Products available

Thursday, March 19, 2020

Cara Masak Cokodok Pisang Sedap, Lembut & Tak Serap Minyak

Cara Masak Cokodok Pisang Sedap, Lembut & Tak Serap Minyak

BAHAN-BAHAN: 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga. 2 sudu makan marjerin 5 sudu makan gula pasir 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit 1 sudu teh garam 2 cawan tepung gandum

1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebat

2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata

3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.

4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)

No comments:

Post a Comment