Products available

Sunday, October 30, 2022

pisang goreng rangup resepi hotel

PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN

1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

*resepi daripada Hairul, dah try dah...memang rangup, mertua memang cukup puji bila dihidangkan cempedak goreng guna adunan resepi ni.

Friday, October 28, 2022

sambal geprek




Mawar Dang Wangi 
: Bawang Merah + Cili Padi + Cili Besar (Goreng + Kisar)
: Bawang Putih (Kisar)
: Tomato (Kisar)

: Goreng Bawang Putih + Tomato + Bahan² goreng yg sudah dikisar td, kacau jgn bg hangus, tambah gula + garam + serbuk perasa. SETTLED! 

Walaupun dia bg tk lengkap tp boleh agak, kalau tk blh agak blh tye dgn bhs yg lebih elok.. Dia niat pun nk sedekahkan resipi, dahulukan dgn terima kasih lebih baik

Sunday, October 16, 2022

Kacang kuda tumis


Kacang kuda  tumis....
Sedap giller wey....
Sumpah tak tipu....
😍😍😍
 
Cara nk buatnya : 
Kcg kuda rendam semalaman dan rebus keesokkan harinya. Rebus  sampai empuk(boleh tambh serbuk kunyit dan garam).   1 bj bwg holand mayang, 5 tangksi daun kari, 5 bj cili kering gunting serong, (akk tmbh 5 bj cili pd -potong kecik sbb suka pedas), biji sawi, jintan manis (masing² 1 sudu mkn), sedikit serbuk cil, garam gula perasa( kalo masa rebus dah tmbh garam, tk perlu tmbh garam dah).
Tumis bhn² kat atas td sampai naik bau dan masukkn kcg yg dah direbus. Perasakn dgn garam, gula, dan serbuk perasa. Siap... 
Slmt mencuba.

Monday, October 10, 2022

Nasi Arab Super Simple La'nina

Nasi Arab Super Simple La'nina .
(portion utk 4 orang makan)

Bahan-bahan untuk rebusan :
4 potong ayam (saya guna whole leg)
4 mangkuk air bersih
1 kiub ayam
1 biji tomato (potong 4)
1 labu bawang besar (potong 4)
2 biji lada hijau (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
1/2 camca ketumbar biji
1 /2 camca jintan manis biji
1/2 camca lada hitam biji

Bahan-bahan untuk tumis :
1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang
1/2 camca ketumbar
1 /2 camca jintan manis
1/2 camca lada hitam biji
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam , ajinamoto atau cukup rasa , terpulang pada anda . pastikan air rebusan ada rasa yg secukupnya , sebab nasi arab ni tak banyak lauk , jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya . Matikan api dan keluarkan ayam .
2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit . Biarkan seketika .
3. Sementara itu , tumis kan daun pandan , ketumbar , jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . setelah naik bau , masukkan basmathi tadi dan tumis selama 1 minit . Matikan api .
4. Ambil periuk nasi , masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan pula . Susun ayam tadi di bahagian atas .
*untuk sukat air rebusan sila ikut jenis beras yang digunakan ye .
5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker dan siap untuk dihidangkan dengan lauk yang anda suka cth dalca atau sebagainya .

Sumber Resepi : lina kasmani

sos homemade

Siap sos homemade..boleh lah buat stok untuk cicah² cucuq ka kepok ikan kaπŸ˜„

ResepiπŸ‘‡πŸ‘‡
*Cili kering rebus
*Seulas bawang putih
-blend kering bahan brtanda *
-masak kan bahan blend tadi,spi layu,masuk air sikit agak² je..da memekat sos masuk garam sikit..gula lebih..spi ckup rasa manis² pedas..perah kn limau kasturi dlm 3-4bji (sy x pki cuka)kacau²..
-last msuk kn bancuhan tepung jagung kacau laju² x nk bg ketul..siap
Rasa sos manis² pedas
😊😊

Credit : Nurul Nadia
#mahn

Sunday, October 2, 2022

Nasi Arab Super Simple La'nina

Nasi Arab Super Simple La'nina .
(portion utk 4 orang makan)

Bahan-bahan untuk rebusan :
4 potong ayam (saya guna whole leg)
4 mangkuk air bersih
1 kiub ayam
1 biji tomato (potong 4)
1 labu bawang besar (potong 4)
2 biji lada hijau (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
1/2 camca ketumbar biji
1 /2 camca jintan manis biji
1/2 camca lada hitam biji

Bahan-bahan untuk tumis :
1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang
1/2 camca ketumbar
1 /2 camca jintan manis
1/2 camca lada hitam biji
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam , ajinamoto atau cukup rasa , terpulang pada anda . pastikan air rebusan ada rasa yg secukupnya , sebab nasi arab ni tak banyak lauk , jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya . Matikan api dan keluarkan ayam .
2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit . Biarkan seketika .
3. Sementara itu , tumis kan daun pandan , ketumbar , jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . setelah naik bau , masukkan basmathi tadi dan tumis selama 1 minit . Matikan api .
4. Ambil periuk nasi , masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan pula . Susun ayam tadi di bahagian atas .
*untuk sukat air rebusan sila ikut jenis beras yang digunakan ye .
5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker dan siap untuk dihidangkan dengan lauk yang anda suka cth dalca atau sebagainya .

Sumber Resepi : lina kasmani

sambal kelantan

Sambal Kelantan @ Sambal Mok

Resepi turun temurun arwah nenek mertua yang dulunya memang jong masak bekwoh (ketua tukang masak kenduri).

First time rasa masa kenduri sambut menantu 10 tahun dulu. Kita yang pengantin masa tu pun makan tak sedar diri. Sampai jilat jari makan ayam golek ngan sambal nih, hahah. Pastu family semua kalut suh tanya resepi.

Sebelum pkp aritu sempat balik kampung & menuntut ngan mak mertua hihi. Sambal ni kalo jarang2 skali buat pun lupa jugak. So Ruby park sini la resepinya sambil share ngan kawan2 dalam ni. Senang ja tapi kena dokumen kan jugak.

Bahan2:

4biji Bawang holland (dibakar/ panggang)
1 labu Bawang putih (dibakar/ panggang)
4 biji Tomato (dibakar/ panggang)

6 biji Cili merah
Segenggam Cili api (ikut level pedas masing2)
8biji Limau kasturi (blender dgn kulit)
Secawan cuka
2 keping kecik / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek)
4 sudu makan gula putih (ikut level manis masing2)
Garam skit je

***tak payah tambah air

Cara2:

Blend semua bahan, biar jap beberapa jam sebelum masuk dalam balang. Kalau simpan dalam fridge memang boleh tahan lama. Ni kalo ngam sempat balik kampung pulak baru buat lain.

Sambal ni makan ngan apa pun sedap. Buat paste jadi kuah ngan ikan/ ayam/ udang pun sedap. Selamat mencuba gais.

Btw alang2 dah share tu nak mintak kawan2 doakan saya dipermudahkan urusan bersalin nanti. Due lagi 2 minggu tapi suspen juga menunggu hari. Tq semua. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Kredit : Ruby Suhana Said