Products available

Wednesday, November 14, 2018

Ini cara nak buat TAUHU


Ini cara nak buat TAUHU 

BAHAN asas tauhu ialah biji-bijian kacang soya. Biji-bijian kacang soya yang bermutu
tinggi sahaja yang digunakan untuk diproses menjadi tauhu. Oleh itu ia hendaklah
terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat
dan sebagainya. Biji-bijian kacang soya yang hendak dibuat tauhu mestilah bukan yang
sudah busuk atau rosak, pecah dan juga keadaannya mestilah bebas daripada serangga
dan penyakit serta tidak yang sudah kecut. 

Tauhu diperbuat daripada protein kacang soya yang dibekukan oleh agen pembeku iaitu
Calcium Sulphate atau dipanggil Siako atau Plaster of Paris; digunakan ia hendaklah
dibakar terlebih dahulu kemudian ditumbuk atau dikisar supaya menjadi halus seperti
tepung. Penggunaannya ialah: 



Bagi setiap kilogram kacang soya, gunakan sebanyak 60 gram Siako. 
Warna semulajadi tahu ialah putih, tetapi boleh dibuat menjadi berwana kuning dengan
menggunakan kunyit. Isi kunyit ditumbuk dengan sedikit air bersih, dan airnya
dimasukkan ke dalam adunan, dikacau ke tahap warna kuning yang dikehendaki. Boleh
juga kunyit dimasukkan ke dalam air semasa merebus tauhu yang sudah siap di peringkat
akhir memproses, Sedikit garam juga boleh dimasukkan ke dalam air rebusan di
peringkat akhir memproses, iaitu pada Langkah 10. 



Peralatan Membuat Tauhu 


Yang paling penting sekali ialah alat untuk mengisar kacang Biji-bijian Kacang Soya itu
supaya ia menjadi hancur halus. Secara mudah ialah dengan menggunakan blender. Yang
lain-lainnya ialah pencetak tauhu dan lain-lain yang akan disebut semasa langkah
memproses bagi membuat tauhu dihuraikan. Semua peralatan mestilah bersih dan stril
tidak terdapat kuman, kulat dan bekteria yang boleh memudaratkan yang makan tauhu
itu. 

Langkah Memproses Tauhu Secara Tradisional 

Ada 10 langkah bagi menghasilkan tahu dari kacang soya. Bagi setiap langkah, tahap
kebersihan mestilah dijaga rapi bagi memastikan tauhu yang dihasilkan tidak akan
membawa mudarat kepada pengguna yang memakannya. 




Bahan-bahan Buat Tauhu Home Made :
- 1 kilo kacang soya 
- Cuka makan
- 2 helai kain napkin yang bersih 
- 2 bekas plastik sama saiz





Langkah 1: Biji-Biji Kacang Soya Ditampi 

 


Biji-biji Kacang Soya hendaklah dibersihkan melalui tampian menggunakan nyiru atau
pun dulang bagi mengasingkan kacang-kacang soya itu dengan segala bahan kotoran
seperti pasir, habuk, akar, tanah, dan apa saja yang mesti dibuang supaya tidak masuk ke
dalam tauhu yang dihasilkan nanti. 

Langkah 2: Biji-Biji Soya Kacang Dibasuh-cuci 

Biji-biji Kacang Soya yang telah ditampi dimasukkan ke dalam baldi atau takungan
mengandungi air bersih bagi menanggalkan segala kotorang yang masih melakat
padanya. Adalah lebih baik lagi jika air yang digunakan untuk membasuh biji-biji kacang
soya itu dalam keadaannya mengalir perlahan-perlahan agar ia dapat menghanyutkan
keluar segala kotoran yang tanggal dari biji-biji kacang soya itu dan meninggalkan bijibiji kacang soya itu. 

Langkah 3: Biji-Biji Kacang Soya Direndam 

Kacang Soya yang sudah dibasuh bersih, direndam dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam
supaya ia menjadi lembut dan kulitnya boleh menjadi mudah dapat dikupas.  

Langkah 4: Pengupasan Kulit Biji-Biji Kacang Soya 

Kacang Soya yang sudah direndam dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam itu dibuang
kulitnya dengan cara memicit-micitnya di dalam air bersih hingga kulitnya tanggal, dan
kulitnya dibuang. Kacang Soya itu dipicit-picit supaya terbelah. 

Langkah 5: Pengisaran Biji-Biji Kacang Soya 

Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu direndam dengan Air Panas ( 1 Bhg.
Kacang Soya + 8 Bhg. Air Panas). Masukkan Kacang Soya sedikit demi sedikit ke dalam
alat pengisar (blender), dan kisar sehingga menjadi halus seperti bubur pekat. Ini
dipanggil Bubur Mentah Kacang Soya. 

Langkah 6: Memasak Bubur Mentah Kacang Soya 

Masak Bubur Mentah Kacang Soya dengan Air Panas di dalam periuk yang cukup
besarnya ( 1 bhg. Bubur Kacang Soya + 1 bhg. Air Panas). Masak sehingga mendidih
sambil dikacau-kacau agar ia tidak meruwap. Apabila dua kali ia membusa (naik
meruwap), tutuplah api. 

