Products available

Friday, April 3, 2020

Roti ala gardinia

Abang kakak, tak perlulah berebut beli gardenia sangat. Jom buat sendiri ROTI HOMEMADE!

BAHAN-BAHAN YANG PERLU

■  3 cawan tepung gandum
■  1 sudu makan marjerin
■  3 sudu gula
■  1 cawan susu sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing)
■  1 sudu makan yis dan sedikit garam.

CARA MEMBUAT

Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih sebegini. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam.

Biar adunan nampak cantik

Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar.

Sempurna!

Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja.

SOURCE: Hehiman Sakuan

No comments:

Post a Comment