Products available

Saturday, January 21, 2023

ROTI MANIS YANG MUDAH

RESIPI ROTI MANIS YANG MUDAH

Bahan A
1 paket yis 
1 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat 
1 cawan air suam panas
(larutkan bahan di atas dan biar yis berbuih 10 minit)

Bahan B
5 cawan tepung gandum 
3 sudu besar marjerin 
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread softener
1 sudu teh bread improver
1 biji telur

Cara2
1. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B.
2. Uli semua bahan hingga sebati dan tak melekat di tangan. Lagi lama lagi lembut roti nanti (paling sekejap seeloknya 30 minit).
3. Kemudian perap 30 minit hingga doh naik. Setelah doh naik, tumbuk-tumbuk buang angin dan boleh bentukkan.
4. Siap bentukkan, biar sekejap supaya doh kembang sedikit dan boleh bakar suhu 170°C selama 25-30minit (ikut suhu ketuhar masing-masing).
5. Sebelum bakar, boleh renjis sedikit air atau kuning telur di atas permukaan roti.
6. Selepas roti dah masak, terus sapukan marjerin di atas roti supaya roti nampak berkilat cantik.

*Untuk bahagian topping, terpulang nak letak apa-apa pun boleh. Kalau nak topping manis, boleh campurkan mayonis+susu pekat dan paipkan atas roti dan tabur sedikit gula pasir.
Kreadit:Arm ika

Nak join Pjj MrRoti? Boleh klik link dibawah utk details 👇🏻👇🏻

☎️www.wasap.my/60105345146/pjjkelabroti1malaysia
.
#MrRoti #Alhamdulillah #target2023 #pjjkelabroti1malaysia #kelabroti1malaysia #rezeki #kongsibersama

No comments:

Post a Comment