Products available

Saturday, May 1, 2021

SOTONG SUMBAT BAKAR THAI

RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR THAI 🤤
.
Bahan-bahan:
• Sotong saiz besar
• Isi udang segengam
• Telur 1 biji
.
Bahan-bahan sos:
• 5 ulas Cili kecil
• 4 sudu gula
• Secubit garam
• 3 sudu cuka makan
• 3 ulas bawang putih
• 2 ulas Bawang merah
• 2 sudu kecil tepung jagung
• Sedikit air
• Hirisan daun ketumbar
.
Bahan-bahan kisar inti:
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 3 hirisan Halia
.
Cara-cara:
1. Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
2. Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
3. Bakar sotong sumbat tadi, saya guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
4. Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
5. Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
6. Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera.
.
Resepi: Fadhilah Esa

🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸

Marilah kita bersama-sama membantu sebuah pusat tahfiz di Simpang Pelangai Bentong Pahang yang dalam proses pembangunan FASA PERTAMA di atas tanah waqaf seluas 2 ekar.
.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
.
Sedekahlah seikhlas hati atau 1 LOT WAKAF TUNAI PEMBANGUNAN HANYA RM150 SAHAJA.
.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
YAYASAN UMMAH PRIHATIN PAHANG
Maybank
5560 1108 4819
.
Maklumat lanjut boleh hubungi:
Kapt. Dr. Shttps://www.facebook.com/tahfizteknikalYUPPhamsuddin Moner (B)
+6011 1127 1946
.
FB:

No comments:

Post a Comment