Langkah 7: Penyaringan 


Sediakan sebuah takungan atau baldi yang di bahagian dalamnya di beri alas dengan kain
belacu. kain belacu ini mestilah yang cukup besarnya. Kain belacu ini akan digunakan
untuk membungkus Bubur Mentah Kacang Soya itu. Tuangkan adunan dari hasil
Langkah 6 itu ke dalam takungan (atau baldi) yang siap beralas dengan kain belacu tadi. 
Bungkus Bubur Mentah Kacang Soya itu di dalam kain belacu tadi dan diikat kemaskemas untuk bungkusan itu supaya bungkusan itu dapat pula diapit dengan Pengapit
Papan bagi mengeluarkan Pati Air Kacang Soya. Hasil apitan ini mengeluarkan Pati Air
Kacang Soya yang akan mengalir masuk ke dalam tadahan takungan (baldi) plastik. Setelah selesai mendapat Pati Air Kacang Soya itu, hampas kacang soya yang berada di
dalam bungkusan kain belacu itu tidak digunakan. 

Langkah 8: Penggumpalan dengan menggunakan Tepung Halus Calcium Sulphate 

Dalam satu bekas lain pula larutkan dengan sedikit air 180 gram Tepung Halus Calcium
Sulphate ( iaitu 3 Kg. Pati Kacang Soya + 180 gram Calcium Sulphate ). 

[Peringatan: Siako atau Calcium Sulphate mestilah terlebih dahulu dibakar, kemudian
ditumbuk halus menjadi seperti tepung ]. 

Masukkan ia ke dalam Pati Kacang Soya yang masih panas itu dan dikacau. Pati Kacang
Soya akan menjadi bergumpal-gumpal. 

[ Birakan 5 – 10 minit agar proses penggumpalannya sempurna. ] 
Sediakan alat pencetak atau acuannya untuk membentuk Tauhu. 

Langkah 9: Mencetak atau Membentuk Tauhu 

Ambil hanya gumpalan pati Kacang Soya dan buangkan airnya. Masukkan Gumpalan
tauhu ke dalam acuan/pencetak yang terlebih dahulu dialas dengan kain belacu. Temukan
atau lipat bahagian hujung kain belacu ini supaya menutup adunan, kemudian diletakkan
benda berat yang boleh menekan adunan di dalam kain belacu itu. Potong Tauhu
mengikut saiz yang dikehendaki, biasanya 5 x 5 sm. atau mengikut saiz yang
dikehendaki. 

Langkah 10: Perebusan: 

Rebus Tauhu dan semasa merebus inilah boleh dimasukkan sedikit garam jika inginkan
tauhu itu terasa masin sedikit, dan dibubuh serbuk kunyit jika inginkan tauhu itu
berwarna kuning. Setelah selesai direbus, tutup api dan biarkan ia sejuk dan terus berada
terendam di dalam Air Rebusan. Tujuan tauhu itu terendam di dalam air rebusannya
supaya ia tidak menjadi basi atau masam. 

*****************************************************************************
Percubaan Membuat Tauhu Sendiri 

Bahan 
Air Bersih : Secukupnya untuk merendam Kacang Soya 
Kacang Soya : 3 kg 
Calcium Sulphate : 180 gram (Hendaklah dibakar, kemudian ditumbuk halus) 
Air Panas : 2 liter 400 ml 

** Bahan-bahan Buat Tauhu Home Made :
- 3 kilo kacang soya 
- Cuka makan
- 2 helai kain napkin yang bersih 
- 2 bekas plastik sama saiz ***

Garam : Mengikut Keperluan 
Serbuk Kunyi : Secukupnya (jika inginkan Tauhu berwarna kuning) 


larutkan dengan sedikit air 180 gram Tepung Halus Calcium
Sulphate ( iaitu 3 Kg. Pati Kacang Soya + 180 gram Calcium Sulphate ). 

Peralatan membuat tauhu


Cara Membuat: 

1. Tampi Kacang Soya untuk membuang segala kekotoran, pasir dan sebagainya. 

2. Basuh kacang Soya dengan Air supaya menjadi bersih. 

3. Rendam Kacang Soya dalam baldi dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam. 

4. Ramas Kacang Soya di dalam Air supaya kulitnya tanggal menjadikan biji kacang
soaya terbelah dua. 

5. Rendam Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu dengan air panas. 


 Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis





Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.



 Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.




Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit




 Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi. Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.


 Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok




Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.



Kemudian mampatkan dengan bekas yang kedua




Tunggulah sampai dia betul-betul sejuk dan bila dibuka kain dia tak melekat. Nak letak bekas macam mana pun boleh. Janji bekas yang di bawah tu ada penapisnya macam dalam gambar.

Letak 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu homemade kita.

 Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.


1. Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru). 

2. Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL (Tepung Halus Calcium Sulphate). Jangan guna kedua-duanya sekaligus. 

3. Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu

Tuesday, November 13, 2018

Cara membuat mayonis yang sempurna



Cara membuat mayonis yang sempurna

Ikuti langkah-langkah ini untuk membuat mayonis krim menggunakan kaedah klasik Perancis

Langkah 1

Pukul 2 kuning telur, 2 tbs jus lemon dan 2 sudu teh Dijon mustard dalam mangkuk. Kocok dalam 1/4 cawan minyak zaitun, beberapa titisan pada satu masa - jika anda menambah minyak terlalu cepat, campuran itu boleh berpecah.



Langkah 2

Tuangkan lagi minyak zaitun 3/4 cawan dalam aliran stabil yang tipis, memukul terus, sehingga tebal dan pucat. Jangan tergesa-gesa langkah ini - ia adalah rahsia untuk melicinkan, mayoni berkrim. Musim.



Petua teratas

Untuk membuat mayonis dalam pemproses makanan, proseskan kuning telur, jus lemon dan sawi untuk menggabungkan, kemudian perlahan-lahan menambah minyak dalam aliran mantap nipis sehingga tebal.

Simpan mayonis dalam balang yang disteril atau bekas kedap udara di dalam peti sejuk sehingga 1 minggu.




Lebih banyak cara untuk menikmati mayonis buatan sendiri
Mayo hebat dengan makanan laut, sandwic dan salad kentang.