Products available

Tuesday, June 28, 2022

satar

RESEPI SATAR

Bahan2nya-
.
2 kilo ikn selayang (ikan sardin)

Kelapa parut (yg muda) rm2

Lada kering rm 1

Halia 2 inci

Bwng merah 10 ulas yg sederhana besar

Bwng putih 2 ulas

Daun kesum 2 ikat

Lada burung@cili padi ikut suka nak letak ke xnak

Grm,gula,perasa kena agak2 ya..

Telur 1 @2 biji(yg ni letak last sekali ya)
.

Cara2nya-
.
Ikan ambik isi shj ya,blend bwng merah,putih,halia,lada kering,lada burung.

Satukan dlm ikn dan ramas2 manja ya jgn kuat sgt.

Kemudian ambik kelapa muda,daun kesum(dihiris halus)satukan dlm ikn.

Tambah gula, garam, perasa. Last sekali mskkan telur gaul2 perlahan. Siap

Nanti blh bakar dgn daun pisang.

Saturday, June 25, 2022

AYAM HALIA

RESEPI AYAM HALIA
hiris ayam nipis2
cili kering potong
bwg merah belah 6
halia hiris kena byk skit

pns minyak grg cili dulu dh garing angkat letak tepi pastu grg bwg n halia td dh layu skit angkat

minyak yg sama masuk ayam buh air reneh sekejap masuk sos tiram dan serbuk lada hitam skit dan masuk blk bahan yg tumis td bancuh air tepung jagung tuk pekat kan kuah..ikut kepekatan kita nak camne rasakan garam dh nk tutup api masukkan daun bwg siap..

Cdt: fdlah ila

Thursday, June 23, 2022

ayam serai


RESEPI AYAM SERAI

Ayam 1/2 ekor potong kecik
Seinci Halia*
Bawang putih 3ulas*
Serai 2btg*
Garam
Serbuk kunyit
Tepung jagung 2sudu
Daun kari
Tumbuk bhn bertanda smpai halus.

Cara2 :
Goi 1/2 ekor ayam ngan garam kunyit + tpg jagung 2 sudu + bhn tumbok perap 1/2jam. Bole goreng dlm mnyk tenggelamkan ayam bru tekstur ayam cntik๐Ÿ˜‹ last sekali tabur daun kari dlm mnyk utk naikkan aroma ayam.

Tuesday, June 21, 2022

DAGING BERIANI YANG SEDAP DAN MUDAH

DAGING BERIANI YANG SEDAP DAN MUDAH

BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair

BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah

BAHAN TUMIS
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis

CARA PENYEDIAAN
Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

NASI AYAM HAINAN

RESEPI NASI AYAM HAINAN

Untuk ayam :
1 ekor ayam
1 ketul kiub ayam
1 sdt garam
1 pkok daun bwg(ambik daun saja@ kerat dua)
2 inci halia ketuk 
-rebus smua ni 25min.air tenggelam ayam.
-angkat aym boh dlm air ais 30min,toskan lumuq minyak bijan.

Untuk Nasi :
3 cwn beras
½beras pulut(xnak letak pun xpe,tp klau ada lg sdap)-basuh tos
1 helai daun pandan
Lemak2 aym( sblum rebus aym td,ambik bhgian lemak  kat tengkuk ngn bhgian bwh aym.
1 snduk kcik minyak
Halia tumbuk
Stok ayam(air rebus aym td)

Cara-cara :
1.masak minyak,lemak aym sampai lemak aym tu cair.
2.msuk daun pandan ngn halia tumbuk,kacau2
3.boh beras gaul dlm 3 minit, stok ayam td 3 cwn @ sukat mcm msk nsik biasa.
4.tambah garam skit ngn ckup rasa.msk nsik pai msk..

Untuk Sos Cili merah :
Cili besar(merah)
Cili padi(merah)
½ labu Bwg Holland 
Bwg putih
Cuka
Gula
Sdkit garam
Aji skit
Stok ayam(air rebus)
-blend smua

Untuk Pes halia :
Halia tumbuk
Msukkan btg daun bwg yg baki td tumbuk sampai hancur.
Msk sdkit minyak masak tuang panas2 dlm pes td..gaul

Untuk Taugeh :
Taugeh-siram air panas-tos
Daun limau purut,cili padi- potong 
Kuah aym dgn kuah taugeh

Untuk kuah tauge & ayam :
1 cwn stok aym(air rebus)
Kicap masin cair
Kicap kipas udg manis
Sdkit ckup rasa
Minyak bijan

Cara-cara :
1.campur smua ni..curah ats taugeh ngn ayam.

Credit to owner

Saturday, June 18, 2022

Air asam Ketagih


Resepi Air asam Ketagih

Kenapa saya letak namanya ketagih? 
Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari- hari. Rasanya memang sedap gilaaa.

