Products available

Friday, July 22, 2022

Nasi Lemak Pandan Wangi Semerbak

Nasi Lemak Pandan Wangi Semerbak.

Resepi Nasi Lemak
4 cawan basmathi 
1 cawan santan 
3 cawan air
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil minyak
1 batang serai - ketuk
1 ulas bawang merah - hiris
½ inci  halia – hiris
Sedikit perwarna hijau

Cara Masak Nasi:
Beras dibasuh bersih kemudian rendam selama 20 minit. Kemudian toskan air nya. Jika guna beras biasa rendam dlm 10 minit sahaja.

Blenderkan 1 cawan air dengan daun pandan. Tapiskan hampas daun pandan. Daun pandan yg cik tie guna saiz sederhana. Kalau yg besar boleh kurangkan.

Masukkan air daun pandan ke dalam rice cooker. Masukkan baki air 2 cawan lagi tu bersama dengan santan. Boleh titiskan sedikit perwarna hijau supaya warna nasi lebih cantik.  Boleh perasakan dengan garam secukup rasa.

Masukkan beras. Berserta dengan serai, halia & bawang. Last sekali masukkan minyak. Masak nasi seperti biasa dalam rice cooker sehingga masak.

Resepi Sambal Telur Puyuh
20 biji telur burung puyuh
3 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih
15 – 20 tangkai cili kering gemuk
½ sudu makan asam jawa + 3 sudu makan air
Sedikit belacan (jika suka)
½ keping Gula nisan @ Gula kerek 
Sedikit air jika perlu
Garam secukup rasa

Cara Masak Sambal :

Rebus telur puyuh. Kemudian, buang kulit. Goreng sekejap.  Ketepikan/

Cili direbus sehingga lembut, kemudian kisar dengan sedikit air.

Blendkan bawang besar merah & bawang putih, pastikan blend dengan air yang sedikit. 

Selepas siap semua bahan dikisar. Tumiskan cili & bawang dengan minyak yang secukupnya. Part ni jangan kedekut minyak semasa menumis sambal, barulah sambalnya cantik. Pastikan dimasak dengan api yang sederhana

Biarkan sambal masak, bila nampak sambal hampir nak pecah minyak. Masukkan gula nisan & belacan. Belacan tu jika tidak suka boleh skip sahaja, tak perlu letak.

Kemudian, biarkan sambal masak sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Untuk dapatkan sambal yang tahan lama & rasanya sedap, perlu dimasak lama dengan api yang kecil. Bila sambal siap boleh masukkan telur puyuh.

Resepi Ayam Goreng Crispy
½ ekor ayam – potong mengikut size yang disukai
¼ sudu kecil serbuk bawang putih
½ sudu kecil serbuk kunyit
¼ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil tepung beras
½ sudu kecil tepung ubi kentang/tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
¼ inci halia
3 batang serai 

Cara Masak Ayam Goreng Crispy:
Bahan yang ditumbuk kunyit, halia, serai ditumbuk menggunakan lesung sehingga lumat. Boleh masukkan sedikit garam semasa menumbuk supaya mudah lumat. Cik tie pernah guna blender tapi hasilnya lebih baik tumbuk guna lesung.

Di dalam mangkuk, letakkan ayam. Kemudian masukkan bahan tumbuk, berserta dengan serbuk bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Perap ayam selama 30 minit. Apabila nak goreng ayam tambahkan tepung beras & tepung ubi kentang. Jika tiada tepung ubi kentang gantikan dengan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Tujuan letak tepung supaya luar ayam jadi rangup dalamnya juicy.

Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam sehingga masak & garing cantik. 

Siap nasi lemak, boleh hidangkan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng & timun. Baunya mmg wangi satu rumah. Happy cooking 

Kredit khadijah jaafar

No comments:

Post a Comment