Products available

Thursday, April 25, 2019

Kuih buah rotan (keciput)

Bahan-bahan :

  • Telur 1 butir
  • Kuning telur 1 buah
  • Gula pasir 4 sendok makan
  • Santan pekat 120 mili liter
  • Garam 1 sendok teh
  • Tepung beras pulut putih 200 gram
  • Baking powder 1/2 sendok teh
  • Soda kue (baking soda) 1/2 sendok teh
  • Biji Bijan 250 gram
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat Kue Wijen Tepung Ketan :

  1. Campur telur, kuning telur dan gula pasir, kocok selama 2 menit dengan menggunakan mixer.
  2. Selanjutnya masukkan santan dan garam, aduk sampai tercampur rata.
  3. Masukkan tepung ketan yang sebelumnya sudah di ayak bersama baking powder dan soda kue sambil diaduk rata.
  4. Kemudian bentuk adonan bulat (jadi kue keciput bulat), bulat memanjang (kue keciput panjang) atau kotak kecil sesuai selera. Lalu gulingkan adonan di atas wijen. Lakukan pada semua adonan.
  5. Langkah akhir, panaskan minyak goreng cukup banyak, lalu kecilkan apinya. Goreng keciput sampai kekuningan. Kemudian gunakan api besar sampai keciput mengapung. Setelah terapung kembali kecilkan api dan goreng keciput sampai matang dan kering.
  6. Kalau cara di atas terasa ribet, bisa gunakan cara lain yaitu dengan goreng kembali keciput untuk kedua kalinya, yakni ketika sudah mengapung dan kekuningan segera angkat dan tiriskan sebentar. Nanti baru di goreng kembali sampai terapung, kering dan matang.
  7. Angkat dan tiriskan kue wijen tepung ketan pada tissue agar minyak yang berlebih bisa berkurang.
  8. Masukkan toples kedap udara, kue siap di santap untuk camilan maupun untuk sajian lebaran Idul Fitri. Krenyess!
Rujuk : https://cookpad.com/id/cari/cara%20membuat%20keciput




Published on 13 Jun 2016

SUBSCRIBE 89K

Bahan: 300 gr tepung ketan (Tepung beras pulut) 1 butir telur 50 gr gula pasir 100 ml air kapur sirih vanila 1/2 sdt garam halus 1/2 sdt margarin 150 gr wijen (biji Lenga) minyak goreng secukupnya

Sunday, April 14, 2019

Rupanya Ini Cara Buat Burger Paling Sedap



1. Wajib guna daging 70g.. xyah la dok save sgt nk pi haji blk hari.. tak untung mana pn.. meniaga kena jujur.. harga nk letak mahai, daging hok nipih.. apa dia..

2. Masak daging, jgn tekan.. bila tekan, jus daging akan kluar.. pasai tu daging jadi kering.. alih2 kan saja.. boh planta sikit.. sikit ja.. jgn sampai banjir.. dlm daging tu sendiri dh ada minyak..

3. Daging tu lubang2kan saja.. tak belah tengah pn xpa.. pastu letak la seasoning.. aku suka lea and peirin.. btui ka dak eja.. maggi pn ok.. letak la lada skit.. terangkat la..

4. Ayaq bawang putih.. ayaq ni utk menggantikan jus daging yg hilang.. so daging akan jadi juicy.. curah skit masa daging dh masak.. nk buat dia, potong bawang putih, boh dlm ayaq kosong ja.. boh dlm botoi, tudung botoi buat lubang2 skit..

5. Guna api sederhana.. api yg kuat juga akan keringkan daging..

6. Roti tu boh la planta bagi penuh.. xyah dok sep sgt.. roti letak ja atas kuali.. jgn tekan.. geng lama2 pakai kayu.. utk pressure roti saja.. bukan meleperkan roti.. lagi cantik gitu

7. Sayur tu ikut hgpa la.. slalu org pakai kobis la kan.. tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg.. lebih sedap.. tapi kot payah nk dpt hari2 la.. pastu mahai sikiiiiiitttt..

8. Sos jgn pakai yg murah.. kebanyakan peniaga burger di kl yg top2 tu pakai longson.. payah nk jumpa kot no.. klu kt perlis ni, peniaga kebab yg byk pakai longson.. pasai tu kebab depa sedap..

9. Mayo plak paling best pakai nelly.. mahaiiii.. tapi sapu sikit ja.. jgn creettt lagu ladys choice tu.. sikit pn dh berasa x sangga..

10. Utk cheese, aku pakai smoke bbq.. apa2 brand pn xpa.. rona dia oren.. mahai skit, tapi mmg berasa cheese dia.. penah dak hgpa beli cheese burger, tapi tak rasa pn cheese dia.. pasai cheese murah..

