Products available

Tuesday, January 10, 2023

Durian crepe Gemokkk


Durian crepe Gemokkk

5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung jagung
7 sudu besar tepung ubi kayu
5 sudu besar tepung kastard
10 sudu besar tepung hong kong dekat bakery ade jual 
 sedikit garam
3 sudu besar gula icing
8 biji telur saiz B ( ambil kuning sahaja semua )
2-3 titis pewarna lemon yellow
6cawan susu segar 
esen vanila sedikit

step mudah 

1.Kesemua tepung dan bahan kering di atas di ayak dua kali
2.  Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing,esen dan telur whisk sebati, dan masukkan susu segar dan  pewarna kuning.  kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3.  Panaskan non stick pan saiz kecil kalau xde boleh je pan biasa sapu butter sket api sederhana.  
    Sapu  sikit pan dgn butter ( guna tisu pon boleh)..dah panas pan tu..angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan  sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan 
 kemudian letak atas dapur 2 hngga 3 mnt.jangan lama sbb nanti hangus  kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4.  Ulangi smpai abis

cara melipat 
pilih bahagian yg kasar di dalam
letak cream setompok letak isi durian atau filling durian  kemudian letak cream lg dan lipat ketat kedalam bg nampak effect gemok

fresh cream die 
3 cawan vivo mix kental mesti sejuk 
kalau nak sentiasa kental beli bowl steel bawah die letak ais then masa korg letak inti filling sentiasa kental xcair mudah lipat

simpan storage die di tempat beku hokey
kalau korg suke nak buat perise lain pn boleh,oreo ke coklat ke pandan kaya ke milo pon boleh tukar colour je
kreadit:azlina ina
#MrRoti #Alhamdulillah #target2023 #kongsibersama #pjjkelabroti1malaysia #kelabroti1malaysia #shareresepi #CrepeDurian

No comments:

Post a Comment