Kawab fb saya semua dah pakat share resepi ni. Terliur kata mereka.  Rugi pula rasa tak panjangkan untuk kawan MAHN. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngamm.

Pesanan terakhir,  rugi sangat tak cuba. Hii
Ikuti resepinya di bawah okay.

Cara-cara:

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar Holland
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick. 

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

- 1 biji lemon
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah. 
- 3 tangkai cili padi hijau
- 3 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.

Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan. 

- Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan. 

* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan. 

Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan  perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

Selamat mencuba.

Kredit: Afy AL Habibi ( MAHN)

PERIUK BUBUR BABY >>> 
https://shope.ee/3KmxmfQHgG

Friday, June 17, 2022

NASI AYAM RINGKAS DAN SEDAP

NASI AYAM RINGKAS DAN SEDAP ๐Ÿ˜‹

1. Rebus ayam bersama garam secukupnya utk dapatkan sup & utk tanak nasi.

2. Planta, bawang putih & halia ditumbuk. Tumis sampai naik bau. Masukkan minyak bijan secukupnya (4 cup beras, minyak bijan dalam 1/2 sudu besar atau lebih). Boleh skip kalau x suka.

3. Beras yg kita dah cuci dan tos tadi, masukkan dalam bahan tumis, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya utk tanak nasi.

4. Untuk ayam putih tu, boleh rebus separuh masak & bila nasi dah hampir masak, boleh juga letak ayam dan stim kan bersama nasi sehingga nasi & ayam masak.

5. Untuk ayam kicap mcm biasa ade 2 versi, boleh rebus bersama kicap, sos tiram, madu lepas tu tos & goreng. Atau boleh rebus dulu kemudian perap dengan kicap.

6. Goreng secukupnya, jgn lama sangat nanti keras pulak.

7. Untuk kicap & cili boleh sesuaikan selera masing².

Kredit: Dani Shoppe's

Saturday, June 4, 2022

nasi ayam hainan


RESEPI NASI AYAM HAINAN

Untuk ayam :
1 ekor ayam
1 ketul kiub ayam
1 sdt garam
1 pkok daun bwg(ambik daun saja@ kerat dua)
2 inci halia ketuk 
-rebus smua ni 25min.air tenggelam ayam.
-angkat aym boh dlm air ais 30min,toskan lumuq minyak bijan.

Untuk Nasi :
3 cwn beras
½beras pulut(xnak letak pun xpe,tp klau ada lg sdap)-basuh tos
1 helai daun pandan
Lemak2 aym( sblum rebus aym td,ambik bhgian lemak  kat tengkuk ngn bhgian bwh aym.
1 snduk kcik minyak
Halia tumbuk
Stok ayam(air rebus aym td)

Cara-cara :
1.masak minyak,lemak aym sampai lemak aym tu cair.
2.msuk daun pandan ngn halia tumbuk,kacau2
3.boh beras gaul dlm 3 minit, stok ayam td 3 cwn @ sukat mcm msk nsik biasa.
4.tambah garam skit ngn ckup rasa.msk nsik pai msk..

Untuk Sos Cili merah :
Cili besar(merah)
Cili padi(merah)
½ labu Bwg Holland 
Bwg putih
Cuka
Gula
Sdkit garam
Aji skit
Stok ayam(air rebus)
-blend smua

Untuk Pes halia :
Halia tumbuk
Msukkan btg daun bwg yg baki td tumbuk sampai hancur.
Msk sdkit minyak masak tuang panas2 dlm pes td..gaul

Untuk Taugeh :
Taugeh-siram air panas-tos
Daun limau purut,cili padi- potong 
Kuah aym dgn kuah taugeh

Untuk kuah tauge & ayam :
1 cwn stok aym(air rebus)
Kicap masin cair
Kicap kipas udg manis
Sdkit ckup rasa
Minyak bijan

Cara-cara :
1.campur smua ni..curah ats taugeh ngn ayam.

Credit to owner

Wednesday, June 1, 2022

telor masin

Telur Masin Cantik

Bahan-Bahan:

50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup

Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).

4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.

Siap, Selamat Mencuba!

MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.

kuih akok kelantan

Kuih Akok Kelantan

Bahan-Bahan: 
5 biji telur
200 ml santan pekat 
100 ml air
150 gram nise @gula Melaka 
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara Membuat:
1. Satukan nise, air dan daun pandan. Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
2. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender. Kemudian, blend hingga betul-betul kembang (Adunan kuih akok memang cair). Tapiskan.
3.panaskan acuan ..pastu curahkan adunan Bakar hgga keperangan..
K..siap 

Moksu buat dapat 21 biji akok...
kredit:empunya resepi

#bestmalaysiafoodviral