Products available

Tuesday, January 3, 2023

acar buah

Resepi acar buah

Bahan A
1.5 cawan minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B
(rempah tumis, campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar halba sahaja
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu nesar jintan putih biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu besar jintan manis biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1 sudu besar rempah biji
*goreng kering @sangai dn tumbuk

Bahan C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih @ 3/4 kilo gula merah
garam

Bahan D
1/2 kilo buah2 jeruk campur
3 biji limau jeruk
prune tanpa biji
buah kurma sekotak
1 cawan cili padi (lebih byk lbh sedap)
15 ulas bawang merah (belah dua)
15 ulas bawang putih (belah dua)
1 cawan kismis
halia sebesar 1/2 tapak tangan

Bahan E (untuk tabur)
3 sudu besar bijan (sangai)
2 sudu bessr biji sawi (sangai)

Cara2
1)Panaskn minyak
2)Tumiskan bahan A sehingga garing
3)Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C
4)Biarkan sampai mendidih dn sedikit kering (berbuih-buih air gula)
5)Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan e dan digaul sedikit supaya bercampur (Jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6) Bila mendidih terus padamkn api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
*Pastikan tiada air digunakan. air dr buah2an akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertaha 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dengan air

Selamat mencuba pd yg inginkn resepi acar buah sedapppp ini😎

Kredit: RH Niesya

No comments:

Post a Comment