11. Blackpaper sos.. klu ble masak la sendiri.. jgn dok harap hok siap dh ja.. tak brapa syahdu hok tu.. mudah ja.. masak butter dgn tepung gandum.. sampai naik bau sedap.. boh la oyster, lada hitam kasaq, kicap cayaq, chicken stock, garam.. otter la gena pn sampai sedap di mulut.. celup daging dlm kuah blackpepper.. apa nk kata..

12. Last skali aturan bubuh sayur, sos, mayo.. yg ni kajian sendiri la.. sos dgn mayo klu ble asingkan.. mayo bawah, sos atas.. bila makan, baru terasa dua2 rasa yg beza.. klu cheese tu, letak atas daging yg panas.. bagi dia cayaq melekat kt daging.. Senang cerita, hgpa buat burger, hgpa try makan.. kita juai mcm mana kita suka makan.. baru org lain pn suka.. jgn kedekut bahan.. buat bagi sedap.. untung by volume.. baru ble kekal lama meniaga..

Saturday, April 13, 2019

Ceramah Menteri DAP M. Kulasegaran di Rantau 11 April 2019

sos cili manis Thai

sos cili manis Thai



Bahan²

1. Cili besar dan cili burung
2. Bawang putih
3. 1 cawan Gula organik
4. 1 sudu besar Garam pink
5. 1 sudu besar Cuka
6. Sos ikan(x nak masuk pun x pe)
7. 1 sudu Tepung jagung untuk memekatkan.

Cara-caranya:
1. Kisar kering cili bersama bawang putih yang dipotong kasar. Pastikan hasil kisaran tidak terlalu lumat sehingga semua bahan hancur (rujuk gambar).
2. Masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan di dalam periuk.
3. Kemudian, masukkan cili kisar sebentar tadi.
\
4. Masakkan bahan dengan menggunakan api sederhana besar sehingga menggelegak.
5. Seterusnya, tambahkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air. Tujuannya adalah untuk memekatkan sos.
6. Ketepikan sos sehingga sos sejuk.
7. Masukkan sos ke dalam botol dan sos sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!

Wednesday, April 3, 2019

Ikan Masin



 Ikan Masin

1. Buat Ikan Masin Tahan Lama & Sedap Bahan: Ikan masin Garam Cuka Caranya: 1. Selepas ikan masin dibasuh bersih, toskan seketika supaya tahan lebih lama. 2. Susun ikan di dalam bekas dan taburkan garam. 3. Renjiskan sedikit cuka makan di atasnya. 4. Kemudian masukkan ikan ke dalam peti sejuk dan perap selama 5 hingga 6 jam. 5. Selepas itu keluarkan dan anda bolehlah jemurkan ikan masin tersebut. Cara ini juga buat ikan masin tidak dihinggapi lalat ketika menjemurnya.

2. Cara Goreng Ikan Masin Bagi memastikan ikan masin dimasak sempurna tanpa tertanggal kepala atau ekornya, cuba lakukan petua mudah ini. Bahan: Ikan masin Tepung gandum Caranya: 1. Basuh ikan masin dengan bersih. 2. Kemudian salutkan ikan dengan tepung gandum. 3. Lebihkan salutan pada bahagian ekornya. 4. Kemudian barulah digoreng seperti biasa.

3. Cara Hilangkan Masin Ikan masin kalau terlalu masin boleh ikut cara ini. Mudah sahaja. Caranya: 1. Rendam ikan masin dengan sabut kelapa selama 2 jam. 2. Kemudian, basuh dan jemurkan di tengah panas. 3. Ketika hendak menggoreng, rendam ikan masin di dalam bekas berisi air garam. 4. Garam yang direndam dalam air tersebut akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut.

Tenggiri masam

Bahan-bahan:

1. Ikan tengiri - dibersihkan dan dipotong
2. Cuka makan
3. Garam Kasar
4. Asam keping
5. Minyak masak

Cara-cara:


1. Bersihkan ikan tenggiri. Kemudian keringkan dibawah cahaya panas terik selama 2 jam.

2. Ambil ikan, celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letak dalam bekas. Susun jadikan satu lapisan.

3. Taburkan garam kasar di atas ikan sehingga rata. Selitkan kepingan asam keping.

4. Kemudian celup ikan ke dalam cuka dan susun menjadi lapisan yang kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah sehingga habis.

5. Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan pada suhu bilik selama seminggu.

6. Setelah cukup 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.



7. Letak ikan dalam bekas bersih dan tuangkan minyak masak. dah siap!



8. Sedia dinikmati mengikuti cita rasa masing-masing.