 Egg

 Milk 40g

 Caster Sugar 40g

 Unsalted butter 30g

 Cream cheese 100g

 Cake flour 30g

Full Recipe: https://www.brightercook.com/search?q=Japanese+cake

#icancookchallenge
#firstpicchallenge

Thursday, January 12, 2023

nasi ayam hainan


Resepi Nasi Ayam Hainan

Ayam Celur / Rebus

Bahan-bahan :
1 ekor ayam belum dipotong - dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya πŸ˜€
Air secukupnya
ketul ais dimasukkan dalam besen dan campur air
Halia - dipotong
Daun bawang - dipotong
bawang besar - dibelah
bawang putih - dibelah
sup bunjut

Cara :
Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika. Angkat dan rendam ayam dalam air ais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je πŸ˜›. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu. Kalau rasa malas dan renyah boleh je terus rebus. Dan kalau suka jenis goreng, ayam tu lepas rebus, lumur kicap manis dan goreng api kuat sehingga kulit rangup sahaja.
Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap
--------------------------
Nasi Ayam

Bahan-bahan :
4 pot beras
6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
3 - 4 sudu besar stok pekat ayam maggi - yang dalam botol
Minyak untuk menumis
Daun pandan - disimpul

Bahan kisar :
4-5 ulas bawang merah
4-5 ulas bawang putih
4 inci halia

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam. Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
-------------------------
Sos Cili
Bahan -bahan :
4 biji cili merah - dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak

Cara :
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.
---------------------------
Sos Halia dan Bawang putih

Bahan-bahan :
Seketul halia
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak

Cara :
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.
----------------------------
Sos Kicap
Bahan-bahan :
Sedikit air rebusan sup
kicap

Cara :
Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan tu. Siap.!
Selamat Mencuba.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih πŸ™‚

Wednesday, January 11, 2023

ayam goreng mamak

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

BAHAN UNTUK DIKISAR :

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

CARA-CARA :

LANGKAH 1 :

Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

LANGKAH 2 :

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak

Selamat mencuba!

Tuesday, January 10, 2023

Durian crepe Gemokkk


Durian crepe Gemokkk

5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung jagung
7 sudu besar tepung ubi kayu
5 sudu besar tepung kastard
10 sudu besar tepung hong kong dekat bakery ade jual 
 sedikit garam
3 sudu besar gula icing
8 biji telur saiz B ( ambil kuning sahaja semua )
2-3 titis pewarna lemon yellow
6cawan susu segar 
esen vanila sedikit

step mudah 

1.Kesemua tepung dan bahan kering di atas di ayak dua kali
2.  Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing,esen dan telur whisk sebati, dan masukkan susu segar dan  pewarna kuning.  kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3.  Panaskan non stick pan saiz kecil kalau xde boleh je pan biasa sapu butter sket api sederhana.  
    Sapu  sikit pan dgn butter ( guna tisu pon boleh)..dah panas pan tu..angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan  sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan 
 kemudian letak atas dapur 2 hngga 3 mnt.jangan lama sbb nanti hangus  kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4.  Ulangi smpai abis

cara melipat 
pilih bahagian yg kasar di dalam
letak cream setompok letak isi durian atau filling durian  kemudian letak cream lg dan lipat ketat kedalam bg nampak effect gemok

fresh cream die 
3 cawan vivo mix kental mesti sejuk 
kalau nak sentiasa kental beli bowl steel bawah die letak ais then masa korg letak inti filling sentiasa kental xcair mudah lipat

simpan storage die di tempat beku hokey
kalau korg suke nak buat perise lain pn boleh,oreo ke coklat ke pandan kaya ke milo pon boleh tukar colour je
kreadit:azlina ina
#MrRoti #Alhamdulillah #target2023 #kongsibersama #pjjkelabroti1malaysia #kelabroti1malaysia #shareresepi #CrepeDurian

Saturday, January 7, 2023

tepung goreng rangup

https://fb.watch/hW9AKGTdHG/

Tepung gajah 1    2 cawan
Tepung jagung 1 bintang  1 cawan
Tepung suji goreng semolina  1/4 cawan 

Guna air sejuk/ air ais kalau boleh 

Sedikit  bijan 

rempah giling

Rempah ikan giling

15 tangkai cili kering 
3 sudu ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 kunyit

Rempah daging
10 tangkai cili kering
5 sudu ketumbar
1 sudu kecil j. Manis
1/2 sudu j. Putih
2 biji buah pelaga
Bunga cengkeh/ b. Lawang
3/4 kunyit
Halia 1/2

Serbuk kurma

Ketumbar 12 sudu
J. Manis 3 sudu kecil
J. Putih 1 sudu kecil
Lada hitam 1/4
Lada putih 1
Buah keras 6
Biji ketumbar 3

Thursday, January 5, 2023

laksam


LAKSAM (sukatan utk 4 org mkn)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak
1. Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul.
2. Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan.
3. Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam2 baru gulung.
**guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.
Bahan kuah :
1 biji kelapa - ambil santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
Gula
Garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
1. Blend bahan yg bertanda *. Masukkan dlm periuk bersama santan.
2. Masukkan bahan2 lain yg di atas, kacau sampai mendidih..jgn tinggal nanti berketul.
3. Kemudian perasakan dgn gula dan garam.
Bahan hiasan (hiris) :
Kacang panjang
Timun
Kobis
Taugeh
Bunga kantan
Sambal cili

Kredit resepi & foto : Nor aida

Tuesday, January 3, 2023

acar buah

Resepi acar buah

Bahan A
1.5 cawan minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B
(rempah tumis, campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar halba sahaja
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu nesar jintan putih biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu besar jintan manis biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1 sudu besar rempah biji
*goreng kering @sangai dn tumbuk

Bahan C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih @ 3/4 kilo gula merah
garam

Bahan D
1/2 kilo buah2 jeruk campur
3 biji limau jeruk
prune tanpa biji
buah kurma sekotak
1 cawan cili padi (lebih byk lbh sedap)
15 ulas bawang merah (belah dua)
15 ulas bawang putih (belah dua)
1 cawan kismis
halia sebesar 1/2 tapak tangan

Bahan E (untuk tabur)
3 sudu besar bijan (sangai)
2 sudu bessr biji sawi (sangai)

Cara2
1)Panaskn minyak
2)Tumiskan bahan A sehingga garing
3)Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C
4)Biarkan sampai mendidih dn sedikit kering (berbuih-buih air gula)
5)Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan e dan digaul sedikit supaya bercampur (Jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6) Bila mendidih terus padamkn api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
*Pastikan tiada air digunakan. air dr buah2an akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertaha 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dengan air

Selamat mencuba pd yg inginkn resepi acar buah sedapppp ini😎

Kredit: RH Niesya